Saturday, July 31, 2010

..Makanan Apa Yang Tidak Boleh Diberikan Kepada Bayi Anda..

Salam ibu-ibu..

Maaf dipinta, ummi dah lama sangat tak sempat nak 'update' entri dalam blog kesayangan ummi ni. Bukan sengaja kalian, tapi masa sangat mencemburui ummi..dengan tugasan sebagai pensyarah, sebagai isteri dan ummi kepada permata hatiku..Cheh, alasan manusia alpa..:-)

Entri hari ini ummi nak kongsi bersama artikel yang ummi dapat daripada ModernMom bertajuk "What NOT to feed your baby.."Ummi cuba terjemahkan ke bahasa ibunda ya ibu-ibu..

Soalan yang biasa ditanya oleh ibu-ibu baru mengenai jenis makanan apakah yang boleh dberi dan makanan apakah yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan bayi mereka kepada makanan pepejal. Menurut American Academy of Pediatric, usia yang disarankan untuk mula menceraikan bayi daripada susu ibu ataupun susu formula adalah pada usia 4-6bulan. Selepas tempoh itu, ibu-ibu seharusnya boleh mula secara beransur-ansur memperkenalkan makanan baru kepada sistem bayi mereka. Namun demikian, perlu diingat terdapat beberapa tips makanan yang perlu dielak daripada diberikan kepada bayi anda sehingga mereka berusia 1tahun:

MADU

Madu boleh menyebarkan racun yang berbisa dan berbahaya. Saluran usus orang dewasa mampu untuk menghalang daripada pembiakan racun ini tetapi tidak kepada sistem bayi. Memberikan madu kepada bayi boleh mewujudkan toksin di dalam badan dan seterusnya mengancam nyawa bayi.

MENTEGA KACANG

Tekstur mentega kacang yang melekit dan tebal boleh menyebabkan bayi sukar untuk menelan makanan ini.

SUSU LEMBU

Disarankan kepada ibu-ibu untuk terus memberikan susu ibu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun kerana bayi tidak boleh memproses sepenuhnya protein yang ada di dalam susu lembu. Susu lembu juga tidak mempunyai nutrisi yang banyak seperti yang terdapat di dalam susu ibu dan mempunyai mineral yang boleh merosakkan pembesaran buah pinggang bayi.

MAKANAN LAIN

Garam (Buah pinggang bayi belum kuat), makanan rendah lemak (Tidak disarankan untuk kanak-kanak di bawah usia 2 tahun), jus buah dan sitrus yang tidak cair, telur mentah, pemanis tambahan, sosej yang tinggi kandungan lemak dan makanan yang pedas dan mempunyai penambah perisa.

TERCEKIK

Saiz makanan sebesar kacang pis adalah yang paling selamat untuk diberikan kepada bayi kerana kemungkinan untuk bayi tercekik adalah kurang. Potong dadu makanan yang hendak diberikan kepada bayi tak kira dari jenis buah, sayuran, keju dan daging. Makanan yang keras seperti kacang, bertih jagung, gula-gula keras, kismis hendaklah dielakkan kerana bayi boleh tercekik dengannya. Makanan yang lembut seperti jeli dan 'marshmallow' juga boleh menyebabkan bayi tercekik.

ALAHAN

Doktor mencadangkan untuk ibu-ibu menunggu sehingga bayi mereka berusia 1 tahun untuk memperkenalkan makanan yang mempunyai alahan tertentu seperti kekacang. Adalah lebih baik untuk memperkenalkan makanan baru kepada bayi secara beransur-ansur dan tunggu sehingga beberapa hari untuk melihat reksi bayi terhadap makanan tersebut. Jika keluarga anda mempunyai alahan, dapatkan nasihat doktor perancangan memperkenalkan makanan seperti susu lembu, kacang, soya, ikan, telur dan gandum.

TINDAKAN BERJAGA-JAGA

Jangan sesekali membenarkan bayi anda makan di dalam kereta kerana sukar untuk memandu sambil mengawal anak yang sedang makan. Kemungkinan untuk bayi anda tercekik adalah tinggi.

JADI, APAKAH MAKANAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI?

Dalam minggu-minggu pertama bercerai susu, adalah selamat untuk memberikan bayi anda makanan yang dipuri seperti puri lobak, kentang, ubi kentang, pisang,epal dan pear. Bijirin segera yang terdapat di pasaran biasanya mempunyai banyak gula berbanding makanan yang dipuri kerana ibu-ibu yang membuat makanan bayi itu sendiri kerana air tangan ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda.


Jangan lupa mulakan suapan pertama dengan bismillah..

Tazkirah: Ibu-ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi dan anak-anak mereka.

0 comments: