Wednesday, June 30, 2010

Sempat Lagi Berblog Sebelum Balik:-)

Salam..

Ummi ni sempat lagi berblog sebelum balik..

Hehehe...Best rupanya berblog ni..Macam rasa gembira sangat bila dapat kongsikan bersama dengan orang lain tentang apa yang kita rasa hari ini..kan..kan..kan..:-)

Hari ini macam biasa, ummi pam 3 kali sehari..(pukul 10am, pukul 12pm, pukul 3.30pm)..Hasilnya..alhamdulilah..17oz untuk hari ini..dan setiap hari ummi akan bawa pulang sebanyak ini..


Harith: Ummi, sedapnya..Nyum..Nyum..Nyum..

Jangan salah anggap ya ibu-ibu..Ummi bukan mahu menunjuk-nunjuk EBM ummi kepada awam cumanya ummi rasa perlu untuk ummi berkongsi dengan semua tentang susu ibu dan demi menaikkan semangat ummi sendiri. Manalah tahu, satu hari nanti susu ummi akan berkurangan atau ummi sudah mula malas untuk mengepam. Bila baca entri ni balik, pasti hati akan membuak-buak kembali untuk meneruskan perjuangan..Tak gitu..:-)

'Liner' ummi pun sudah semakin berkurangan..Nak beli lagi? Tidak..ummi akan gunakan semula botol Mom Little Ones dan Bumble Bee ummi untuk menyimpan susu nanti..

'YouHaveABaby Storage Bags'..
Murah je..Ummi beli di enjoybreastfeed Rm 25.++..100 helai..
Memang berbaloi-baloi

Petang ni,ummi tak masak..Sebabnya lauk mentah sudah habis..Hahaha..Alasan orang rajin..Untuk si kakak, ummi nak buat apa ya? Mm, nanti ummi fikirkan..untuk ummi..teringin nak makan ...nanti ummi fikirkan..

Sebelum mengakhiri entri petang ini, esok ummi sepatutnya cuti tapi ummi nak batalkan untuk menyiapkan fail pembelajaran sebabnya kelas akan bermula minggu hadapan..Tak buat apa lagi ni...huhuhu..

Ini gambar permata hatiku pagi tadi..Sempat pulak ummi 'snap' gambar bila tengok comel mereka di atas katil berdua..


Permata hatiku..
Adik beradik muka yang berlainan..
Kakak ikut muka ummi cun, adik ikut muka ayah tampan:-)


Tazkirah: Penulisan mencerminkan peribadi seseorang.


Kami Perlukan Sokongan:-)

Salam..

Ibu-ibu..banyak tak cabaran, tohmahan serta pandangan sinis orang sekeliling jika mereka mengetahui yang ibu-ibu menyusukan bayi secara eksklusif...?huhuhu..sedihkan, kalau orang sekeliling memberikan tanggapan negatif kepada kita..

Sedangkan, kita sangat-sangat memerlukan kekuatan, sokongan, kata-kata semangat sebabnya kita sebagai ibu-ibu menyusu juga mempunyai rasa 'down', rasa kurang semangat, rasa gelisah, rasa resah, rasa risau terutama apabila susu kita merundum, terutama bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak menyusu, 'travel' ke sana sini..di mana akan kita letakkan anak-anak, jika kita membawa anak-anak siapa yang akan ikut kita bersama untuk menjaga anak di saat kita berkursus..Orang yang ikut kita tu, boleh ke pula menguruskan EBM kita..

Fuh, berpeluh..bukan mudah menjadi seorang ibu..terutama bagi ibu yang menyusukan anak-anak mereka. Bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak terjangka, perkara pertama yang difikirkan adalah..anak-anak..betulkan ibu-ibu..

Sebenarnya, apa yang paling penting adalah kita sebagai ibu yang menyusu memerlukan sokongan daripada keluarga iaitu suami, ibu bapa dan adik beradik. Pada ummi, itu yang paling utama.

Suami...dari dialah sokongan sangat-sangat kita perlukan. sebabnya suami adalah orang pertama yang akan kita minta pertolongan jika kita berada di dalam sesuatu situasi yang menyulitkan..betul tak ibu-ibu..Jadinya, jika suami tidak membantu..pastinya kita akan terasa 'down' sebabnya kita mahu berikan yang terbaik untuk anak dia tapi dia tidak memberikan sokongan.

Sebagai contoh: Kita sedang melayan anak sulung seperti mahu tidurkan, bagi makan..Anak kedua menangis lapar susu..Jadinya, ketika inilah suami akan memainkan peranan menggantikan kita melayan anak sulung dan kita boleh menyusukan anak kedua.

Contoh yang lain, ibu-ibu terpaksa berkursus luar daerah sedangkan kita mempunyai anak kecil yang masih lagi menyusu. Ada antara suami yang sanggup bercuti mengikut isterinya berkursus dan seterusnya melayan anak kecil dan dapat menguruskan EBM dengan baik. Selain itu, suami juga boleh membantu dari segi menyediakan kelengkapan menyusu seperti 'support' duit beli pam yang bagus, beli 'storage bag', botol penyimpanan susu, mungkin 'deep freezer' untuk simpan EBM dan stok makanan anak-anak..(jika tempat beku sudah penuh atau hampir penuh..) - ayat ini ditujukan kepada abang tersayang:-)

Ummi bertuah kerana ummi dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong sepenuhnya ummi menyusukan Harith secara eksklusif..Bukan mudah pada mulanya,tetapi ia bergantung kepada kesungguhan ibu-ibu untuk membuktikan kepada suami yang kita mampu melakukan yang terbaik.

Keluarga..ibu bapa..adik beradik...pengalaman anak pertama, ummi sendiri terpengaruh dengan cakap-cakap mereka yang makan garam lebih dahulu daripada ummi..

"Bagi anak ni minum susu formula juga..nanti kalau dah kerja nanti susah tiada susu!"

"Susah nak jaga anak kamu ni...nak kena cairkan susu, rendamkan susu..leceh.."

"Budak ni kena ajar minum susu botol (susu formula) dari dalam pantang..kalau tak nanti dia susah nak terima puting botol kalau dah kerja"

"Tulah, dari dulu dah bagitahu campur susu..campur susu..kan susah sekarang nak pergi kursus dah kena bawa anak.."

