Wednesday, November 24, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Puteriku Sayang

Salam semua...

Lamanya ummi tak update blog..maaf ya semua..kesibukan sebagai seorang pensyarah di hujung semester memang tidak dapat ditangkis lagi..menanda kertas peperiksaan akhir, menyelia dan menjadi penilai untuk pelajar praktikal dan tesis mereka, validasi dan sebagainya..

Dahlah, malas lah nak cerita perkara-perkara tension..cerita benda yang menarik jelah kan..

24 Nov 2010...adalah antara tarikh penting untuk ummi..Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2 puteriku sayang..Najla Hayfa..

Cepatnya masa berlalu..teringat ummi saat-saat kedebaran ummi mahu melahirkan kakak..

Ummi dengan ayah tak sambut lagi ulangtahun kelahiran Hayfa yang ke-2..insyaALLAH, sabtu ni ade sambutan hari lahir Hayfa dan anak-anak kawan ummi..untuk majlis di rumah, akan dibuat..insyaALLAH tapi ringkas sahaja..

Sempena kelahiran Hayfa, ummi dan ayah membungkus cenderahati untuk kanak-kanak di taska Hayfa..sebagai tanda bersyukur dengan kurniaan ALLAH..


Cenderahati untu kanak-kanak taska


Transformasi Hayfa


24 Nov 2008


24 Nov 2009



24 Nov 2010


Ok semua..maaf sangat andai coretan hari ini caca merba..ummi punya tugasan kerja yang perlu disiapkan sebelum ummi pergi bercuti minggu hadapan bersama keluarga tercinta..nanti ummi update lagi kisah permata hatiku ya..


Ummi: Adik demam...ummi sangat risaukan dia...


Friday, November 5, 2010

Kasih Sayang:-)

Salam..

Ummi nak tepekkan gambar ini untuk dijadikan kenangan selamanya dalam blog UmmiNH ni..

Untuk permata hatiku sedar bahawa kasih sayang mereka telah terbentuk sejak mereka kecil lagi..


Adik menangis kelaparan.
Si kakak dengan tergesa-gesa ingin menyudukan adik makanan


Adik..makan ni sayang..


Bersepah mulut adik..jap akak ambil sapu tangan


Meh sini adik..kakak lap mulut adik..


Ummi rasa sangat bahagia apabila ummi sempat merakamkan momen ini..jika mereka sudah dewasa dan andai ada sedikit salah faham antara mereka ummi harap coretan di blog ummi ini dapat meleraikan perselisihan mereka. Namun demikian, ummi amat berharap perkara itu tidak akan berlaku.

Cuti-Cuti Deepavali-Sardin Roll UmmiNH

Salam semua..

Pagi jumaat yang indah ini ummi sekeluarga berada di rumah ibu bapa ummi di Muar.. Semenjak kami tinggal di Melaka, kami dah agak jarang-jarang pulang ke Muar berbanding semasa saat kami berada di Segamat dulu..Mungkin 'life' di Melaka yang punya banyak rencana dan tempat menarik yang lebih mudah dikunjungi berbanding Segamat kot..Atau yang sebenarnya, banyak perkara yang perlu diuruskan di Melaka sebab ummi kini melalui fasa sebenar dalam kehidupan..

Semalam seperti biasa ummi membuat urusan harian ummi, mengepam susu untuk adik..dan alhamdulilah..pagi semalam hasil ummi adalah sebanyak 6oz. dah lama ummi tak dapat hasil sebanyak ini sejakumur adik semakin meningkat dan adik mula makan makanan pepejal. Kebiasaannya, ummi hanya mendapat sekitar 2oz sehingga 4oz sahaja untuk sekali pam. Mungkin juga semalam ummi mula mengepam untuk sesi pagi agak lewat iaitu jam11am:-)

Ummi rasa sangat gembira dan sangat teruja untuk meneruskan sesi penyusuan ummi yang seterusnya.


60z..rezeki ALLAH untuk adik..
Akan ummi teruskan penyusuan susu ibu untuk adik sehingga 2 tahun
insyaALLAH:-)


Sebenarnya, tujuan entri ummi hari ini adalah untuk berkongsi satu lagi resipi yang mudah, lazat dan amat ummi sukai..Sardin Roll UmmiNH..sangat mudah dan cepat..balik kerja rabu lepas terus ummi berjuang menyiapkan makanan kegemaran ummi untuk minum petang kami sekeluarga.

Jom belajar bagaimana nak menyediakan Sardin Roll UmmiNH



1 tin besar sardin.
Sardin ni ummi hancurkan terlebih dahulu, perah air limau dan masak di atas dapur lebih kurang 10-15minit. Ia dapat mengurangkan hanyir sardin tersebut.


