Thursday, September 2, 2010

Ramadhan dan Menyusukan Harith

Salam..

Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu..pejam celik..pejam celik..pejam celik..dah 23 hari kita umat Islam sedunia berpuasa..Dan selama umat Islam berpuasa ini ummi kurang masa untuk berblog..sungguh...langsung tak punya masa. Bukan sebab masa tak cukup tapi sebab ummi tak pandai menguruskan masa..huhuhu..

Sepanjang Ramadhan ini ummi terasa malam semakin pendek tetapi siang agak panjang sebabnya ummi terus bangkit sesudah sahur menyiapkan segala kerja rumah sebelum ke pejabat..hehehe..'Bajet' ummi mithali..kihkihkih

Banyak sebenarnya ummi nak kongsikan dengan pembaca semua..Cheh, masih ada lagi kah pembaca blog ummi..Ummi nak cerita tentang perkembangan permata hatiku, 'strip wash', persiapan hari raya, Stok EBM Harith 7bulan ++ dan zaman universiti ummi..

Banyaknya hutang tertangguh..Harapnya sebelum cuti raya ni ummi sempat nak melunaskan segala hutang entri-entri yang dah ummi rancangkan..insyaALLAH..

Entri hari ini ummi nak cerita sedikit tentang pengalaman puasa pertama ummi di samping menyusukan Harith..Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..Tetapi sebelum tu ummi nak cerita tentang ramadhan ummi tahun-tahun yang sudah..

Alhamdulilah, ini adalah kali ketiga ummi menyambut Ramadhan bersama suami tercinta dalam tempoh genap 2tahun 7bulan kami berumahtangga..


Aidilfitri 2008:
Ummi dan ayah..sedang mengandungkan Puteri kami Najla Hayfa..


Aidilfitri 2009..
Ummi dan Ayah berhari raya bersama puteri kami..
Ummi sedang mengandungkan putera kami Nufayl Harith..


Aidilfitri pertama Hayfa (10bulan++)


Aidilfitri 2010 bertambah lagi seorang ahli keluarga ummi..Alhamdulilah atas kurniaanMU ALLAH..

Menyusukan Harith sepanjang Ramadhan..hari-hari yang awal..masyaALLAH, besar dugaannya terutamanya apabila petang menginjakkan wajah..Harith sentiasa mahu menyusu kerana tidak puas dengan susu ummi agaknya. Ummi pun terasa yang susu ummi semakin berkurangan apabila petang. Kesian sangat kat adik..haru biru ummi dan ayah berbuka puasa dengan adik yang merengek-rengek tak puas menyusu..

Selesai berbuka, ummi terus menyusukan adik..alhamdulilah, adik tertidur di pangkuan ummi..adik tertidur setelah kenyang dengan susu ummi..terima kasih ALLAH kerana kuatkan semangat ummi untuk terus menyusukan adik walaupun ummi rasa susu ummi hanya tinggal titisan bila di hujung hari.

Ummi cuba untuk berusaha mengekalkan jumlah susu ummi dengan mengambil makanan yang berkhasiat ketika berbuka dan bersahur, minum banyak air, dan makan kurma. Jadinya, sepanjang malam ummi akan minum sebanyak mungkin air yang boleh dan hidangan wajib ummi ketika bersahur adalah se'mug' besar horlicks dan kurma. Alhamdulilah, usaha ummi ini berjaya. Ummi rasa walaupun ummi berpuasa, menyusukan Harith ataupun mengepam susu ummi tidak seletih ramadhan-ramadhan yang lepas..sungguh..ummi tak pernah merasa puasa sebegini..

Segala kegusaran ummi tentang cukup ke tidak susu ummi sepanjang Ramadhan selesai sudah..ia bukan satu kegusaran lagi. Makanya, segala tanggapan ibu-ibu di luar sana tak laratlah, susu takda lah..semuanya hanya mitos..terpulang pada si ibu sejauh mana dia mahu berusaha untuk menyusukan anak-anak mereka..

Adik tertidur setelah puas menyusu..


Tazkirah: ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.
Justify Full