Saturday, July 31, 2010

Permata Hatiku Lagi..:-)

Salam..

Tidak lengkap rasanya kehidupan ummi andai tiada permata hati ummi di sisi..

Siapa ya..

Abang yang dicintai, puteri ummi Najla Hayfa yang disayangi dan putera ummi Nufayl Harith yang dikasihi..

Tanpa mereka di sisi, ummi tak tahulah apa yang akan jadi kepada diri ummi..

Ummi dah terbiasa dengan kesibukan menjaga kelengkapan mereka di rumah, melayan segala tingkah laku mereka, dan memenuhi segala kehendak mereka.

Andai tiba-tiba segalanya itu sudah tiada...ya ALLAH..tak sanggup untuk ummi katakan..

Sebab itu di dalam doa ummi. Ummi seringkali memohon kepada ALLAH..

" Ya ALLAH, Ya Tuhanku..Aku bermohon padaMU Ya ALLAH agar KAU panjangkanlah usiaku, usia suamiku, usia anak-anakku Hayfa dan Harith dan anak-anak kami yang lain. KAU sihatkanlah tubuh badan kami. Aku mohon Ya ALLAH supaya KAU berikan kesempatan buat aku dan suamiku membesarkan anak-anak kami sehingga mereka dewasa, bekerjaya, berkeluarga dan mempunyai anak-anak..Selepas itu, andai KAU mahu mencabut nyawa aku dan suamiku, aku redha ya ALLAH..Aku tidak sanggup untuk membayangkan nasib anak-anakku seandainya KAU tarik nyawa aku atau suamiku ketika mereka masih kecil dan ketika mereka masih memerlukan kami untuk membesarkan mereka.."

Ummi pohon doa ummi ini dimakbulkan ALLAH.

Jangan emosional ummi..Jom layan gambar-gambar mereka yang semakin comel itu..

Masa untuk berehat:-)

Ummi ni..kan adik tengah berehat..hehehe:-)

Ayah sedang membaca al-quran sambil diperhatikan oleh adik..
(Abaikan katil yang tidak bercadar itu-Hayfa tumpahkan susu malam sebelumnya, ummi belum sempat salin cadar baru...:-)


Kakak mengangkat 'cooler bag' ummi..
Kakak: "Kakak nak letak susu dalam ni.."

Ringan je beg ni ummi..
(Cubaan mengangkat beg 'pump' ummi tak berjaya sebab beg tu berat, hehehe:-)


Kakak gigih mengalihkan beg taska mereka dan 'cooler bag' ummi

Keceriaan di pagi hari:-)

Ummi mengaku, kadangkala ummi merungut kepenatan dengan segala tugas dan tanggungjawab ummi yang tidak pernah sudah. Tapi, itu semua hanyalah di luaran. Sebenarnya, ummi sangat bersyukur dengan kurniaan ALLAH ini..anak-anak dan suami yang sangat menyayangi ummi juga, pelengkap hidup ummi dunia dan akhirat.

Tanpa insan-insan ini, ummi tidak mampu agaknya untuk meneruskan kehidupan ummi di dunia ini.


Tazkirah: Ya ALLAH, KAU perkenankanlah dan perdengarkanlah rintihanku ini.

EBM Ummi Kembali Gembira

Salam...

Ingat tak dulu ummi pernah beritahu kekalutan tempat penyimpanan stok EBM Ummi..Dah tiada ruang hinggakan stok-stok minggu lepas ummi terpaksa letakkan di ruang bawah peti ais sebabnya memang ruang di atas sememangnya sudah penuh..huhuhu..

EBM: "Sesak..sesak..tolong!!"

Setelah puas berbincang dan memujuk suami tersayang akhirnya impian ummi terlaksana..Peti ais baru ke 'deep freezer'...Akhirnya, kami sepakat untuk membeli sebuah peti ais baru yang mempunyai ruang yang lebih besar daripada peti ais lama. Pemilihan pembelian peti ais baru ini adalah yang terbaik untuk kami setelah dikira dari segi penjimatan kos elektrik dan ruang di rumah.