Bermacam-macam lagi ayat yang selalu dilemparkan oleh orang yang jauh lebih tua dari kita..Perkara beginilah yang membuatkan ibu-ibu rasa putus asa untuk meneruskan penyusuan kepada anak-anak. Ibu kita terutamanya, sebagai anak perempuan sememangnya kita rapat dengan ibu kita..makanya segala masalah biasanya kita luahkan pada ibu..Maka,ibu kepada ibu perlulah memberikan nasihat yang terbaik dan berguna kepda anak perempuannya. Jika kita mengadu tentang masalah penyusuan kepada ibu kita,kadang-kadang kita bukanlah perlukan penyelesaian,tetapi kita mahu untuk mengadu masalah, memberitahu..itu sahaja. Kalau ibu sendiri tidak memberikan sokongan..sedihkan ibu-ibu..

Mak ummi..masa ummi melahirkan Hayfa dengan keadaan ummi sendiri yang jahil tentang susu ibu ini, ikut sahaja apa katanya..Tetapi, mak ummi mula berubah pandangan apabila adik ummi, angah melahirkan anak dan bertekad untuk memberikan susu ibu sahaja. Bukan mudah ummi rasa untuk angah melakukannya..Tapi, akhirnya angah berjaya menyakinkan mak..malah, jika anga 'on call' dan sangat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, mak dan abah ummi akan menjaga anak kecilnya dan memberikan EBM angah kepada si comel, Harraz Nu'man. Kalau susu angah berkurangan,mak dan abah ummi akan menggesa angah untuk mengepam susunya agar bekalan buat Harraz tidak terputus.

Jadinya, apabila ummi melahirkan Harith..ibu bapa ummi adalah antara orang yang sangat menyokong ummi menyusukan Harith secara eksklusif. Thanks a lot my beloved parents!!

Pendek kata, kalau ibu-ibu mahu orang di sekeliling menyokong apa yang kita buat, kita perlu untuk menunjukkan kesungguhan kita untuk menyusukan anak. Biar apa orang kata, yang penting kita punya keluarga yang sangat menyokong kita. Apa yang orang kata, ambil sebagai panduan tetapi dalam pada masa yang sama, kita kena tetap pendirian..

Terakhir sekali...



Tazkirah: Kami perlu kekuatan dariMU ya ALLAH...

MBFPC Zon Selatan

Salam pagi rabu semua..

Alhamdulilah, ummi dan orang-orang kesayangan ummi masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi ALLAH ini..

Pagi ini, ummi ke pejabat seperti biasa..sibuk kah dengan kerja-kerja..? Tidak pun, kelas bermula minggu hadapan dan sepenuhnya ummi akan mengajar di bandar. Ummi sibuk menguruskan tentang MBFPC zon Selatan yang akan ummi sertai di Kak Long Chalet, Alai 2-4 Julai ni..Jumaat sampai Ahad..




Sebenarnya, semuanya sudah ummi 'settlekan' awal Jun hari itu.. Plan awalnya, ummi dan Harith akan pergi bersama adik ipar ummi cik Nor dan Darwisy serta kawan ummi cik Intan dan anaknya, Hayfa ummi akan letakkan dia di taska seprti biasa pada hari Jumaat dan Sabtu dan pada hari ahad, ayah terbaik di dunia akan menjaga Hayfa seorang diri di rumah..Oppss..boleh ke abang?..:-) 'unfortunately', di saat-saat akhir kedua-dua mereka tidak dapat join..huhuhu..ummi terkapai-kapai keseorangan mencari jalan penyelesaian, boleh ke ummi travel sendiri dengan Harith..? Hayfa, boleh ke ummi tinggalkan di taska hari sabtu..kesian dia seorang diri sahaja di sana tiada kawan-kawan..hari Ahad pulak, boleh ke ayah menjaga Hayfa dari pagi hingga ke lewat petang..?


Jadinya, ummi dan ayah menbuat sedikit perbincangan yang agak-agak serius manja..:-) Ayah akan menjadi pemandu kesayangan ummi dan permata hatiku pergi dan balik program..Abang, minta masuk pejabat lewat sedikit hari jumaat ya..sayang abang!!:-) Hayfa pula akan kami tempatkan di taska yang sememangnya disediakan di sebelah dewan seminar ummi dengan kadar bayaran RM20 sehari..Oklah tu ummi dan ayah rasa..Ummi pun taklah sentiasa terfikir-fikir tentang si kakak ni di sepanjang program sebabnya kakak ada di sebelah dewan ummi..Harith? sentiasa berada di sisi ummi sebabnya 'nursing baby' dibenarkan masuk sekali di dalam program. Barulah, ada 'feel' bila bercerita tentang susu ibu nanti..

Jadinya, semuanya sudah selesai..Ummi akan mengaut ilmu sebanyak mungkin dan ummi akan cuba kongsikan ilmu itu dengan ibu-ibu nanti..InsyaALLAH..doakan semuanya berjalan lancar ya..Abang, sokonganmu sangat sayang hargai!!


Ummi sangat sayangkan mereka..
Abang, Kakak dan Adik..


Tazkirah: Jika berkasih sayang kerana ALLAH, pastinya kasih sayang itu berada dalam rahmatNYA..InsyaALLAH..



Tuesday, June 29, 2010

Salam Pagi Selasa

Salam pagi selasa ibu-ibu...

Pagi ini macam biasa Hayfa bangun lebih awal dari ummi..:-) Terus menuju ke 'freezer' untuk mencari apa yang boleh dijadikan kudapan paginya. Abang yang baik yang sedang bersiap-siap untuk ke pejabat akan melayan Hayfa setiap pagi..Ayah bagi 'cookie crisp with fresh milk' kepada si kakak dan si kakak seperti biasa akan mencapai 'calciyum' kegemarannya. Dah dapat apa yang dia hendak, terus menonong ke depan TV dan menonton kartun-kartun kegemaran di Astro Ceria.. Itulah rutin harian Hayfa setiap pagi.

Ummi di mana? Ummi terlewat bangun hari ini. Baru selesai mandi dan bersolat subuh. Sudah 2 malam tidur ummi kurang nyenyak kerana Harith selsema. Hidungnya tersumbat. Adik haus, ternganga-nganga mulut dia bila ummi nak susukan dia. Tapi, sekejap-sekejap dia berhenti menarik nafas kerana hidungnya tersumbat. Ubat titik hidungnya dah habis, baru ummi perasan pagi tadi. Nanti ummi nak ke Klinik Keluarga lah, manalah tahu ada ubat titik hidung untuk adik. Kepala adik pun dedoh(panas-panas manja), jadinya ummi nak susukan adik banyak-banyak..Kali ini, ummi tak bagi ubat demam pada adik, ummi susukan dia banyak-banyak. Kat taska pun, ummi pesan bagi susu yang ummi perah semalam dulu baru bagi susu stok EBM ummi supaya adik cepat sembuh. Kesian kan ibu-ibu kalau anak-akan kecil kita selsema.

