Friday, December 24, 2010

Ketentuan ALLAH..Ummi Redha Kau Pergi

Salam semua..

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati sekali lagi hari Jumaat iaitu penghulu bagi segala hari. Apa yang berlaku 2 hari lepas umpama mimpi bagi ummi..Ya ALLAH, memang KAU Maha Berkuasa..Manusia yang kerdil seperti ummi ini hanya mampu merancang tetapi KAU yang menentukan segalanya..

Jumaat yang lepas, buat pertama kalinya selepas 9bulan ummi didatangi darah yang ummi sangkakan darah 'period'. Sejak ummi mengamalkan makan pil perancang Noriday seperti di entri ini, darah 'period' ummi tak pernah datang menjenguk ummi. Mula-mula memang ummi risau, tapi bila ummi dapat beberapa info yang kalau ambil Noriday, memang tak 'period', jadinya ummi menganggap ini sebagai perkara biasa.

Sehinggalah awal pagi Rabu kelmarin, ummi mengalami tumpah darah yang sangat banyak. Sehingga keluar beberapa ketul darah beku seakan-akan hati ayam.. Memang sangat terkejut dengan apa yang berlaku sebab ummi tak pernah mengalaminya. Subhanallah..Pad yang disalin, terus penuh dengan darah sehingga tembus ke kain yang dipakai dan darah terus mengalir tanpa henti.

Ummi agak panik, risau dan tak pasti adakah ummi keguguran ataupun ia darah period yang terkumpul sejak 9bulan yang lalu. Ummi terus telefon ayah yang ketika itu dalam perjalanan ke pejabat. Ummi tak mampu nak menghadapinya seorang diri dengan keadaan ummi sebegitu, kakak dan adik yang masih di rumah..Maaf abang, menyusahkan abang..

Bila ayah sampai je, ayah suruh ummi bersiap-siap ke hospital alor gajah dan ayah siapkan barang anak-anak untuk ke taska. Di hospital Alor Gajah, ummi rasa sangat tidak selesa di perut ummi seakan-akan kontraksi yang ringan. Ummi meminta izin untuk ke tandas menyalin pad. Ketika itu, ayah di rumah membersihkan darah dan mengambil segala keperluan ummi untuk dibawa ke hospital. Yang menemani ummi ketika itu ialah cik Hajar dan Pak Din (makcik dan pakcik saudara ummi)

Darah di tandas, jangan cerita memang banyak sangat. Seluar yang ummi pakai penuh dengan darah, 2 lapis pad yang ummi pakai pun tak mampu menampung darah yang mengalir..MasyaALLAH..Ummi terasa sesuatu seakan-akan daging yang mahu terkeluar dari bahagian bawah, ummi cuba meneran..dan ketika ummi bangun, daging itu jatuh sendiri ke lantai..

MasyaALLAH, ummi panik...nasib baik Cik Hajar berada bersama ummi di tandas ketika itu..Luluh jantung ummi melihat daging itu..Lidah terkedu, nasib baik cik Hajar banyak membantu..Ribuan terima kasih ummi ucapkan pada cik Hajar dan Pak Din. Rasa bertuah punya saudara yang sangat prihatin..

Kemudian, ayah bawa ummi ke Hospital Muar kerana jika ummi masih di Hospital Alor Gajah, ummi akan dihantar ke Hospital Melaka. Oh, tidak..bagaimana dengan anak-anak..?Siapa yang akan menjaga mereka? Atas alasan itu, ummi mohon untuk keluar dari sana dan mengambil risiko sendiri untuk ke Hospital Muar. Ummi selesa di Hospital Muar sebab dekat dengan rumah keluarga Ummi, mudah untuk anak-anak datang melawat ummi, memudahkan ayah kerana ada yang membantu menjaga anak-anak andai ummi terpaksa berlama di hospital dan pengalaman ummi dirawat dengan baik semasa melahirkan Harith di sini.

Di sini, ummi discan, dispeculum untuk memastikan bahawa tiada lagi daging atau darah beku yang tertinggal di rahim ummi. Dan, alhamdulilah, semuanya telah selamat keluar secara normal tanpa perlu dicuci..Namun demikian, ummi perlu untuk bermalam di wad bagi memastikan ummi dapat berehat sepenuhnya.

Buat pertama kalinya, Harith akan berpisah tempat tidur dengan ummi..kesian si kecil tu, biasanyasetiap malam kalau tersedar dia akan menyusu bersama ummi tetapi nampaknya malam ni, adik terpaksa menyusu menggunakan botol dan tidur bersama tok mami dan tok baba..si kakak, alhamdulilah tiada masalah sangat dan dia tidur bersama ayah tercintanya..

Sabar ya adik..walaupun ummi tiada bersama malam tu, ummi tak lupa tanggungjawab ummi untuk membekalkan yang terbaik untuk adik..

Wajah seorang ummi yang merindui permata hatinya..


Tanggungjawab hakiki:-)


Bekalan untuk Harith dari hospital

Ummi diberi cuti selama 2minggu dan dalam tempoh ini ummi akan berehat dan menyembuhkan fizikal dan mental ummi. Sedih??Kehilangan sesuatu yang ummi tak tau kehadirannya..Ummi sedikit terkilan, kerana tak menyedari tentang kehadiran sesuatu di dalam rahim ummi..

Maafkan ummi sayang, andai ummi tahu kamu sedang membesar dalam rahim ummi, pasti ummi akan menjaga kamu sebaik mungkin seperti kakak dan abangmu..Mungkin belum rezeki lagi untuk kakak dan abangmu mendapat adik sebab mereka masih kecil..

Pengajaran daripada pengalaman berharga ini yang boleh ummi simpulkan, segala perancangan keluarga yang kita lakukan dan rancangkan hanya 99% sahaja yang tepat..yang pasti ketentuan ALLAH..DIA yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk HambaNYA..

Jika ada antara kita walaupun mengambil sebarang langkah pencegahan hamil, jika merasa sesuatu yang berlainan dalam diri, antara petanda hamil seperti loya dengan bau wangi, loya ketika memberus gigi, susu berkurangan jika menyusukan bayi..cepat-cepatlah buat ujian kehamilan..mungkin anda hamil..semua tanda itu sebenarnya ummi rasa cuma ummi menidakkan hati yang ummi mengandung sebab ummi membuat langkah pencegahan..sehinggalah ummi kehilangannya..

Tak lupa ummi nak ucapkan sangat terima ksih kepada abang, sanggup membantu sayang di saat sayang berada dalam kesakitan, cik hajar dan pak din, mak dan abah, anak-anak, angah, Hafiz, doktor dan jururawat Hospital Alor Gajah dan Hospital Muar.


Ummi: Kita hanya manusia yang hanya mampu merancang, kejadian dan ketentuan ALLAH sukar untuk dijelaskan.






Tuesday, December 21, 2010

Kisah EBM ummi..

Salam...

Lama dah kan ummi tak cerita tentang stok EBM ummi..adakah masih meriah seperti dulu atau sudah menjadi kurang meriah kini..

Alhamdulilah, ummi masih mampu meneruskan penyusuan susu ibu buat si comel Harith sehingga kini iaitu lebih dari 11 bulan..Terima kasih ALLAH kerana mengabulkan doa ummi untuk cuba menyusukan Harith sehingga dia berusaha 2tahun..insyaALLAH...

Tetapi kini ummi sedang menghadapi krisis susu merundum..sejak sebulan yang lepas...Inilah bahananya sebab ummi agak leka dalam menguruskan jadual pengepaman ummi..huhuhu..sedih sangat..tetapi ummi anggap ia sebagai 1 dugaan..mana ada kehidupan yang sentiasa ceria dan senang..biar ada dugaan..biar kita tahu menghargai kenikmatan..


EBM Harith 11bulan ++


Semakin berkurangan...:-(


Berbanding stok EBM Harith semasa 9bulan++







Pelbagai usaha sedang ummi lakukan kini..ummi baca petua dari sini oleh mummyluna..Dan ia menjadi pemangkin semangat ummi untuk meneruskan pengepaman..