Pelaburan yang berbaloi:-)

Ruang yang luas untuk stok EBM ummi..
Ummi SUKA!!

Hadiah percuma daripadaTOSHIBA
Terima kasih:-)

Jangan salah faham ya ibu-ibu..bukan niat ummi untuk menunjuk-nunjuk..Tidak, cuma ummi ingin berkongsi kegembiraan ummi mendapat sesuatu yang ummi idamkan. Bukan untuk kesenangan duniawi ummi tetapi untuk kesenangan dan penjimatan kami sekeluarga. Dengan pembelian sebegini, ummi rasa ia agak berbaloi melabur demi masa depan EBM permata hatiku, lebih jimat daripada membeli susu formula untuk permata hatiku selama 2 tahun.

Setelah beberapa jam menunggu akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. EBM ummi ditempatkan di tempat yang lebih selesa..hehehe..

Menunggu masa untuk digunakan
Disusun mengikut tarikhnya:-)

EBM lagi..

Ummi sangat bersyukur dengan kurniaan ALLAH s.w.t kepada ummi. Rezeki ini tidak akan ummi sia-siakan. Ia sangat berharga buat ummi walaupun setitis jua.

'Storage bag' ummi dan botol 'Bumble Bee' ummi sudah kehabisan. Lantas, ummi membuat pesanan lagi melalui enjostbreastfeed..2 'storage bag' Joy Angel dan 2 'storage bag' Autumz..Suka sangat barang yang dipesan sampai pada hari yang sama dengan peti ais.

Tak sabar untuk menggunakannya

Hasil pagi hari ummi di 'storage bag' Joy Angel

Ummi bersyukur, doa ummi dari saat ummi mengandung dimakbulkan ALLAH. Niat ummi untuk susukan Harith secara eksklusif selama 6bulan telah tercapai dan kini niat ummi untuk menyusukan adik selama 2tahun harap tercapai dengan izinNYA.


Tazkirah: Moga usaha ummi yang diiringi dengan doa tercapai jua.

Justify Full

..Makanan Apa Yang Tidak Boleh Diberikan Kepada Bayi Anda..

Salam ibu-ibu..

Maaf dipinta, ummi dah lama sangat tak sempat nak 'update' entri dalam blog kesayangan ummi ni. Bukan sengaja kalian, tapi masa sangat mencemburui ummi..dengan tugasan sebagai pensyarah, sebagai isteri dan ummi kepada permata hatiku..Cheh, alasan manusia alpa..:-)

Entri hari ini ummi nak kongsi bersama artikel yang ummi dapat daripada ModernMom bertajuk "What NOT to feed your baby.."Ummi cuba terjemahkan ke bahasa ibunda ya ibu-ibu..

Soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu baru mengenai jenis makanan apakah yang boleh dberi dan makanan apakah yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan bayi mereka kepada makanan pepejal. Menurut American Academy of Pediatric, usia yang disarankan untuk mula menceraikan bayi daripada susu ibu ataupun susu formula adalah pada usia 4-6bulan. Selepas tempoh itu, ibu-ibu seharusnya boleh mula secara beransur-ansur memperkenalkan makanan baru kepada sistem bayi mereka. Namun demikian, perlu diingat terdapat beberapa tips makanan yang perlu dielak daripada diberikan kepada bayi anda sehingga mereka berusia 1tahun:

MADU

Madu boleh menyebarkan racun yang berbisa dan berbahaya. Saluran usus orang dewasa mampu untuk menghalang daripada pembiakan racun ini tetapi tidak kepada sistem bayi. Memberikan madu kepada bayi boleh mewujudkan toksin di dalam badan dan seterusnya mengancam nyawa bayi.

MENTEGA KACANG

Tekstur mentega kacang yang melekit dan tebal boleh menyebabkan bayi sukar untuk menelan makanan ini.

