Saturday, July 31, 2010

Permata Hatiku Lagi..:-)

Salam..

Tidak lengkap rasanya kehidupan ummi andai tiada permata hati ummi di sisi..

Siapa ya..

Abang yang dicintai, puteri ummi Najla Hayfa yang disayangi dan putera ummi Nufayl Harith yang dikasihi..

Tanpa mereka di sisi, ummi tak tahulah apa yang akan jadi kepada diri ummi..

Ummi dah terbiasa dengan kesibukan menjaga kelengkapan mereka di rumah, melayan segala tingkah laku mereka, dan memenuhi segala kehendak mereka.

Andai tiba-tiba segalanya itu sudah tiada...ya ALLAH..tak sanggup untuk ummi katakan..

Sebab itu di dalam doa ummi. Ummi seringkali memohon kepada ALLAH..

" Ya ALLAH, Ya Tuhanku..Aku bermohon padaMU Ya ALLAH agar KAU panjangkanlah usiaku, usia suamiku, usia anak-anakku Hayfa dan Harith dan anak-anak kami yang lain. KAU sihatkanlah tubuh badan kami. Aku mohon Ya ALLAH supaya KAU berikan kesempatan buat aku dan suamiku membesarkan anak-anak kami sehingga mereka dewasa, bekerjaya, berkeluarga dan mempunyai anak-anak..Selepas itu, andai KAU mahu mencabut nyawa aku dan suamiku, aku redha ya ALLAH..Aku tidak sanggup untuk membayangkan nasib anak-anakku seandainya KAU tarik nyawa aku atau suamiku ketika mereka masih kecil dan ketika mereka masih memerlukan kami untuk membesarkan mereka.."

Ummi pohon doa ummi ini dimakbulkan ALLAH.

Jangan emosional ummi..Jom layan gambar-gambar mereka yang semakin comel itu..

Masa untuk berehat:-)

Ummi ni..kan adik tengah berehat..hehehe:-)

Ayah sedang membaca al-quran sambil diperhatikan oleh adik..
(Abaikan katil yang tidak bercadar itu-Hayfa tumpahkan susu malam sebelumnya, ummi belum sempat salin cadar baru...:-)


Kakak mengangkat 'cooler bag' ummi..
Kakak: "Kakak nak letak susu dalam ni.."

Ringan je beg ni ummi..
(Cubaan mengangkat beg 'pump' ummi tak berjaya sebab beg tu berat, hehehe:-)


Kakak gigih mengalihkan beg taska mereka dan 'cooler bag' ummi

Keceriaan di pagi hari:-)

Ummi mengaku, kadangkala ummi merungut kepenatan dengan segala tugas dan tanggungjawab ummi yang tidak pernah sudah. Tapi, itu semua hanyalah di luaran. Sebenarnya, ummi sangat bersyukur dengan kurniaan ALLAH ini..anak-anak dan suami yang sangat menyayangi ummi juga, pelengkap hidup ummi dunia dan akhirat.

Tanpa insan-insan ini, ummi tidak mampu agaknya untuk meneruskan kehidupan ummi di dunia ini.


Tazkirah: Ya ALLAH, KAU perkenankanlah dan perdengarkanlah rintihanku ini.

EBM Ummi Kembali Gembira

Salam...

Ingat tak dulu ummi pernah beritahu kekalutan tempat penyimpanan stok EBM Ummi..Dah tiada ruang hinggakan stok-stok minggu lepas ummi terpaksa letakkan di ruang bawah peti ais sebabnya memang ruang di atas sememangnya sudah penuh..huhuhu..

EBM: "Sesak..sesak..tolong!!"

Setelah puas berbincang dan memujuk suami tersayang akhirnya impian ummi terlaksana..Peti ais baru ke 'deep freezer'...Akhirnya, kami sepakat untuk membeli sebuah peti ais baru yang mempunyai ruang yang lebih besar daripada peti ais lama. Pemilihan pembelian peti ais baru ini adalah yang terbaik untuk kami setelah dikira dari segi penjimatan kos elektrik dan ruang di rumah.

Pelaburan yang berbaloi:-)

Ruang yang luas untuk stok EBM ummi..
Ummi SUKA!!

Hadiah percuma daripadaTOSHIBA
Terima kasih:-)

Jangan salah faham ya ibu-ibu..bukan niat ummi untuk menunjuk-nunjuk..Tidak, cuma ummi ingin berkongsi kegembiraan ummi mendapat sesuatu yang ummi idamkan. Bukan untuk kesenangan duniawi ummi tetapi untuk kesenangan dan penjimatan kami sekeluarga. Dengan pembelian sebegini, ummi rasa ia agak berbaloi melabur demi masa depan EBM permata hatiku, lebih jimat daripada membeli susu formula untuk permata hatiku selama 2 tahun.

Setelah beberapa jam menunggu akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. EBM ummi ditempatkan di tempat yang lebih selesa..hehehe..

Menunggu masa untuk digunakan
Disusun mengikut tarikhnya:-)

EBM lagi..

Ummi sangat bersyukur dengan kurniaan ALLAH s.w.t kepada ummi. Rezeki ini tidak akan ummi sia-siakan. Ia sangat berharga buat ummi walaupun setitis jua.