Si kakak pulak, kepalanya tumbuh bisul..Baik satu, nak tumbuh lagi 2-3 biji mata bisul..Kesian ummi dan ayah tengok.Hhujung minggu lepas kami bawa dia ke Klinik Haris & Surgeri..Dr.Haris tiada tetapi diganti Dr.Hafizah Ibrahim. Namanya agak 'familiar'..Kan betul, bekas 'senior' ummi masa sekolah menengah dulu..SMK Bandar Maharani. Doktor bagi ubat antibiotik 4kali sehari dan ubat sapu. Oklah, 'so far' ummi tengok bisul dia dah makin susut. Kesiannya dia pagi tadi, sembelit..nak buang air sampai menangis-menangis..ummi pelik tengok..ummi bawa kakak ke bilik air, buka CD dia tengok cuma ada sebiji dua najis dia sahaja macam najis kambing, rupanya masih ada lagi najis yang sedang dia cuba teran dan tersangkut di lubang punggungnya. Ya ALLAH, kesiannya anak ummi..Patutlah dia menangis..Ummi pun tolong dia dengan menekan keluar najisnya itu dan alirkan najisnya ke lubang bilik air..Barulah dia diam dan berhenti menangis..Kesian Hayfa..Kurang minum air anak ummi ni..Ok, nanti kita minum air banyak-banyak ya sayang..

Sedang ummi bersiap, si kakak mungkin tak hilang ngantuknya lagi dan penat meneran mungkin:-) tertidur di hadapan TV dan si adik yang memang kurang tidur semalam masih lagi lena diulit mimpi-mimpi indah dengan susu ummi:-)


Sedapnya Tidur adik..


Si kakak tertidur di hadapan TV..


Setelah ummi bersiap, ummi kacau adik sedikit untuk menukar CDnya..Tersedar pula sayang ummi ini..


Hauslah tu..

Ummi..nak susu..


Adik, sekejap ya..ummi nak sidai CD sekejap...


Panas pagi ini..Mesti kering petang nanti..


Siap semuanya, angkat barang-barang (beg laptop, beg pam, 'cooler bag', beg Hayfa, beg Harith, beg tangan), bekas air ummi..Pernah sekali, dah sampai UiTM baru ummi terperasan yang ummi terlupa nak bawa beg tangan..uuuwaaa...Patah balik ummi ke rumah..Haru betul..

Hantar mereka ke taska, ummi ke UiTM, beli sarapan di Medan Selera Lendu, 'finger tac', sarapan dan pam susu..alhamdulilah rezeki Harith pada pagi ini..


Susu ummi bergambar di hadapan 'laptop':-)


Sedikit tentang semalam:-), ummi ada mood nak masak semalam..kebetulan ada lagi lauk yang ummi beli jumaat lepas..Balik kerja sahaja ummi terus berkung fu di dapur..dan inilah hasilnya..'simple' sahaja..makanan untuk kami anak beranak..Sejak Hayfa pandai makan nasi ni, ummi masak lauk yang tak pedas sahaja..Ialah, si kakak yang masih kecil itu, belum pandai lagi makan makanan yang pedas..


Ikan Talapia Masam Manis, Udang Goreng Tepung, Mangga Manis (Pencuci Mulut)


Tazkirah: Gembira apabila melihat orang yang tersayang gembira.

Monday, June 28, 2010

Hujung MInggu Kami

Salam ibu-ibu..

Selamat kembali menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja setelah sepenuh masa bertugas sebagai isteri dan ibu di hujung minggu..:-)

Mana yang seronok dan mana yang paling penat? Bekerja di pejabat atau bekerja di rumah..(suri rumah). Pada pandangan ummi yang sememangnya dari dahulu hingga kini adalah ibu yang bekerja..Bekerja di rumah adalah pekerjaan yang paling seronok dalam kehidupan ummi sebabnya ummi dapat melihat dan memantau segala aktiviti permata hatiku di hadapan mata ummi..Jaga makan pakai mereka,mandikan mereka, bermain dan bergurau dengan mereka, melayan karenah mereka..semuanya lah..

Tapi, bekerja di rumahlah pekerjaan yang paling penat pada ummi..Pada ummi ya ibu-ibu..ummi tidak maksudkan ibu-ibu yang lain..sebabnya semuanya kita harus sempurnakan..dari A-Z..Dan ummi kurang masa untuk diri sendiri dan masa ummi sepenuhnya untuk permata hatiku...Tapi, ia adalah seronok!!Dan ummi bersyukur yang ummi punya masa untuk diri sendiri di pejabat dan punya masa untuk permata hatiku di rumah..Sebab itulah, ummi ingin memuji ketabahan hati semua suri rumah yang tidak bekerja dan masa mereka 24jam hanya di rumah..hebat!!

Jumaat lepas, ummi pulang kerja awal lantas ummi ke TESCO Cheng untuk merasmikannya..(TESCO Cheng baru dibuka pada hari khamis..) Cheh, rasmi konon...hahaha.. Beli barang-barang dapur..ummi tidak sempat mengambil apa-apa gambar kerana ummi pusing melihat orang yang terlalu ramai dan ummi sendiri terpinga-pinga ke hulu ke hilir mencari barang-barang yang hendak dibeli..Maklumlah tempat baru.. Sebelum itu, ummi menelefon ayah bertanya tentang hidangan makan malam kami..Ummi malas nak memasak sebabnya penat ber'shopping'..

Sekembali di rumah..tengok ikan bawal yang segar,udang besar yang putih,telur dan mayonis dan kerang..tiba-tiba angin rajin masak sudah datang..Jeng-jeng-jeng..Tung tang tung tang bunyi dapur ummi dan hasilnya untuk makan malam kami...


Ikan bawal masak tomato, udang goreng mentega dan telur dadar mayonis..(alah, iklan Shiela Rusly tu..Mari dekat..mari dekat..hahaha)


Dek kerana lewat sampai rumah, memasak, mandi dan solat asar terlebih dahulu..permata hatiku adalah adik-beradik terakhir yang tinggal di Taska..Kesian anak-anak ummi...tak pernah ummi ambil lewat sehingga jam 6.30pm kan..Takpa-takpa...

Malam itu, macam biasa permata hatiku tidur selepas maghrib dan insyaALLAH hingga ke pagi, ummi keluarkan hidangan untuk ummi dan ayah (yang sedang menonton perlawanan Piala Dunia Brazil vs Portugal) yang seterusnya..

Kerang Rebus

dan


Chocolate Indulgence & Cheese Choc Secret Recipe..(Nyum..Nyum..Nyum...)


Kesian ayah..ayah yang sedang berdiet itu, ummi hidangkan dengan makanan yang enak tentulah ayah tidak menolak..hehehe..Maaf abang..

Esoknya sabtu, kami pulang ke kampung ummi di Muar bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara ummi, bermalam satu malam di sana dan pulang ke rumah petang ahad semalam.

Begitulah hujung minggu kami dihabiskan..seronok dapat berkumpul dengan adik-beradik ummi di kampung..Cheh,macam jarang balik aje..:-)



Tazkirah: Sayangilah keluarga anda seperti mana anda menyayangi diri anda sendiri.

Friday, June 25, 2010

Stok EBM Ummi

Salam pagi Jumaat yang indah...

Ummi bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberikan ummi serta orang kesayangan di sekeliling ummi untuk merasa nikmat kehidupan sehari lagi..Alhamdulilah..

Pagi yang indah dan sejuk ini..(sebab hujan) ummi mahu memulakan entri mengenai stok EBM ummi..di entri yang lain nanti ummi akan menceritakan bagaimana ummi mengendalikan stok EBM ummi di pejabat..

Ummi seperti ibu-ibu yang lain-lain juga..jika berjauhan dengan permata hatiku, ummi tidak akan lupa tanggungjawab ummi iaitu mengepam susu. Tujuannya adalah untuk menyimpan stok untuk Harith dan sekaligus memastikan susu ummi tidak berkurangan kerana kurang rangsangan dari hisapan Harith..Jadinya, ummi gantikan sesi menyusukan Harith dengan mengepam susu selang 2-3 jam..Ummi akan seboleh mungkin mematuhi waktu ummi mengepam susu tetapi manusia..kadangkala alpa dengan tugas hingga terlajak hampir ke 4jam..huhuhu..

Ummi sangat cemburu dengan kawan-kawan ummi yang mendapat banyak hasil susu hanya dalam 1 sesi mengepam..tapi, ummi cepat-cepat sedar itu semua rezeki dari ALLAH..bersyukurlah dengan setiap apa yang diberikan kepada kita..Betul-betul..

Kadang-kadang dalam 1 sesi terutamanya sesi awal pagi ummi pernah dapat sebanyak ini..


Sesi 1 pagi tadi..alhamdulilah..

Kadangkala hasil ummi adalah sebanyak ini..

Alhamdulilah...

Banyak ke ibu-ibu..? Tapi kadang-kadang hasil ummi seperti ini...

5 oz..alhamdulilah kan..

Jadinya ibu-ibu bersyukurlah dengan apa yang ALLAH kurniakan kepada kita..Selagi ALLAH tentukan permata hatiku Harith menyusu dengan ummi secara eksklusif, selagi itulah ummi akan cuba buat yang terbaik untuk anak ummi..

Setiap hari ummi akan pam selang 2-3 jam sekali dan hasil yang akan ummi bawa pulang...

atau ini


Menjadikan hasil ummi di rumah seperti ini..


Untuk Harith semasa 4bulan++

Khas untuk adik semasa 5bulan ++

Ummi sentiasa gembira kerana susu untuk adik tidak pernah putus..Jumaat lepas semasa ummi hendak masukkan stok yang baru ke dalam 'fridge' ummi..bangunan susu hampir terjatuh..:-) makanya, ummi keluarkan semua stok susu ummi untuk membuat rombakan kabinet..hahaha..

Bersepah di atas meja tunggu untuk dirombak..:-)

Sejuk mata memandang setelah selesai dirombak...


Secara keseluruhan ummi ambil secara purata..

Stok ummi (Dalam botol atau liner) = 57 stok

Secara purata 1 stok = 4 oz

Jumlah 57 stok x 4 oz = 228 oz..

228 oz simpanan susu untuk Permata Hatiku Harith..

Semoga akan bertambah dari semasa ke semasa..


Tazkirah: Bersyukur..Bersyukur..Bersyukur..ALLAH bantu setiap yang baik yang ingin kita lakukan..






























































Thursday, June 24, 2010

Moga Rohnya dicucuri Rahmat

Salam ibu-ibu..

Tepat jam 12.30am 24 Jun 2010 di Hospital Batu Pahat ummi telah kehilangan salah seorang daripada ibu saudara yang amat ummi sayangi..Allahyarhamah Shamsiah Binti Muhamad atau di kalangan keluarga kami memanggilnya Ucu Zai..Arwah meninggal pada usia yang masih muda iaitu 39tahun..

Arwah adalah adik bongsu kepada ibu ummi..anak bongsu daripada 7 orang adik beradik..telah pun berkahwin..

Pemergiaan arwah bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana arwah sudah pun dimasukkan ke wad ICU pada 23 Jun 2010 kerana tidak sedarkan diri..Arwah Ucu Zai mengidap 'antiphospholipid syndrome' dan oleh kerana sindrom ini arwah mendapat 'deep vein thrombosis' iaitu salur darah di kaki arwah tersumbat dan menyebabkan berlakunya darah beku di kaki dan 'pulmonary embolism' di paru-paru iaitu darah beku yang tersumbat di kaki itu pecah dan masuk ke salur darah paru-paru..Oleh kerana simptom ini arwah memang sangat selalu mendapat sesak nafas dan wajah serta anggota badannya berwarna biru. Sememangnya di sepanjang hidup arwah, kaki arwah ucu memang bengkak dan biru...

Sepanjang hidupnya arwah bertahan dengan mengambil sejenis ubat iaitu 'warfarin' bagi mencairkan darah beku tersebut..Jika ubat ini tidak dimakan, darah beku akan terbentuk semula dan jika ubat ini terlebih makan, darah akan menjadi terlalu cair..Arwah pernah berkata bahawa ubat itu adalah nyawanya..