SUSU LEMBU

Disarankan kepada ibu-ibu untuk terus memberikan susu ibu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun kerana bayi tidak boleh memproses sepenuhnya protein yang ada di dalam susu lembu. Susu lembu juga tidak mempunyai nutrisi yang banyak seperti yang terdapat di dalam susu ibu dan mempunyai mineral yang boleh merosakkan pembesaran buah pinggang bayi.

MAKANAN LAIN

Garam (Buah pinggang bayi belum kuat), makanan rendah lemak (Tidak disarankan untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun), jus buah dan sitrus yang tidak cair, telur mentah, pemanis tambahan, sosej yang tinggi kandungan lemak dan makanan yang pedas dan mempunyai penambah perisa.

TERCEKIK

Saiz makanan sebesar kacang pis adalah yang paling selamat untuk diberikan kepada bayi kerana kemungkinan untuk bayi tercekik adalah kurang. Potong dadu makanan yang hendak diberikan kepada bayi tak kira dari jenis buah, sayuran, keju dan daging. Makanan yang keras seperti kacang, bertih jagung, gula-gula keras, kismis hendaklah dielakkan kerana bayi boleh tercekik dengannya. Makanan yang lembut seperti jeli dan 'marshmallow' juga boleh menyebabkan bayi tercekik.

ALAHAN

Doktor mencadangkan untuk ibu-ibu menunggu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun untuk memperkenalkan makanan yang mempunyai alahan tertentu seperti kekacang. Adalah lebih baik untuk memperkenalkan makanan baru kepada bayi secara beransur-ansur dan tunggu sehingga beberapa hari untuk melihat reksi bayi terhadap makanan tersebut. Jika keluarga anda mempunyai alahan, dapatkan nasihat doktor perancangan memperkenalkan makanan seperti susu lembu, kacang, soya, ikan, telur dan gandum.

TINDAKAN BERJAGA-JAGA

Jangan sesekali membenarkan bayi anda makan di dalam kereta kerana sukar untuk memandu sambil mengawal anak yang sedang makan. Kemungkinan untuk bayi anda tercekik adalah tinggi.

JADI, APAKAH MAKANAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI?

Dalam minggu-minggu pertama bercerai susu, adalah selamat untuk memberikan bayi anda makanan yang dipuri seperti puri lobak, kentang, ubi kentang, pisang,epal dan pear. Bijirin segera yang terdapat di pasaran biasanya mempunyai banyak gula berbanding makanan yang dipuri kerana ibu-ibu yang membuat makanan bayi itu sendiri kerana air tangan ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda.


Jangan lupa mulakan suapan pertama dengan bismillah..

Tazkirah: Ibu-ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi dan anak-anak mereka.

Monday, July 26, 2010

Gembiranya si kecil:-)

Salam..

Petang tadi pulang kerja ummi bersilat di dapur menyediakan bubur untuk anak-anak ummi.. ummi buat bubur campur kentang tanpa garam untuk adik..si kakak pun pasti nak 'join' sekali..jadinya, ummi gorengkan ikan cencaru untuk si kakak bagi menambah perisa.

Dah siap masak, ummi kisar bubur kentang tu..wah, nampak sedap..

Ummi bagi adik bagi bubur setelah 2minggu ummi hidangkan puri untuk adik.. Puri kentang, puri labu, puri lobak, dan puri epal..Jadinya, ummi rasa dah tiba masa untuk adik merasa makanan yang lebih mengenyangkan..

Ayah pun dah bising-bising takut adik tak kenyang makan puri sahaja..baik tuan, saya patuh arahan tuan:-)

Adik suka sangat..bismilihirrahmanirrahim...

Bubur kentang yang siap dikisar..


Adik hemsem yang suka makan bubur:-)

Budak-budak..biasalah, kalau dah pernah bagi makan mesti sangat teruja apabila melihat makanan. Adik pun sama..hehehe..Nganga,nganga dan nganga lagi..

