Sunday, October 17, 2010

Ahad di rumah keluargaku..:-)

Salam pagi ahad yang indah dan permai..

Pagi ahad di rumah tok mami dan tok baba..sangat meriah dengan suara anak-anak kecil..Hayfa, Harraz dan Harith..ketiga-tiga mereka adalah anak ummi kerana mereka adalah adik-beradik susuan..Ummi telah menyusukan Harraz sehingga lebih dari 5kali kenyang semasa ummi dalam berpantang di rumah keluarga ummi dan ummi Harraz telah menyusukan Harith sehingga lebih dari 5kali kenyang malah sebenarnya Harith menikmati terlebih dahulu kebaikan susu ummi Harraz semasa di NICU memandangkan ummi dan Harith terpaksa berjauhan kerana ummi demam semasa dalam proses kontraksi dan ummi tidak boleh bergerak aktif selepas pembedahan melahirkan Harith.

Terima kasih mak ngah kerana menyelamatkan Harith dari susu formula..Dan kerana mak ngah jugalah ummi bertekad untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada Harith dan mak nganlah antara inspirasi ummi sebenarnya..Sayang mak ngah..cheh...

Hayfa kurang sihat, sedikit demam dan batuk..kesian kakak..Moga kakak cepat sihat..Si adik masih lagi memegang takhta "Budak Rumah Paling Baik" selama 9bulan berturut-turut.. Tahniah adik..:-)

Ummi buat entri ini untuk menyimpan kenangan di dalam blog ini..Si kakak cuba mengsuakan puting tiruannya kepada adik..Ummi nak momen indah sebegini dapat ummi abadikan di dalam sesuatu dan bila permata hatiku besar nanti segala tentang mereka, kelakuan mereka, kenakalan mereka kebjaksanaan mereka dapat mereka gambarkan sendiri apabila mereka membaca coretan ummi ini.


Kakak: Adik..hisaplah puting ni adik..sedap..
Adik: Kakak ni..taknaklah..
Harraz hanya melihat sahaja telatah mereka.


Cepatlah adik...hehehe
Adik sedih..taknak..taknak..


Adik mula menangis..
Taknaklah kakak..tak sedap..
Ummi...tolong..


Adik: Kan dah jatuh..hahaha


Susah-susah biar kakak je yang pakai..senang...


Ummi nak cerita sikit tentang perkembangan si kakak..Peringkat umur Hayfa sekarang Hayfa dah pandai tolong buat kerja rumah. Pandai masukkan baju kotor dalam bakul sendiri, lap lantai kalau kotor akibat tertumpah dan buang sampah dalam tong sampah. Alhamdulilah, Hayfa dah pandai buat semua itu cuma bercakap je kurang lagi..

Akan ummi latih Hayfa bercakap jua..