Istilah perubatan ini ummi rujuk dari adik ummi Dr.Nani Shahida Sehat yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Namun, mungkin sudah ajal..seminggu sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir, ubat 'warfarin' itu hilang dan selama seminggu itu arwah tidak langsung mengambil ubat tersebut..Mungkin sudah ajalnya..ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui..Kun Fayakun...

Antara tanda-tanda akhir hayat arwah..ibu mertuanya mendakwa arwah bercakap dengannya tetapi tidak memandang wajah ibu mertuanya ketika bercakap..Ketika mereka sekeluarga berjalan ke Pontian, arwah ingin membelanja mereka makan nasi ayam. Kakak ipar arwah terkejut kerana arwah tidak bekerja dan bagaimana untuk membelanja mereka. Namun, jawapan arwah..Untuk kali terakhir..Subhanallah..Setiap insan pasti dapat merasakan ajal mereka sudah sampai..

Ummi tidak sampai hati melihat raut wajah suami arwah yang kami panggil Cu Syah..Bagaimana ya akan dia lalui hidup tanpa isteri di sisi? Isteri yang selama ini menjaga makan pakai dia,menguruskan hal ehwal rumahtangga..Sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan..Mungkin ketentuan ALLAH, arwah sepanjang perkahwinanya tidak dikurniakan cahayamata mungkin kerana ini..

Ummi terbayang andai ummi pergi dahulu..bagaimana agaknya ya kehidupan ayah dan permata hati ummi melalui hidup tanpa ummi..Nauzubilah..Ummi pohon Ya ALLAh agar KAU panjangkan usia ummi & ayah untuk melihat kesemua anak-anak ummi berjaya dalam hidup dan berkeluarga..Selepas itu,ummi redha andai ALLAH mahu mencabut nyawa ummi...MasyaALLAH..rahsia kejadian ALLAH...Siapalah kita untuk menentukannya..
Akhir kata..

Ucu..Kami semua sangat sayangkan ucu..Pemergiaan ucu sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan kami..Kami pasti akan merindui ucu, kebaikan ucu, gelak tawa ucu,senyuman ucu, lawak jenaka ucu..semuanya kini hanya tinggal kenangan..Ucu, seandainya dapat kami semua putarkan masa..akan kami lakukan dan tinggalkan semua kenangan-kenangan yang manis untuk ucu..takkan sesekali kami sakitkan hati ucu..Ucu,semoga ucu akan tenang bersemadi di alam sana..Moga ucu ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin yang beriman..insyaALLAH, tidak akan kami lupa untuk titipkan doa buat ucu di dalam setiap doa kami..Kami sangat sayangkan ucu...ucu..ucu...

Ok, cukup setakat ini..ummi tidak mampu menahan emosi ummi..


Al-Fatihah buat arwah Shamsiah Binti Muhamad


Tazkirah: Jika ALLAH mahu mengambil nyawa kita..tidak akan cepat atau lewat sesaat pun..bersedialah kita..

Wednesday, June 23, 2010

Pemeriksaan Bulanan Harith

Salam ibu-ibu..

Pagi ini ummi dan ayah lewat sedikit ke pejabat kerana membawa Harith ke Klinik Desa Paya Rumput bagi menjalani pemeriksaan bulanan..Hayfa pun macam kebiasaanya akan kami bawa sekali untuk dia bersosial di situ..:-)

Oleh kerana anak-anak ummi bangun awal seperti kebiasaannya (Hayfa bangun semasa azan subuh berkemundang..awalkan..Harith bangun sejurus selepas itu kerana kakaknya menangis nak minta keluar bilik..ummi dan ayah pun bangun sekali walaupun ketika itu hujan yang sejuk yang sangat nyaman untuk menyambung tidur), ummi pun terus mandikan anak-anak seawal jam 7pagi..Adik dah nak tidur, jadi baik ummi mandikan dia dulu..Pas mandi ummi susukan adik, adik tertidur dan kemudian si kakak yang sudah comot setelah bersarapan sendiri (Hayfa dah tak mahu ummi atau ayah suapkan dah..anak nak belajar..layankan..) ummi mandikan dan pakaikan gaun comel:-)..ummi dan ayah pulak yang bersiap. Kami bersiap secepat mungkin sebab si kakak akan sentiasa berulang-alik ke 'fridge' nak itu dan nak ini..dah comel-comel nak kotorkan balik baju..oh, tidak..takkan ummi benarkan.

Bertolak lebih kurang jam 8.10pagi, sampai di sana pukul 8.20pagi..menunggu giliran yang ke 0006.. nasib baik datang awal..

'One more to go..'

Pemeriksaan seperti biasa..berat badan adik pada usia 5bulan 2minggu adalah 6.4kg..naik 400g berbanding bulan lepas..oklah tu, anak-anak ummi memang kurang semangat sikit badannya tapi yang penting mereka sihat..alhamdulilah..


Yang seronoknya, setelah adik selesai diperiksa..salah seorang jururawat bertanyakan ummi tentang CD yang ummi pakaikan kepada adik..wah,nampaknya ada yang berminat..ummi pun mulalah bercerita untuk menaikkan semangat mereka lagi..siap 'promote' mamapayish lagi kepada mereka..mereka pun nampaknya sangat teruja. Alhamdulilah..berjaya juga ummi memikat mereka tentang CD ni ya..

Keluar bilik pemeriksaan:

Ayah: Kenapa lama sangat?

Ummi: Diorang tanya tentang CD..sayang pun ceritalah sikit..:-)

Ayah: Oh..macam tu pula ya..


Okay, mari layan gambar-gambar permata hatiku di KD Paya Rumput..

"Ummi, adik haus...hisap jarilah hilangkan haus.."

Cari apa tu adik..?


Jejaka-jejaka kesayangan ummi


Hayfa sangatlah tidak boleh duduk diam..sentiasa bersosial..:-)



"Ummi, meh kakak ambilkan gambar.."



"Apa yang 'best' dalam beg ummi ni ya..?"


Terima kasih jururawat Malina & Jururawat Yusni kerana memberikan perkhidmatan yang cekap & efisyen..Selamat mencuba Cloth Diapers...!


Tazkirah: Sebarkanlah kepada yang lain tentang perkara yang memberikan kebaikan kepada kita.















Monday, June 21, 2010

Kimora Lee Simmons

Salam Kalian...

