Thursday, June 24, 2010

Moga Rohnya dicucuri Rahmat

Salam ibu-ibu..

Tepat jam 12.30am 24 Jun 2010 di Hospital Batu Pahat ummi telah kehilangan salah seorang daripada ibu saudara yang amat ummi sayangi..Allahyarhamah Shamsiah Binti Muhamad atau di kalangan keluarga kami memanggilnya Ucu Zai..Arwah meninggal pada usia yang masih muda iaitu 39tahun..

Arwah adalah adik bongsu kepada ibu ummi..anak bongsu daripada 7 orang adik beradik..telah pun berkahwin..

Pemergiaan arwah bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana arwah sudah pun dimasukkan ke wad ICU pada 23 Jun 2010 kerana tidak sedarkan diri..Arwah Ucu Zai mengidap 'antiphospholipid syndrome' dan oleh kerana sindrom ini arwah mendapat 'deep vein thrombosis' iaitu salur darah di kaki arwah tersumbat dan menyebabkan berlakunya darah beku di kaki dan 'pulmonary embolism' di paru-paru iaitu darah beku yang tersumbat di kaki itu pecah dan masuk ke salur darah paru-paru..Oleh kerana simptom ini arwah memang sangat selalu mendapat sesak nafas dan wajah serta anggota badannya berwarna biru. Sememangnya di sepanjang hidup arwah, kaki arwah ucu memang bengkak dan biru...

Sepanjang hidupnya arwah bertahan dengan mengambil sejenis ubat iaitu 'warfarin' bagi mencairkan darah beku tersebut..Jika ubat ini tidak dimakan, darah beku akan terbentuk semula dan jika ubat ini terlebih makan, darah akan menjadi terlalu cair..Arwah pernah berkata bahawa ubat itu adalah nyawanya..

Istilah perubatan ini ummi rujuk dari adik ummi Dr.Nani Shahida Sehat yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Namun, mungkin sudah ajal..seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir, ubat 'warfarin' itu hilang dan selama seminggu itu arwah tidak langsung mengambil ubat tersebut..Mungkin sudah ajalnya..ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui..Kun Fayakun...

Antara tanda-tanda akhir hayat arwah..ibu mertuanya mendakwa arwah bercakap dengannya tetapi tidak memandang wajah ibu mertuanya ketika bercakap..Ketika mereka sekeluarga berjalan ke Pontian, arwah ingin membelanja mereka makan nasi ayam. Kakak ipar arwah terkejut kerana arwah tidak bekerja dan bagaimana untuk membelanja mereka. Namun, jawapan arwah..Untuk kali terakhir..Subhanallah..Setiap insan pasti dapat merasakan ajal mereka sudah sampai..

Ummi tidak sampai hati melihat raut wajah suami arwah yang kami panggil Cu Syah..Bagaimana ya akan dia lalui hidup tanpa isteri di sisi? Isteri yang selama ini menjaga makan pakai dia,menguruskan hal ehwal rumahtangga..Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan..Mungkin ketentuan ALLAH, arwah sepanjang perkahwinanya tidak dikurniakan cahayamata mungkin kerana ini..

Ummi terbayang andai ummi pergi dahulu..bagaimana agaknya ya kehidupan ayah dan permata hati ummi melalui hidup tanpa ummi..Nauzubilah..Ummi pohon Ya ALLAh agar KAU panjangkan usia ummi & ayah untuk melihat kesemua anak-anak ummi berjaya dalam hidup dan berkeluarga..Selepas itu,ummi redha andai ALLAH mahu mencabut nyawa ummi...MasyaALLAH..rahsia kejadian ALLAH...Siapalah kita untuk menentukannya..
Akhir kata..

Ucu..Kami semua sangat sayangkan ucu..Pemergiaan ucu sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan kami..Kami pasti akan merindui ucu, kebaikan ucu, gelak tawa ucu,senyuman ucu, lawak jenaka ucu..semuanya kini hanya tinggal kenangan..Ucu, seandainya dapat kami semua putarkan masa..akan kami lakukan dan tinggalkan semua kenangan-kenangan yang manis untuk ucu..takkan sesekali kami sakitkan hati ucu..Ucu,semoga ucu akan tenang bersemadi di alam sana..Moga ucu ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin yang beriman..insyaALLAH, tidak akan kami lupa untuk titipkan doa buat ucu di dalam setiap doa kami..Kami sangat sayangkan ucu...ucu..ucu...

Ok, cukup setakat ini..ummi tidak mampu menahan emosi ummi..


Al-Fatihah buat arwah Shamsiah Binti Muhamad


Tazkirah: Jika ALLAH mahu mengambil nyawa kita..tidak akan cepat atau lewat sesaat pun..bersedialah kita..