Wednesday, June 30, 2010

Sempat Lagi Berblog Sebelum Balik:-)

Salam..

Ummi ni sempat lagi berblog sebelum balik..

Hehehe...Best rupanya berblog ni..Macam rasa gembira sangat bila dapat kongsikan bersama dengan orang lain tentang apa yang kita rasa hari ini..kan..kan..kan..:-)

Hari ini macam biasa, ummi pam 3 kali sehari..(pukul 10am, pukul 12pm, pukul 3.30pm)..Hasilnya..alhamdulilah..17oz untuk hari ini..dan setiap hari ummi akan bawa pulang sebanyak ini..


Harith: Ummi, sedapnya..Nyum..Nyum..Nyum..

Jangan salah anggap ya ibu-ibu..Ummi bukan mahu menunjuk-nunjuk EBM ummi kepada awam cumanya ummi rasa perlu untuk ummi berkongsi dengan semua tentang susu ibu dan demi menaikkan semangat ummi sendiri. Manalah tahu, satu hari nanti susu ummi akan berkurangan atau ummi sudah mula malas untuk mengepam. Bila baca entri ni balik, pasti hati akan membuak-buak kembali untuk meneruskan perjuangan..Tak gitu..:-)

'Liner' ummi pun sudah semakin berkurangan..Nak beli lagi? Tidak..ummi akan gunakan semula botol Mom Little Ones dan Bumble Bee ummi untuk menyimpan susu nanti..

'YouHaveABaby Storage Bags'..
Murah je..Ummi beli di enjoybreastfeed Rm 25.++..100 helai..
Memang berbaloi-baloi

Petang ni,ummi tak masak..Sebabnya lauk mentah sudah habis..Hahaha..Alasan orang rajin..Untuk si kakak, ummi nak buat apa ya? Mm, nanti ummi fikirkan..untuk ummi..teringin nak makan ...nanti ummi fikirkan..

Sebelum mengakhiri entri petang ini, esok ummi sepatutnya cuti tapi ummi nak batalkan untuk menyiapkan fail pembelajaran sebabnya kelas akan bermula minggu hadapan..Tak buat apa lagi ni...huhuhu..

Ini gambar permata hatiku pagi tadi..Sempat pulak ummi 'snap' gambar bila tengok comel mereka di atas katil berdua..


Permata hatiku..
Adik beradik muka yang berlainan..
Kakak ikut muka ummi cun, adik ikut muka ayah tampan:-)


Tazkirah: Penulisan mencerminkan peribadi seseorang.


Kami Perlukan Sokongan:-)

Salam..

Ibu-ibu..banyak tak cabaran, tohmahan serta pandangan sinis orang sekeliling jika mereka mengetahui yang ibu-ibu menyusukan bayi secara eksklusif...?huhuhu..sedihkan, kalau orang sekeliling memberikan tanggapan negatif kepada kita..

Sedangkan, kita sangat-sangat memerlukan kekuatan, sokongan, kata-kata semangat sebabnya kita sebagai ibu-ibu menyusu juga mempunyai rasa 'down', rasa kurang semangat, rasa gelisah, rasa resah, rasa risau terutama apabila susu kita merundum, terutama bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak menyusu, 'travel' ke sana sini..di mana akan kita letakkan anak-anak, jika kita membawa anak-anak siapa yang akan ikut kita bersama untuk menjaga anak di saat kita berkursus..Orang yang ikut kita tu, boleh ke pula menguruskan EBM kita..

Fuh, berpeluh..bukan mudah menjadi seorang ibu..terutama bagi ibu yang menyusukan anak-anak mereka. Bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak terjangka, perkara pertama yang difikirkan adalah..anak-anak..betulkan ibu-ibu..

Sebenarnya, apa yang paling penting adalah kita sebagai ibu yang menyusu memerlukan sokongan daripada keluarga iaitu suami, ibu bapa dan adik beradik. Pada ummi, itu yang paling utama.

Suami...dari dialah sokongan sangat-sangat kita perlukan. sebabnya suami adalah orang pertama yang akan kita minta pertolongan jika kita berada di dalam sesuatu situasi yang menyulitkan..betul tak ibu-ibu..Jadinya, jika suami tidak membantu..pastinya kita akan terasa 'down' sebabnya kita mahu berikan yang terbaik untuk anak dia tapi dia tidak memberikan sokongan.

Sebagai contoh: Kita sedang melayan anak sulung seperti mahu tidurkan, bagi makan..Anak kedua menangis lapar susu..Jadinya, ketika inilah suami akan memainkan peranan menggantikan kita melayan anak sulung dan kita boleh menyusukan anak kedua.

Contoh yang lain, ibu-ibu terpaksa berkursus luar daerah sedangkan kita mempunyai anak kecil yang masih lagi menyusu. Ada antara suami yang sanggup bercuti mengikut isterinya berkursus dan seterusnya melayan anak kecil dan dapat menguruskan EBM dengan baik. Selain itu, suami juga boleh membantu dari segi menyediakan kelengkapan menyusu seperti 'support' duit beli pam yang bagus, beli 'storage bag', botol penyimpanan susu, mungkin 'deep freezer' untuk simpan EBM dan stok makanan anak-anak..(jika tempat beku sudah penuh atau hampir penuh..) - ayat ini ditujukan kepada abang tersayang:-)

Ummi bertuah kerana ummi dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong sepenuhnya ummi menyusukan Harith secara eksklusif..Bukan mudah pada mulanya,tetapi ia bergantung kepada kesungguhan ibu-ibu untuk membuktikan kepada suami yang kita mampu melakukan yang terbaik.

Keluarga..ibu bapa..adik beradik...pengalaman anak pertama, ummi sendiri terpengaruh dengan cakap-cakap mereka yang makan garam lebih dahulu daripada ummi..