Tepung campur air
(untuk lekatkan hujung roti)

Sebantal roti Gardenia
(Ummi suka guna roti Gardenia sebab rotinya cantik berbanding dengan jenama lain)


Roti dilenyek nipis dan dibuang kulit
(Kalau tak dilenyek nipis, bila mengoreng ia akan menyerap minyak)


Letakkan sesudu sardin di hujung roti


Gulungkan dan letakkan tepung di hujung atas dan di kiri kanan roti dan lekatkan ia.


Gulung dan lekatkan dengan kemas


Menunggu untuk digoreng


Celupkan di dalam telur yang sudah dipukul


Goreng di dalam kuali dengan minyak yang panas


Seleranya tengok..nyum..nyum..


Dipotong kecil untuk santapan sang puteri


Ummi: Selamat mencuba!!










Tuesday, November 2, 2010

Chicken Chop UmmiNH

Salam Selasa yang indah...

Indah ke? Ya Indah..setiap hari ciptaan ALLAH sangat indah selagi ALLAH bagi kesempatan kepada kita semua untuk bernafas dan menikmati sekali lagi hari indahnya.

Janji semalam ummi nak berkongsi resipi Chicken Chop UmmiNH yang ummi bertungkus lumus di dapur sekembali dari kerja semalam..Alhamdulilah, ummi berjaya membuatnya walaupun agak bersepah dapur ummi sebab pertama kali membuat masakan barat ini. Sangat mudah, sangat sedap dan yang sangat penting, suami tersayang sangat menyukainya.

Terima kasih abang sebab suka makan masakan sayang..hehehe

Ok, mari semua kita belajar memasak...abaikan kalau periuk, dapur atau mangkuk ummi tercomot sikit ya..:-)


Cara-caranya:

Ayam


Dada ayam di belah 2
(boleh juga menggunakan paha ayam (lebih sedap))


Celupkan di dalam telur yang sudah dipukul


Gaulkan dengan tepung KFC
(maaf, pinggan agak comot:-)
Goreng ayam tersebut sehingga kekuningan dan garing
Api jangan terlalu besar bagi menggelakkan bahagian dalamnya tidak masak


Sos Lada Hitam


Masukkan sos lada hitam ke dalam periuk
(Ummi suka gunakan sos lada hitam LIFE)


Masukkan sedikit tepung jagung


Masukkan air


Kacau sehingga ia mendidih dan agak sedikit likat
(abaikan periuk yang comot:-)


Coleslaw


Potong halus kobis dengan meracik-raciknya


Tambahkan 1-2 sudu mayonis


Perahkan sedikit air limau nipis
(Ummi gunakan 2 biji limau nipis)


Gaulkan semuanya



Opps! Jangan lupa kentang goreng



Siap!!




Monday, November 1, 2010

Resipi Warisan - Sambal Jawa Tok Mummy:-)

Salam semua..

Entri terakhir untuk hari ini ialah ummi nak berkongsi satu resipi dengan pembaca semua..

Wah, macam pandai masak je bunyinya..Resipi yang mudah tetapi sangat sedap..percayalah, kalau tak percaya kena cuba..hehehe

Alkisahnya begini, satu hari di beberapa minggu yang lepas ummi dan sahabat-sahabat ummi mengadakan 'potluck' kali kedua..'Potluck' sempena hari raya tapi dah lepas bulan raya..hehehe..

Apa lagi, jom belajar macamana nak buat Sambal Jawa Tok Mummy yang merupakan hidangan tradisi wajib di hari raya dan memang menjadi kegemaran kami adik beradik.

Bahan-bahannya:

3 batang serai atau lebih (lagi banyak lagi sedap)
Beberapa ulas bawang merah
Halia (setengah inci)
Beberapa ulas bawang putih


Kisar lumat bahan di atas


6 keping tauhu yang dipotong dadu dan digoreng


Peparu lembu yang dipotong dadu dan digoreng


2keping tempe dipotong dadu dan digoreng


10-15 batang cili hijau dihiris nipis


Suun direndam terlebih dahulu dan dipotong-potong pendek


Kulit tauhu direndam dahulu dan dipotong-potong kecil


Kicap (Bahan utama)


Cara-caranya:


Tumiskan bahan yang dikisar


Masukkan cili hijau


Masukkan sedikit air


Masukkan kicap
(Ikut kesesuaian, seandainya kurang hitam boleh ditambah kicap lagi nanti)


Masukkan garam


Masukkan gula


Masukkan tauhu, tempe


Masukkan peparu


Masukkan suun dan kulit tauhu


Kacau dan tambahkan kicap jika perlu


Siap!!


Close up sikit!!


Hidangan tengahari kami:
Kambing panggang, sayur campur, kek batik, sambal jawa, rendang daging, sambal tumis udang petai, ayam masak lemak dan air tembikai laici..Nyum..nyum..



Ummi: Selamat mencuba!!Penyediaannya memang mengambil masa tetapi memasak ia cuma sekejap dan rasanya sangat sedap!!Petang ni ummi nak membuat 'chicken chop'. Nanti ummi kongsikan resipinya dengan pembaca semua ya!