Mesti sedap ummi masakkan..Si kakak pun makan bubur+ikan+kicap..sedap kan kakak..

Untuk esok pun ummi akan hidangkan menu yang sama untuk adik..bukan apa, ummi nak tengok kesesuaian adik menerima makanan..lepas ni boleh tukar menu pulak..banyak sebenarnya menu untuk si kecil, ibu-ibu seperti ummi ni kena rajin mencari:-)


Tazkirah: Indahnya jika dapat menyediakan sesuatu untuk yang tersayang:-)


The Beauty of Breastfeeding

Salam Isnin semua..

Alhamdulilah, akhirnya dapat juga ummi mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ummi ini..

Hujung minggu lepas, ummi banyak sangat idea nak dikongsi bersama tapi entah ya..ummi rasa kekurangan masa..24jam sepatutnya sudah mencukupi bagi ummi..Tapi, ummi masih kurang pintar dari segi pengurusan masa, huhuhu..

Ummi kena bijak menguruskan masa..berusaha ummi!!

Tajuk entri ummi.."The Beauty of Breastfeeding"..Keindahan dalam menyusukan anak..Bagi ibu-ibu menyusu, sememangnya ini adalah antara saat yang paling indah, paling manis dan penuh ketenangan buat si ibu dan bayinya.

Bagi ummi sendiri, perasaan ketika menyusukan Harith sangat mengasyikkan. Terutama ketika di permulaan penyusuan. Dalam keadaan ummi berasa lapar atau emosi terganggu tetapi 'once' adik 'latch on' di 'nipple' ummi, ummi terasa satu perasaan keghairahan menyusu yang menjadikan rasa lapar itu terus hilang buat seketika. Betul..ini adalah perasaan yang ummi alami..Indah sekali..

Menyusukan permata hati sehingga permata hati tertidur adalah satu anugerah yang ALLAH kurniakan kepada ibu-ibu menyusu. Bayi kita akan merasa sangat selesa berada di dalam lekapan payudara dan pelukan si ibu. Keselesaan ini akan menjadikan bayi kita khayal dan berada di alam sendiri dan seterusnya akan melelapkan mata tanpa mereka sendiri sedari. Dalam pada mereka telah tertidur, bibir comel mereka masih lagi bergerak-gerak menghisap dan menikmati kesedapan susu ibunya.

Ya ibu-ibu..ini adalah lumrah, sememangnya anak-anak sangat selesa apabila berada dekat dengan si ibu dan berada di dalam pelukan si ibu. Memang tidak dapat dinafikan. Begitu juga apabila si bayi bertukar kepada 'toddler' dan seterusnya kanak-kanak, pelukan si ibu itulah penawar segala penyakit, menyebabkan mereka berasa sangat selesa. Seumpama kita si isteri berada di dalam pelukan si suami..selesa bukan..itulah rasanya.

Bagi ummi, ini adalah keindahan dan anugerah ALLAH. Tapi, berdasarkan pemerhatian ummi perkara ini agak kurang disukai oleh ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka sepenuhnya. Ibu-ibu ini agak kurang gemar jika bayi mereka tertidur ketika sedang menyusu. Ibu-ibu ini beranggapan bayi mereka tidak sempat kenyang. Sebabnya, selepas beberapa minit mereka tidur pasti bayi mereka akan tersedar kembali dan menangis laparkan susu.

Biasalah tangisan bayi. Bukankan tadi mereka tertidur dalam pangkuan si ibu. Tiba-tiba mereka tersedar, ibu mereka sudah tiada lagi di sisi mereka. Kerana itulah mereka menangis dan cara memujuk bayi ini adalah dengan memberikan mereka susu lagi. Sekejap sahaj, tangis mereka pasti akan hilang.

Pada ummi, ia bukan satu beban, ia bukan satu kesusahan kerana nikmatnya adalah 'bonding' antara ibu dan bayinya..Itu yang paling penting. Salah satu kelebihannya, sambil kita menyusukan bayi, kita juga boleh lelapkan mata setelah penat seharian bekerja. 'That's the best part..!'

