Wednesday, October 13, 2010

Rindu Zaman Bergelar 'Student'

Salam Rabu pembaca semua..

Minggu-minggu terakhir sebelum tamatnya semester Jul-Nov 2010 di UiTM. Minggu hadapan semua pelajar akan mula bercuti belajar atau 'study week'..Mungkin ada yang pulang ke kampung dan mungkin ada yang akan tinggal di kampus mengambil peluang belajar bersama-sama rakan seperjuangan.

Terkenang di zaman universiti ummi..'study week' ummi dari sarjana muda sampailah sarjana ummi tak pernah tak balik..Ummi tetap akan balik cuma ummi akan pulang awal ke UTM untuk belajar bersama kawan-kawan..

Kami dulu suka belajar secara berkumpulan..Masa 'degree' cara belajar ummi dan kawan-kawan adalah setiap orang akan membuat nota ringkas untuk setiap topik. Kemudian, kami akan memfotostat nota tersebut untuk setiap ahli kumpulan..Bila tiba masa perbincangan, setiap orang akan menerangkan tentang topik yang mereka mahir itu..Best, sangat menarik, dan sangat berkesan..Sebabnya, kita tak perlu 'struggle' untuk buat nota ringkas untuk semua topik.

Antara teman seperjuangan masa 'degree'..Jun, Yuni, Miza, Huda, Khajar, Faz, Yani,Yati, Tikah, Zila..Kalau ada yang tak sebut nama harap maaf ya..Dah 5tahun meninggalkannya..Ia dah semakin luput dari ingatan tetapi kenangan terindah tetap bersemadi..

Sekarang ni, masing-masing dah membawa haluan sendiri..ada yang dah kahwin, ada yang belum, ada yang jadi pensyarah(ummi lah tu), ada ahli perniagaan, ada yang polis dan kerjaya-kerjaya yang lain..

Masa 'master' pulak..wah, lagi banyak kenangan manis..antaranya jadi bidan terjun dan terkejut dan kerana itulah ummi, auntie mar, auntie aya dan auntie atul menjadi pembantu felo kolej tersebut..hehehe..ingat lagikah kenangan itu sahabat..Belajar sampai lewat pagi..minum nescafe konon-konon nak 'stay up'..last-last, rebah di katil berkembar auntie mar..kami ber 4 belajar bersama auntie Yat, auntie kye..seronoknye..

Ada satu kenangan yang pun ummi tak boleh lupa..Masa tu kami semua dah nak 'final' dalam 'final sem'..ummi konon-konon puasa enam..kebetulan kami belajar bersama, dan kebetulan juga UTM buat sambutan hari raya..Mula-mula ummi kuat iman lagi..bolayan je ajakan kawan-kawan nak pergi jamuan..tetapi akhirnya, akibat terbayang-bayang keseronokannya dan itulah kenangan terakhir kami berhari raya di UTM sebelum bergraduasi..ummi pun mulalah membaca niat buka puasa..hahaha..

Best sangat..sekarang ni ummi jadi pensyarah..bila tengok pelajar ummi test, belajar sama-sama..ummi terus tergelak di dalam hati..inilah ummi dahulu..

Macam inilah agaknya ummi dan kawan2 menghadapi ujian

Gambar masa ummi konvo Master

Auntie aya, auntie mar, ummi

Ummi with parents

Ummi dan ayah..
Masa ni kami masih di alam pertunangan

Wajah kegembiraan selepas menghadapi kertas terakhir di semester akhir
Ummi, auntie kye, auntie mar, auntie yat, auntie aya, auntie atul(atul, kamu di mana..terus hilang begitu sahaja)