Kimora Lee Simmons..Siapa itu kalian? Saudara ummi kah? Kawan ummi kah? Semestinya bukan..Kimora adalah seorang ibu kepada 2 puteri dan seorang putera comel, seorang model, ahli perniagaan dan seorang yang sangat kaya dan berjaya dalam bidangnya.

Semalam ketika ummi sedang melayan-layan permata hatiku bermain-main, bersantai-santai di hujung minggu, mata ummi sempat menyorot ke arah rancangan "Kimora: Life in Faboulous Lane" di saluran 712..Saja ummi tukar siaran, asyik tengok bola je musim-musim Piala Dunia ni bosan juga kan..hehehe..

Episod kali ini memaparkan tentang Kimora yang baru sahaja melahirkan baby Kenzo mempunyai satu sesi mengambil gambar sekeluarga untuk menjadi muka depan sebuah majalah. Yang membuatkan ummi tertarik, tergamam dan ingin berkongsi bersama ibu-ibu adalah walaupun beliau terikat dengan tugasnya ketika itu, beliau tetap tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu di mana ketika beliau sedang disolekkan, dalam pada masa yang sama juga beliau sedang mengepam susu.. Malah, meminta untuk jurukamera untuk menunggu sebentar sehingga dia selesai mengepam.

Dan setelah selesai sesi pengambaran yang pertama, beliau berlari semula ke bilik untuk mengepam lagi susu buat baby Kenzonya..Wah, artis barat pun memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka..Ummi sangat takjub..walaupun beliau sangat sibuk, beliau tidak lupa untuk memberikan susu yang terbaik untuk anaknya..

Jadinya, kita sebagai ibu-ibu Islam seharusnya tahu tanggungjawab kita untuk menyusukan anak kita secara eksklusif sehingga mereka berusia 2 tahun..InsyaALLAH..

Kimora bersama anak-anak; Ming, Aoki & Kenzo


Tazkirah: Jangan jadikan kekangan masa sebagai alasan untuk kita tidak memberikan yang terbaik untuk kita..24jam..uruskanlah ia sebaik mungkin..ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA, sebab itu DIA berikan kita 24JAM!!

Saturday, June 19, 2010

Susu Ibu Adalah Anugerah ALLAH Yang Tidak Ternilai

Salam semua..

Ummi adalah antara ribuan ibu-ibu di dunia ini yang memberikan susu ibu secara eksklusif kepada permata hatiku. Tetapi kesedaran yang timbul dari dalam diri ummi ini hanya untuk anak kedua ummi, Nufayl Harith..Semasa mengandungkan adik, ummi banyak membaca artikel-artikel penyusuan, blog-blog ibu menyusu, kutip pengalaman orang, lihat dan belajar daripada ibu yang sedang menyusukan anak..

Antara pemangkin semangat ummi secara alam nyata adalah adik ummi, angah..Nani Shahida..Yang mana beliau menyusukan bayi pramatangnya iaitu Harraz Nu'man (yang juga anak susuan ummi..:-)secara eksklusif. Angah selalu menaikkan semangat ummi..Walaupun tugas hakikinya sebagai seorang doktor sangat sibuk, namun seboleh mungkin beliau akan mencuri masa untuk pam, atau pulang untuk menyusukan Harraz..Dari beliaulah ummi banyak belajar tentang cara pam yang betul, pam yang bagus untuk digunakan dan macam-macam lagi..

Kesian si kakak,masa ummi mengandung ummi kurang ilmu tentang 'breastfeeding'..dari awal-awal kelahirannya lagi ummi sudah campurkan susu..JAHILnya ummi!!!Ketika itu ummi tiada perangsang dan sekeliling ummi tiada yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif...kakak..ummi minta maaf sayang...

Ummi sangat-sangat bersyukur kerana ALLAH berikan hidayah kepada ummi..yang mana ummi rasa masih belum terlambat lagi..

Cuma mungkin, ummi agakkesal dengan tanggapan segelintir ibu-ibu yang menidakkan kebaikan susu ibu ini dan memilih untuk memberikan anak mereka susu formula..

Jika ditanya kenapa tidak menyusukan anak mereka..ada yang menjawab:

"Tak larat..anak sangat kuat menyusu..."

"Susu ibu buat anak cirit-birit..."

"Anak tak puas minum susu ibu...Tengah minum tertidur..Bangun menangis nak menyusu lagi..."

"Susu tak keluar..anak tak puas menyusu 'top up'lah dengan susu formula"

Ibu-ibu..jangan jadikan ini semua sebagai satu alasan..Pada pandangan ummi, kalau betul susu ibu itu tidak mengenyangkan, tidak memberikan kepuasan buat bayi..kenapa ALLAH ciptakan susu ibu di dalam badan kita sebagai ibu-ibu..kenapa semakin bayi menghisap susu ibu,susu ibu akan menjadi semakin banyak..Mengapa? Mengapa?

Makanya, ada sebab utama ALLAH ciptakan susu ibu..iaitu kita sebagai ibu-ibu boleh susukan anak kita mengikut permintaan..'supply based on demand'..Setiap ibu yang melahirkan anak,pasti akan ada susu..jangan risau cuma kita perlu tahu bagaimana mahu merangsang susu untuk keluar..

Memang betul, bagi ibu yang pertama kali mendapat bayi..agak sukar untuk menyusukan anak mereka..tidak mengapa..'practice make perfect'..semua itu semua ibu-ibu mengalaminya..cuma yang perlu ada adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi..

Anak yang kuat menyusu kalau diberikan susu ibu alangkah nikmatnya bayi tersebut..tetapi kita berikan anak kita yang kuat menyusu itu dengan susu formula..Seperti anak sulung ummi..huhuhu..sedih sangat ibu-ibu..Bila melihat anak-anak yang menyusu secara eksklusif membesar depan mata..rasa sangat gembira kerana dengan susu yang kita berikan anak-anak kita boleh membesar..

Bagi ibu menyusu, kita mestilah menjaga pemakanan kita..Jangan makan sembarangan kerana makanan itu mungkin tidak sesuai untuk bayi kita..Sebab itulah bayi kita cirit birit..

Ummi hanya mampu membantu dari segi nasihat..untuk memaksa bukan sifat ummi..ibu-ibu fikirkanlah sendiri..yang mana yang mahu kita berikan kepada anak-anak kita..susu ibu atau susu formula..



Tazkirah: Persediaan awal mengumpul ilmu semasa kehamilan akan memberikan impak yang besar dalam membesarkan anak-anak..














