Wednesday, September 22, 2010

Permata Hatiku Membesar Tanpa Ummi Sedari

Salam semua..

Wah, tajuk ummi tak hingat..hehehe..

Anak2 tanpa kita sedari walaupun mereka berada di depan mata kita perubahan sikap dan pembesaran mereka berlaku tanpa kita sedarikan..

Baru sahaja rasanya Hayfa ummi lahirkan 24 Nov 2008 yang lepas..tup,tup..lusa Hayfa akan berusia setahun 10 bulan..lagi 2 bulan anak dara ummi akan menginjak ke usia 2 tahun..Cepatnya masa berlalu..

Harith pun sama..Tanpa ummi sedari dah 8bulan++ usia si bujang ummi ni..Jerih perih ummi melahirkan Harith 15 Januari 2010 yang lepas masih lagi ummi terasa..

Ya ALLAH, ummi sangat bersyukur dengan kurniaanMu ini.

Hayfa sekarang semakin pandai, bijak dalam tingkahlakunya dan semakin mudah untuk ummi dan ayah menjaganya. Cuma kadangkala sahaja dia meragam yang selebihnya dia pandai membawa diri..bermain sendiri, menyanyi sendiri, melawa, pakai lipstik, pakai bedak, sikat rambut sendiri.. Dah penat main, rasa mengantuk, ummi buatkan susu,bentangkan tilam..Hayfa dah boleh lena sendiri..

Masa raya hari itu, tengah siap2kan dia pun dia boleh tertidur sebab terlampau penat..Sayang ummi ni..Tapi, kalau angin dia nak main masih ada kalau dipaksa tidur boleh sampai menangis keras-keras dia..Hayfa..Hayfa..

Najla Hayfa Binti Mohd.Hamka
24 November 2008


Najla Hayfa Binti Mohd.Hamka
10 September 2010

Harith pula..ummi rindu adik yang dulu, adik yang tak banyak ragam, kalau tinggal boleh main seorang diri, tak banyak menangis, senang ditidurkan, suka gelak..Tetapi adik kini..kalau tinggalkan sekejap pun terus menangis, tidur nak buai, kalau tengah menyusu suka main-main, agak mula suka menangis, masih suka gelak..

Ummi ingatkan adik masih kecil, tapi sebenarnya adik sudah semakin membesar..dah 8bulan++ kan sayang..mestilah banyak ragam..dah mula nak merangkak..tapi, duduk belum tetap lagi. berbanding berbanding dengan si kakak yang cepat duduk dulu..

Perkembangan setiap anak-anak pastinya berbezakan..Apa yang sama adalah kasih sayang ummis emakin bertambah untuk kedua-dua mereka ini dan adik amsih lagi dapat menikmati nikmat susu ummi sepenuhnya..alhamdulilah..


Nufayl Harith Bin Mohd.Hamka
15 Januari 2010

Nufayl Harith Bin Mohd.Hamka
11 September 2010




Apa sekalipun, mereka berdua inilah penghibur ummi di setiap kala waktu..Tanpa mereka ummi tak mungkin punya nikmat dan rezeki seperti yang ALLAH kurniakan sekarang ini. Memang penat punya anak yang rapat jaraknya tapi, inilah anugerah ALLAH..Ummi berdoa mereka akan seakrab ini sampai bila-bila..


Ummi:Penat jadi ummi tapi penat ini berbaloi dan hilang apabila memeluk dan mencium permata hatiku.