Permata hati ummi, si kakak sudah semakin faham tentang keperluan adiknya ini. Jika adiknya menyusu, si kakak tidak akan menganggu. Dia memberi masa kepada ummi untuk menyusukan adik sepuasnya. Sayang kakak!

Mungkin terdetik di fikirannya, mengapa kakak tidak seperti ini..?huhuhu..kakak, jangan buat ummi sedih..

Menyusulah anakku..
Menyusulah selama mana yang adik mahu..

Menyusu sudah menjadi tanggungjawab ummi..Mengepam pula sudah menjadi hobi ummi..Ini adalah hasil susu ummi setelah 3x sesi mengepam di pejabat..


Alhamdulilah..Rezeki ALLAH s.w.t..



Tazkirah: Susu ibu itu adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai dan ia adalah milik permata hatiku..Tak tergamak rasanya jika aku tidak berikan milikan ini kepada permata hatiku.


Friday, July 23, 2010

EBM Harith 6bulan ++

Salam Jumaat..

Semalam ummi seperti biasa pulang ke rumah meletakkan stok EBM ummi di dalam 'freezer' ummi..huhuhu...bersepah sudah..

Berterabur dengan EBM dalam botol, EBM dalam 'liner', 'ice pack'nya..campur jugak dengan sosej dan daging burger..hahaha..


Inilah EBM Nufayl Harith yang kini berusia 6bulan ++

Alhamdulilah, stok ummi semakin bertambah dari..


EBM Harith 4bulan++


EBM Harith 5bulan


EBM Harith 5bulan ++


EBM Harith 6bulan


Rezeki kurniaan ALLAH s.w.t..ALLAH mudahkan urusan ummi dalam meneruskan niat penyusuan ummi sehingga usia adik 2tahun. Alhamdulillah, adik ummi dah berjaya susukan dia secara eksklusif sehingga dia berusia 6bulan..

Ummi sangat bersyukur dengan hasil ummi ini..Walaupun, ummi sedar ia tidaklah sebanyak mana, tidaklah sebanyak EBM ibu-ibu yang lain, namun ummi masih lagi bersyukur..Adik tidak pernah keputusan susu..sentiasa berlebih-lebih susu ummi dan EBM ummi untuk adik..

Bila orang tengok susu ummi..ada yang akan melahirkan rasa kagum..

"Wah, banyaknya susu.."

Jawapan ummi adalah alhamdulilah dan terima kasih..

Sebenarnya, EBM ummi ini banyak bukan kerana susu ummi banyak..bukan kerana dengan sekali pam ummi akan dapat 10-12oz seperti ada antara ibu-ibu di luar sana..

Tetapi, ini adalah kerana ummi sangat patuh pada jadual mengepam ummi..setiap kali di pejabat atau berjauhan dengan adik, ummi akan pastikan ummi mengepam 2-3jam sekali. Secara puratanya, ummi akan mengepam 3kali di pejabat dan paling kurang 2kali dan itu jarang-jarang sangat berlaku..

Sebab itulah, stok EBM ummi banyak..sebab ummi sentiasa mengosongkan payudara ummi bila tiba masanya. Bukan kerana susu ummi banyak pada setiap kali sesi mengepam..bukan..sebab hasil ummi sekarang pun semakin berkurangan. Tidak semeriah sewaktu di awal-awal dahulu.

Kadang-kadang, sekali pam ummi pernah dapat 6oz, 5oz, 4oz, 3oz dan 2oz..Tapi itu tidak melunturkan semangat ummi..Pam tetap pam..sedikit mana pun, payudara perlu dikosongkan agar susu dapat dihasilkan semula..

Payudara bengkak..dah lama ummi tak alami..huhuhu..alhamdulilah..

Di rumah pula atau di hujung minggu, ummi tidak mengepam..ini adalah masanya untuk adik menikmati 'direct feeding'..