Cabaran Anak-Anak Fully CD

Salam..

Macammana Ibu-ibu yang ber 'CD'..seronok kan meng'CD' kan anak-anak..

Diam tak diam dah lebih 2 bulan ummi meng'fully'kan CD kepada permata hatiku..Wah, rajin juga ummi ni ya..:-) Tapi, ummi mengaku memang bukan mudah pada permulaannya ummi mahu menggunakan CD kepada permata hatiku ini. Banyak cabaran, banyak dugaan tidak lupa juga pandangan orang sekeliling ummi..:-(

Pertama sekali sebelum ummi membuat keputusan untuk memakai CD, ummi menjelajah ke blog-blog ibu-ibu yang ummi kenali untuk belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk menguruskan CD. Setelah pandai..cheh..ummi rasa sangat bersemangat untuk mengaplikasikan nya kepada permata hatiku.

Dah beli, bukan terus pakai..Kena 'pre wash' sebanyak 3kali dahulu..Mengeletek rasanya ummi nak menunggu sehingga 3 kali kering CD itu..:-)

Cabaran pertama adalah pandangan orang sekeliling..Abang, Ibu bapa ummi, kawan-kawan ummi..Abang pada mulanya macam percaya tak percaya sahaja pada ummi..Boleh kah ummi membasuh CD setiap hari? Rajin kah ummi nak menguruskan CD? Ummi kena buktikan pada abang yang ummi boleh..Ummi tunjukkan betapa berdedikasinya ummi menjalankan tanggungjawab ummi sebagai ummi yang mengCDkan anak-anak..Selepas seminggu, sedang ummi memasukkan 'insert ke dalam CD..

Ummi: Abang rasa, jimat tak guna CD ni?

Abang: Jimat sangat...Tak payah pergi Mydin lagi beli DD..

Ummi: Alhamdulilah..

Hasilnya sekarang, ummi secara rasminya telah melantik ayah menjadi AJK 'liner' dan 'insert' kerana jika ummi sibuk membuat kerja-kerja rumah yang lain, ayah akan membantu ummi memasukkan 'insert' dan meletakkan 'liner' ke CD..Terima kasih abang..

Keluarga ummi..pada mulanya mereka sangat tak yakin..Gunalah DD, kan senang..pakai,kotor terus buang..huhuhu..Itu yang ummi tak mahu..pakai, kotor, buang..buang DD? bukan..buang duit...!!!Ummi nak menyimpan..Tapi sekarang, kalau anak-anak ummi pakai CD bila pulang ke Muar, mereka akan cakap..comelnya..Dan mereka juga agak kagum melihat kesungguhan ummi membasuh, menyidai CD dan melipat CD..

Cabaran yang seterusnya...bocor di tepi..pada minggu-minggu awal permata hatiku berCD, memang selalu 'leaking' di tepi..terutamanya si kakak..sebenarnya memang si kakak sahaja yang selalu 'leaking'..suci dan bersih cadar ummi sebab dibasuh hampir setiap hari..:-) Penat sebenarnya, kadang-kadang bangun 2-3 pagi tukar CD sebab dah bocor..huhuhu..Ngantuk mata..Kadang-kadang hampir putus asa juga..Sebabnya bukan CD itu tidak bagus, tetapi ummi tidak ketatkan betul-betul CD di permata hatiku itu.. Lagi satu kemungkinan, awal-awal guna daya serapan CD agak kurang..Makin lama guna makin bagus daya serapan tersebut. Dan ia benar..sekarang masalah kebocoran sudah semakin berkurangan. Dalam seminggu mungkin hanya semalam si kakak kebocoran..Si kakak ni memang 'heavy weater' berbanding si adik..

Cabaran seterusnya,CD ni kalau ummi dan permata hatiku 'travel' seperti pulang ke Mersing (kampung ayah), ummi berkursus memang terpaksa ummi 'off'kan..Bukan sengaja tidak mahu guna, tetapi kengkangan seperti mesin basuh dan ampaian yang menjadi permasalahan..huhuhu..Kalau pulang ke Muar, memang tiada masalah..Ummi akan angkut semua CD dengan sabunnya sekali..:-) Rumah mak sendiri, buat macam rumah sendiri..hehehe..

Dan..setiap malam ummi akan peruntukkan masa untuk ummi membasuh najis-najis yang terlekat di CD..Kalau guna DD,mana pernah ummi basuh tapi kalau guna CD terpaksa..Hari-hari buat perkara yang sama. Nampak macam memenatkan..Ya,penat tapi seronok..Mula-mula memang penat dan kadangkala tertekan sebab terlalu banyak kerja tapi, alah bisa tegal biasa..Makin lama ummi makin cekap menguruskannya..Ia bukan satu masalah untuk ummi lagi..Bau-bauan hancing dan busuk najis anak-anak sudah sebati untuk ummi..Mungkin, bila ummi sudah tua..ummi tak larat nak uruskan najis sendiri..permata hatiku tak geli untuk uruskan najis ummi pula..InsyaALLAH, kalau ALLAH panjangkan usia ummi..

Inilah cabarannya..Bukan mudah pada permulaannya..tapi, jika kita tekun, sabar dan kuat semangat..semuanya bukan satu yang mustahil..Dan yang penting, ia selamat untuk anak-anak, boleh menghilangkan ruam lampin (betul..) dan sangat menjimatkan..sudah 2 bulan ummi tak beli DD..DD 2 bulan lepas masih ada 2 beg yang penuh..


Ini antara barang kesayangan Ummi kini..
CD permata hatiku..



Tazkirah: Susah payah pada awalnya..insyaALLAH, ganjaran yang baik akan menyusul di kemudiannya..






Cara Ummi Menguruskan CD

Salam ibu-ibu...

Di pagi yang indah ini..ingin ummi berkongsi serba sedikit dengan ibu-ibu tentang bagaimana ummi membasuh 'cloth diapers' (CD) permata hatiku.. Ini adalah cara ummi yang mana ummi lakukan setiap hari bagi memastikan bekalan CD untuk permata hatiku adalah mencukupi...


CD Permata Hatiku Yang Sedia Untuk Diguna
Tetapi Sebelum Itu...

Mari kita belajar bagaimana untuk membasuh dan menguruskan CD..Sangat mudah dan senang dan menyeronokkan..Betul, percayalah..

