Monday, December 6, 2010

The Legend Water Chalet, Port Dickson

Salam...

Tahun ni ayah berikan hadiah percutian yang paling menyeronokkan untuk ummi dan permata hatiku...percutian ke The Legend Water Chalet, Port Dickson..

Kiranya ini bulan madu pertama kami setelah hampir 3tahun berkahwin..hehehe..

Yang paling teruja si kakaklah..nampak seronok sangat dia di sini..

Terima kasih abang atas percutian 3 hari 2 malam yang sangat menyeronokkan ini..

Jom layan gambar-gambar kami di sana..





Bersedia untuk berendam dalam jakuzi


Seksinya anak-anak ummi






























Happy!!







































Makan-makan Sempena Hari Lahir Ummi dan Hayfa

Salam semua..

27 Nov 2010 yang lalu, ummi dengan terkejutnya telah membuat plan terkejut untuk membuat sedikit majlis makan-makan sempena hari lahir puteri ummi, Najla Hayfa yang telah lepas iaitu pada 24 Nov dan hari lahir ummi in advance 2 Dis..:-)

Ok, sebelum kita melayan gambar majlis, ummi nak bermadah sedikit mengenai puteri ummi...

Hayfa yang ummi sayangi..tahniah sayang di atas ulangtahun kelahiranmu yang ke-2tahun..sekejap sahaja masa berlalu, ummi terasa baru je semalam ummi melahirkan Hayfa, menyusukan Hayfa, memandikan Hayfa, bermain dengan Hayfa dan sekarang Hayfa sudah pun berusia 2 tahun..Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu..

Hayfa pun semakin cerdik, semakin pandai dan mula menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang kakak..Masih segar di ingatan ummi saat kelahiranmu sayang..Dari saat air ketuban ummi pecah di rumah tok mami, saat ummi terpaksa dibedah demi mengeluarkanmu, berpantang bersamamu, membesarkan mu sendiri di Segamat bersama ayah, melayan karenahmu yang pelbagai...Namun, sedikit pun ummi takpernah jemu..Hayfalah penyeri pertama kehidupan ummi, ayah, tok mami, tok baba dan keluarga ummi yang lain..

Ummi doakan Hayfa akan cepat belajar bercakap dengan lebih fasih, menjadi anak yang solehah, menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adikmu dan sentiasa mengikut perintah ALLAH..

Ummi minta maaf andai ummi tak mampu menjadi tauladan ummi yang terbaik buat Hayfa, tapi, ummi akan cuba berusaha untuk terus menjadi yang terbaik untukmu sayang..

Ummi sangat sayangkan Hayfa, walaupun kadang kala ummi termarah Hayfa, ter'buk' manja Hayfa, ter'cubit' Hayfa..namun, ummi vepat-cepat sedar..Hayfa masih kecil..Hayfa tak faham lagi tentang kehidupan seperti mana yang telah banyak ummi lalui..ummi dan ayahlah yang kena mencorak kehidupan Hayfa..putih atau sebaliknya..

Memang ummi mengaku bukan mudah untuk menjagamu sayang..dari kecil Hayfa seorang yang kuat menangis tetapi sejak kebelakangan ini ummi dan ayah dapat merasa yang semakin senang menjaga Hayfa..Hayfa dan semakin besar dan boleh menjaga diri sendiri serta adiknya..Ummi bangga sangat dengan kakak sayang...

Ummi doakan kakak akan terus menjadi anak ummi dan ayah selamanya dunia dan akhirat..Selamat ulangtahun kelahiran ke-2 sayang...MMUAHHH...dari, ummi ayah dan adik...


Selamat Hari Lahir Sayang...:-)



Dari, adik, ayah dan ummi...


Kek Kegemaran Ummi sekeluarga

Makanan terhidang


Serba ringkas untuk tetamu yang hadir..


Besday girl...:-)


Pantang tengok ayah pegang kamera..nakkk...


Besday girl with besday ummi:-)


Tiup lilin:-)


Potong kek:-)


Kaum keluarga yang hadir


Makan kek...:-)


Hero ummi dan kakak...


Ummi: Terima kasih kepada keluarga yang sudi datang..maaf andai makanan terhidang serba ringkas. Namun kemeriahan majlis tetap dirasai dengan kehadiran semua.





A Gift For My Self:-)

Salam semua..

Maaf sangat andai telah sekian lama ummi membiarkan ummiNH ni bersarang dengan sarang labah-labah dan sarang semut..(sarang semut..sedap jugak tu..hehehe)

Melalut sudah ummi..InsyaALLAH, ummi akan cuba menulis seberapa banyak entri pada hari isnin yang indah ini memandangkan banyak topik yang hendak ummi kongsikan bersama peminat semua..hahaha...ada kah peminatku..???

Ummi mulakan entri dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..

Khamis lepas, 2 Dis 2010..genaplah usia ummi 28tahun..alhamdulilah, ummi sangat rasa bersyukur ke hadrat ALLAH kerana memberi kesempatan kepada ummi menambahkan lagi jangka hayat ummi di dunia sementara ini.

Hadiah yang tidak ternilai untuk ummi sudah semestinya kebahagiaan yang ummi miliki bersama keluarga tercinta iaitu suami yang amat ummi cintai dan permata hatiku..kakak dan adik yang sangat ummi kasihi.

Ummi berharap sangat kebahagiaan yang ALLAH pinjamkan ini akan kekal selama-lamanya..Andai ALLAH mahu menguji keluarga ummi, ummi berdoa agar ujian itu mampu ummi sekeluarga hadapinya.

Dan...bersempena usia ummi yang semakin meningkat ini..yang ke 28 tahun ini..ummi terasa mahu menghadiahkan diri ummi sesuatu yang sangat ummi idamkan sejak bertahun dahulu..Jujur, ummi sangat menginginkannya..cuma memikirkan harganya agak mahal, ummi terpaksa lupakan..tetapi, tiba-tiba ummi berdetik.."Apa salahnya andai ummi membelinya sebagai hadiah hari lahir ummi..?A gift for my self...."

Makanya, inilah dia...hadiah yang ummi sangat idam-idamkan selama ini..memang rasa macam mimpi bila dapat memiliki dan memakainya...(Maaf ya semua, ummi memang obses sikit dengan benda ni..hehehe)








SK-II Facial Treatment...best sangat, terima kasih abang sebab sudi melayan kehendak isterimu ini..kebetulan sekarangkan barang-barang semua tengah jualan hangat..so, agak mampulah untuk ummi membelinya..best. Nantikan perubahan wajah ummi, adakah akan se'crystal clear'...mmm...????


Ummi: alhamdulilah, rezeki ALLAH...