Wednesday, July 7, 2010

Selamat Hari Rabu...

Salam semua...

Ummi rasa agak risau..'supply' ummi agak merundum minggu ini..pagi ni, ummi pam dapat 4auns je..huhuhu..sedangkan kali terakhir Harith minum pagi tadi pukul 6.30am..Biasanya, kalau pam mesti dapat dalam 6-7auns..

Kenapa ya..? Ummi fikir positif..Mungkin sebab minggu ni jadual kerja ummi agak bercelaru sedikit kerana semester baru bermula. Jadinya, pengurusan masa ummi agak kurang efisyen.

Dari segi pemakanan, ummi takda pula 'consume' makanan yang boleh mengurangkan susu ummi..Huhuhu..Harap perkara ini hanya sementara.

Hanya anak-anaklah penawar segala kekalutan ummi..


Aksi di pagi rabu