Ummi tidak membasuh serta merta CD permata hatiku yang telah kotor..Maknanya, ummi akan kumpulkan sehingga malam selepas isya' untuk membasuh CD tersebut..Tak kiralah sama ada hari cuti atau hari bekerja, waktu ummi basuh CD adalah kebiasaannya selepas Isya' dan kadang-kadang selepas Maghrib.

Jika permata hatiku 'poo poo' atau 'pee pee', selepas membersihkan mereka CD mereka akan ummi letakkan di dalam baldi dan liner yang berisi najis mereka ummi buangkan ke dalam beg plastik. Ibu-ibu boleh basuh CD itu terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam baldi. Tetapi ummi memilih untuk membiarkan ia di dalam baldi sehingga tiba waktu membasuh.


Ummi kumpulkan CD kotor di dalam baldi

Setelah tiba waktu membasuh, ummi akan keluarkan CD-CD kotor yang berbau agak 'harum' daripada baldi. Ibu-ibu memang kena tahan bau hancing dan busuk najis anak-anak..Tetapi, itu bukan masalah yang besar kan ibu-ibu..alah bisa tegal biasa nanti..

Kadang-kadang sebanyak ini...

atau

Kadang-kadang sebanyak ini...

Untuk menghilangkan 'poo poo', ummi akan alirkan air yang laju dan deras ke CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan baki-baki 'poo poo' yang terlekat ke lubang tandas. Air yang deras dan laju akan menanggalkan 'poo poo' dengan berkesan. Percayalah..

Alirkan air yang laju dan deras bagi menanggalkan 'poo poo' di lubang tandas

Setelah itu, sental-sental manja CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan bau dan warna 'poo poo' anak-anak. Jangan sesekali menggunakan berus untuk menghilangkan kotoran kerana ia akan menyebabkan CD atau 'insert' akan rosak. Bilas CD atau 'insert' anak-anak..

Sental-sental manja CD itu

dan

'Insert' itu..

Setelah semua selesai, masukkan CD yang telah siap dibilas ke dalam baldi yang bersih.

CD & 'insert' yang telah siap dibilas

Masa untuk membasuh...Kalau jumlah CD & 'insert' yang anak-anak ummi pakai tak banyak, ummi akan merendam selama 20-30 minit CD & 'insert' tersebut bersama-sama sabun di dalam baldi dengan air yang banyak dan setelah itu ummi akan bilas dan keringkan. Tetapi, jika banyak tibalah masanya untuk mesin basuh membuat kerja tersebut:-)

Ada sesetengah ibu-ibu yang membasuh CD mereka di dalam 'laundry net' bagi menggelakkan CD mereka rosak tetapi ummi tidak menggunakan 'laundry net'. Jadinya, ummi memilih program yang paling lembut sekali bagi menggelakkan CD rosak . Contohnya:

Mode "Gentle - Soak, Wash, Rinse, Spin"-Medium - 46 Minit
Ummi sarankan guna air yang banyak bagi memastikan CD & 'Insert' lebih bersih

Sabun yang digunakan untuk membasuh CD dan 'insert' disarankan sabun yang tiada pelembut, tidak berenzim, tiada peluntur dan ummi memilih untuk menggunakan sabun Pureen H-A-D. Sabun ini selamat, tiada enzim, tiada bahan peluntur dan tiada pelembut. Sangat sesuai untuk CD & 'insert'. Bahan berpeluntur boleh menyebabkan CD & 'insert' rosak dan bahan berpelembut boleh menyebabkan ia kurang meresap.

Sabun Pureen H-A-D

Sukatan sabun adalah 1/4 daripada biasa seperti:


Sukatan adalah seperti ini (1/4 daripada biasa)
Jimatkan ibu-ibu..

Mesin basuh memulakan operasi...

Rendam seketika;Mod 'soak'


Mesin basuh mula membasuh, bilas dan keringkan CD & 'insert' anda

Setelah selesai urusan membasuh, masa untuk menyidai CD & 'insert'..Ummi punya ampaian khas untuk menyidai CD & 'insert' kerana ampaian sedia ada tidak mencukupi untuk menyidai baju dan CD.

Ummi sidai CD di bahagian bawah kerana CD cepat kering berbanding 'insert'


'Insert' agak tebal jadi ummi sidai di bahagian atas

Inilah dia CD & 'Insert' yang sedang menunggu masa untuk kering

Kadang-kadang kesan kuning 'poo poo' anak-anak masih terlekat lagi di CD & 'insert', jemur ia di bawah terik panas cahaya matahari. InsyaALLAH, kesan kuning itu akan hilang. mummyluna menyatakan air yang banyak dan cahaya matahari adalah agen pembersih yang paling baik.

Setelah kering, ummi akan angkat CD & 'insert' tersebut dan mula memasukkan 'insert' ke dalam CD, letakkan 'liner' dan sedia untuk digunakan serta di bawa ke taska anak-anak.


'Insert'

CD

Masukkan 'insert' ke dalam CD


CD yang telah sedia dimasukkan 'insert'

CD yang comel sudah dilipat


Letakkan 'liner' ke dalam CD


CD untuk dibekalkan di taska anak-anak..berwarna warni..
4 untuk si kakak, 4 untuk si adik:-)


Hayfa & Harith juga fully CD di taska, jadinya ummi akan bekalkan mereka 4 CD setiap seorang dan 'wetbag' bagi meletakkan CD yang telah kotor. Pengasuh anak-anak hanya perlu membuang 'liner' dan meletakkan CD kotor di dalam 'wetbag' ini tanpa perlu membasuh CD tersebut. Senangkan..

'Wetbag' untuk letakkan CD anak-anak yang kotor

Bila ummi ambil permata hatiku balik taska, 'wetbag' ini tidak akan ummi lupakan. Ummi akan biarkan dahulu ia sehingga tiba waktu membasuh dan langkah-langkah di atas akan berulang, berulang dan berulang. Bau najis permata hatiku sudah menjadi kebiasaan bagi ummi. Jika permata hatiku 'off' CD kerana 'travel', ummi akan rindukan tugas hakiki ummi ini:-)

Ummi harap ilmu yang ummi kongsikan kepada ibu-ibu ini akan dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada semua. Akhir kata, marilah semua kita bertukar kepada CD kerana ia sangat jimat, menarik, berwarna-warni dan ia lambang ibu moden yang 'educated'..Cheh..


Tazkirah: Berkongsi ilmu adalah perkara yang terbaik yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.