'Storage bag' ummi dan botol 'Bumble Bee' ummi sudah kehabisan. Lantas, ummi membuat pesanan lagi melalui enjostbreastfeed..2 'storage bag' Joy Angel dan 2 'storage bag' Autumz..Suka sangat barang yang dipesan sampai pada hari yang sama dengan peti ais.

Tak sabar untuk menggunakannya

Hasil pagi hari ummi di 'storage bag' Joy Angel

Ummi bersyukur, doa ummi dari saat ummi mengandung dimakbulkan ALLAH. Niat ummi untuk susukan Harith secara eksklusif selama 6bulan telah tercapai dan kini niat ummi untuk menyusukan adik selama 2tahun harap tercapai dengan izinNYA.


Tazkirah: Moga usaha ummi yang diiringi dengan doa tercapai jua.

Justify Full

..Makanan Apa Yang Tidak Boleh Diberikan Kepada Bayi Anda..

Salam ibu-ibu..

Maaf dipinta, ummi dah lama sangat tak sempat nak 'update' entri dalam blog kesayangan ummi ni. Bukan sengaja kalian, tapi masa sangat mencemburui ummi..dengan tugasan sebagai pensyarah, sebagai isteri dan ummi kepada permata hatiku..Cheh, alasan manusia alpa..:-)

Entri hari ini ummi nak kongsi bersama artikel yang ummi dapat daripada ModernMom bertajuk "What NOT to feed your baby.."Ummi cuba terjemahkan ke bahasa ibunda ya ibu-ibu..

Soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu baru mengenai jenis makanan apakah yang boleh dberi dan makanan apakah yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan bayi mereka kepada makanan pepejal. Menurut American Academy of Pediatric, usia yang disarankan untuk mula menceraikan bayi daripada susu ibu ataupun susu formula adalah pada usia 4-6bulan. Selepas tempoh itu, ibu-ibu seharusnya boleh mula secara beransur-ansur memperkenalkan makanan baru kepada sistem bayi mereka. Namun demikian, perlu diingat terdapat beberapa tips makanan yang perlu dielak daripada diberikan kepada bayi anda sehingga mereka berusia 1tahun:

MADU

Madu boleh menyebarkan racun yang berbisa dan berbahaya. Saluran usus orang dewasa mampu untuk menghalang daripada pembiakan racun ini tetapi tidak kepada sistem bayi. Memberikan madu kepada bayi boleh mewujudkan toksin di dalam badan dan seterusnya mengancam nyawa bayi.

MENTEGA KACANG

Tekstur mentega kacang yang melekit dan tebal boleh menyebabkan bayi sukar untuk menelan makanan ini.

SUSU LEMBU

Disarankan kepada ibu-ibu untuk terus memberikan susu ibu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun kerana bayi tidak boleh memproses sepenuhnya protein yang ada di dalam susu lembu. Susu lembu juga tidak mempunyai nutrisi yang banyak seperti yang terdapat di dalam susu ibu dan mempunyai mineral yang boleh merosakkan pembesaran buah pinggang bayi.

MAKANAN LAIN

Garam (Buah pinggang bayi belum kuat), makanan rendah lemak (Tidak disarankan untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun), jus buah dan sitrus yang tidak cair, telur mentah, pemanis tambahan, sosej yang tinggi kandungan lemak dan makanan yang pedas dan mempunyai penambah perisa.

TERCEKIK

Saiz makanan sebesar kacang pis adalah yang paling selamat untuk diberikan kepada bayi kerana kemungkinan untuk bayi tercekik adalah kurang. Potong dadu makanan yang hendak diberikan kepada bayi tak kira dari jenis buah, sayuran, keju dan daging. Makanan yang keras seperti kacang, bertih jagung, gula-gula keras, kismis hendaklah dielakkan kerana bayi boleh tercekik dengannya. Makanan yang lembut seperti jeli dan 'marshmallow' juga boleh menyebabkan bayi tercekik.

ALAHAN

Doktor mencadangkan untuk ibu-ibu menunggu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun untuk memperkenalkan makanan yang mempunyai alahan tertentu seperti kekacang. Adalah lebih baik untuk memperkenalkan makanan baru kepada bayi secara beransur-ansur dan tunggu sehingga beberapa hari untuk melihat reksi bayi terhadap makanan tersebut. Jika keluarga anda mempunyai alahan, dapatkan nasihat doktor perancangan memperkenalkan makanan seperti susu lembu, kacang, soya, ikan, telur dan gandum.

TINDAKAN BERJAGA-JAGA

Jangan sesekali membenarkan bayi anda makan di dalam kereta kerana sukar untuk memandu sambil mengawal anak yang sedang makan. Kemungkinan untuk bayi anda tercekik adalah tinggi.

JADI, APAKAH MAKANAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI?

Dalam minggu-minggu pertama bercerai susu, adalah selamat untuk memberikan bayi anda makanan yang dipuri seperti puri lobak, kentang, ubi kentang, pisang,epal dan pear. Bijirin segera yang terdapat di pasaran biasanya mempunyai banyak gula berbanding makanan yang dipuri kerana ibu-ibu yang membuat makanan bayi itu sendiri kerana air tangan ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda.


Jangan lupa mulakan suapan pertama dengan bismillah..

Tazkirah: Ibu-ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi dan anak-anak mereka.