Inilah rutin ummi sehari-hari..tidak pernah jemu dan tidak pernah lelah..segalanya adalah untuk yang terbaik untuk anakku..


Tazkirah: Inilah antara usaha terbaik ummi untuk berikan yang terbaik untuk permata hatiku.




Thursday, July 22, 2010

Resipi Warisan - Nasi Ayam Berlada

(Update 1 Nov 2010...)

Salam kalian..

Semalam kebetulan ummi tak punya kelas, maka ummi mengisi masa lapang ummi dengan memasak makanan kegemaran ummi iaitu nasi ayam berlada..Ni resipi warisan tahu..resipi bonda kesayangan ummi..

Walaupun masakan ummi ni tak sesedap masakan bonda ummi, tapi alhamdulilah...boleh dibaiki dari semasa ke semasa..

Mari mula memasak bersama ummi..hehehe..

Nasi

Bahan-bahannya:

1) 3 cupak beras (2kali makan ummi dan sekali makan ayah)
2) Marjerin
3) 3-4ulas bawang putih dan 1-2 ulas bawang merah
4) Garam secukup rasa
5) Air secukupnya

Cara-caranya:


Bawang dihiris-hiris

Masukkan sesudu marjerin di kuali

Masukkan hirisan bawang tadi dan goreng sehingga kekuningan

Masukkan bawang yang digoreng tadi ke dalam beras yang sedang dimasak

Masukkan garam secukup rasa

Kacau rata dan masak seperti biasa

Setelah masak, kacau nasi tersebut dan tekan suis periuk sekali lagi
(Bagi memastikan nasi betul-betul masak)

Setelah masak, taburkan dengan potongan daun sup

Selain dari cara di atas, ummi punya satu lagi cara lain untuk memasak nasi ayam iaitu dengan menggunakan air rebusan ayam. Cara ini lebih menjadikan nasi ayam kita lebih lembut, dan tidak berketul. Caranya ialah:


Kisar bahan-bahan di atas sehingga lumat


Tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak yang banyak
(Minyak yang banyak akan menjadikan nasi kita lebih lembut dan tidak berketul)



Masukkan air secukupnya
(agak-agak cukup untuk dimasukkan di dalam periuk nasi)



Masukkan ayam dan rebus dan masukkan garam secukup rasa.


Setelah ayam siap direbus,
Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.


Sambal Ayam Berlada

Bahan-bahannya:
Ayam - mengikut keperluan
Beberapa ulas bawang merah dan bawang putih
Halia
Cili Boh
Sos tomato
Sos Cili
Kicap
2 sudu besar gula
Buah tomato
Ubi Kentang

Cara-caranya:

Rebus ayam dahulu

Setelah siap direbus, toskan air dan goreng
(Gambar jauh sebab minyak merecik..hehehe:-)

Goreng kentang yang telah dihiris nipis
(Ummi suka kentang, jadinya ummi masukkan banyak kentang)

Bahan untuk dikisar

Kisar lumat bahan-bahan tadi

Tumiskan cili boh hingga agak-agak garing

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
(Ummi hanya masukkan 3/4 sebabnya 1/4 ummi asingkan untuk membuat sup)

Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap dan gaul rata

Masukkan ayam dan kentang yang siap digoreng tadi

Masukkan buah tomato

Masukkan gula dan kacau sehingga masak

Sedia dihidang
Untuk hiasan taburkan daun sup di atasnya..nyum, nyum,nyum


Sup Ayam

Bahan-bahannya:
Isi ayam dipotong kecil
Lobak merah
Ubi kentang
Garam
Daun sup
Rempah sup

Cara-caranya:


Campurkan sesudu rempah sup bersama 1/4 bahan dikisar tadi dan gaulkan


Tumiskan bahan-bahan tersebut bersama marjerin

Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk dan kacau bersama rempah sup tadi

Masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga sup siap direneh

Jemput makan semua..:-)


Tazkirah: Selamat mencuba!!