"Bagi anak ni minum susu formula juga..nanti kalau dah kerja nanti susah tiada susu!"

"Susah nak jaga anak kamu ni...nak kena cairkan susu, rendamkan susu..leceh.."

"Budak ni kena ajar minum susu botol (susu formula) dari dalam pantang..kalau tak nanti dia susah nak terima puting botol kalau dah kerja"

"Tulah, dari dulu dah bagitahu campur susu..campur susu..kan susah sekarang nak pergi kursus dah kena bawa anak.."

Bermacam-macam lagi ayat yang selalu dilemparkan oleh orang yang jauh lebih tua dari kita..Perkara beginilah yang membuatkan ibu-ibu rasa putus asa untuk meneruskan penyusuan kepada anak-anak. Ibu kita terutamanya, sebagai anak perempuan sememangnya kita rapat dengan ibu kita..makanya segala masalah biasanya kita luahkan pada ibu..Maka,ibu kepada ibu perlulah memberikan nasihat yang terbaik dan berguna kepda anak perempuannya. Jika kita mengadu tentang masalah penyusuan kepada ibu kita,kadang-kadang kita bukanlah perlukan penyelesaian,tetapi kita mahu untuk mengadu masalah, memberitahu..itu sahaja. Kalau ibu sendiri tidak memberikan sokongan..sedihkan ibu-ibu..

Mak ummi..masa ummi melahirkan Hayfa dengan keadaan ummi sendiri yang jahil tentang susu ibu ini, ikut sahaja apa katanya..Tetapi, mak ummi mula berubah pandangan apabila adik ummi, angah melahirkan anak dan bertekad untuk memberikan susu ibu sahaja. Bukan mudah ummi rasa untuk angah melakukannya..Tapi, akhirnya angah berjaya menyakinkan mak..malah, jika anga 'on call' dan sangat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, mak dan abah ummi akan menjaga anak kecilnya dan memberikan EBM angah kepada si comel, Harraz Nu'man. Kalau susu angah berkurangan,mak dan abah ummi akan menggesa angah untuk mengepam susunya agar bekalan buat Harraz tidak terputus.

Jadinya, apabila ummi melahirkan Harith..ibu bapa ummi adalah antara orang yang sangat menyokong ummi menyusukan Harith secara eksklusif. Thanks a lot my beloved parents!!

Pendek kata, kalau ibu-ibu mahu orang di sekeliling menyokong apa yang kita buat, kita perlu untuk menunjukkan kesungguhan kita untuk menyusukan anak. Biar apa orang kata, yang penting kita punya keluarga yang sangat menyokong kita. Apa yang orang kata, ambil sebagai panduan tetapi dalam pada masa yang sama, kita kena tetap pendirian..

Terakhir sekali...



Tazkirah: Kami perlu kekuatan dariMU ya ALLAH...

MBFPC Zon Selatan

Salam pagi rabu semua..

Alhamdulilah, ummi dan orang-orang kesayangan ummi masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi ALLAH ini..

Pagi ini, ummi ke pejabat seperti biasa..sibuk kah dengan kerja-kerja..? Tidak pun, kelas bermula minggu hadapan dan sepenuhnya ummi akan mengajar di bandar. Ummi sibuk menguruskan tentang MBFPC zon Selatan yang akan ummi sertai di Kak Long Chalet, Alai 2-4 Julai ni..Jumaat sampai Ahad..




Sebenarnya, semuanya sudah ummi 'settlekan' awal Jun hari itu.. Plan awalnya, ummi dan Harith akan pergi bersama adik ipar ummi cik Nor dan Darwisy serta kawan ummi cik Intan dan anaknya, Hayfa ummi akan letakkan dia di taska seprti biasa pada hari Jumaat dan Sabtu dan pada hari ahad, ayah terbaik di dunia akan menjaga Hayfa seorang diri di rumah..Oppss..boleh ke abang?..:-) 'unfortunately', di saat-saat akhir kedua-dua mereka tidak dapat join..huhuhu..ummi terkapai-kapai keseorangan mencari jalan penyelesaian, boleh ke ummi travel sendiri dengan Harith..? Hayfa, boleh ke ummi tinggalkan di taska hari sabtu..kesian dia seorang diri sahaja di sana tiada kawan-kawan..hari Ahad pulak, boleh ke ayah menjaga Hayfa dari pagi hingga ke lewat petang..?


Jadinya, ummi dan ayah menbuat sedikit perbincangan yang agak-agak serius manja..:-) Ayah akan menjadi pemandu kesayangan ummi dan permata hatiku pergi dan balik program..Abang, minta masuk pejabat lewat sedikit hari jumaat ya..sayang abang!!:-) Hayfa pula akan kami tempatkan di taska yang sememangnya disediakan di sebelah dewan seminar ummi dengan kadar bayaran RM20 sehari..Oklah tu ummi dan ayah rasa..Ummi pun taklah sentiasa terfikir-fikir tentang si kakak ni di sepanjang program sebabnya kakak ada di sebelah dewan ummi..Harith? sentiasa berada di sisi ummi sebabnya 'nursing baby' dibenarkan masuk sekali di dalam program. Barulah, ada 'feel' bila bercerita tentang susu ibu nanti..

Jadinya, semuanya sudah selesai..Ummi akan mengaut ilmu sebanyak mungkin dan ummi akan cuba kongsikan ilmu itu dengan ibu-ibu nanti..InsyaALLAH..doakan semuanya berjalan lancar ya..Abang, sokonganmu sangat sayang hargai!!


Ummi sangat sayangkan mereka..
Abang, Kakak dan Adik..


Tazkirah: Jika berkasih sayang kerana ALLAH, pastinya kasih sayang itu berada dalam rahmatNYA..InsyaALLAH..