Sekarang ni, ummi dah kembali kepada rutin ummi mengepam 3kali sehari..walaupun setiap sesi mengepam kini ummi hanya mendapat sekitar 1.5oz sehingga 2oz sahaja..memang rasa agak sedih tapi itu semua rezeki ALLAH..so, 3kali pam ummi akan dapat 6oz..6oz sehari berbanding saat kegemilangan yang pernah mendapat hampir 20oz sehari..bolehkan zaman itu kembali lagi..???

Di rumah ummi memang tidak bekesempatan untuk mengepam walaupun di tengah malam atau di awal pagi kerana Harith jenis yang suka menyusu sewaktu tidur..dan anak-anak ummi merupakan anak-anak yang suka bangun di kala subuh..huhuhu..makanya, hanya di pejabatlah ummi boleh mengisi masa untuk mengepam..

Ummi kini juga sedang mengambil teh menyusu..baru mencuba 2kali..hasilnya masih belum nampak namun ummi positifkan diri..insyaALLAH..jika ummi berusaha pasti nampak hasilnya..


1.5L nursing tea:-)


Kebiasaannya, ummi akan membawa memenuhkan bekas air di atas dengan air masak..tetapi kini ummi penuhkan ia dengan 'nursing tea'..rasa seperti air masak cuma baunya sahaja yang berbau herba..ok..takda sebarang masalah..

Ummi juga turut menyertakan usaha ummi ini dengan pemakanan seimbang..ada karbohidrat, protein, vitamin, sayur..tak pernah langsung ummi cuba untuk berdiet kerana menyusukan anak merupakan salah satu daripada cara yang terbaik untuk menguruskan badan..

Apa sekalipun, ummi sangat berharap usaha ummi ini akan membuahkan hasil..yang penting adalah supply = demand..kalau banyak kali susu dikeluarkan pastinya akan lebih banyak susu yang akan dihasilkan...

InsyaALLAH!!!

Monday, December 20, 2010

Akhirnya..Nufayl Harith Sudah Bergigi..:-)

Salam kembali...


Telah lama ummi dan ayah menantikan kehadiran gigi Nufayl Harith..akhirnya setelah berusia 10bulan..barulah tumbuh 2 batang gigi yang comel di mulut adik..

Takpe, biar lambat tumbuh, tak cepat rosak..gigi kakak dah mula rosak..kesian dia..


2 batang gigi adik:-)


Adik dah mula menunjukkan perangai yang sangat berbeza daripada adik yang dulu..semua orang cakap..adik yang dulu, sangat mudah menjaganya..tak banyak ragam..kuat tidur, tak kuat nangis, tak terlalu manja, tenang..


Tetapi adik yang sekarang..agak kuat menangis tapi masih lagi boleh dikawal, tak boleh kena tinggal, kalau perasan dia tinggal seorang serta-merta dia akan menangis..sangat manja dengan ummi..langsung tak boleh berenggang..kalau nampak kelibat ummi serta merta dia akan menangis kalau ummi tak ambil dia..adik2...


Ayu tak saya..???


Walau apa sekalipun, ummi tak kisah apa sekalipun yang adik buat..walau bagaimana adik berubah..ummi tetap sayang adik..adik manja bukannya apa..nama pun adik..mestilah manja..lagipun, adikkan menyusu sepenuhnya dengan ummi..mestilah manja yang amat sangat..E'eh..diam tak diam hampir setahun ummi menyusukan adik sepenuhnya..alhamdulilah..

Tahniah untuk ummi dan adik..:-)


Najla Hayfa..si cantik ummi sekarang ni..garang dia..cepat marah, kuat juga merajuk..pantang kita tegur, pasti dia akan mula menjeling dan merenung kita..tapi ummi rasa itu semua hasil didikan ummi agaknya..ummi pun kalau marah suka juga menjeling sebabnya ummi tak boleh nak berleter sangat, ayah tak suka..huhuhu..


Renungan tajam si kakak untuk ummi..huhuhu


Tapi, kakak sudah mula menunjukkan ciri-ciri seorang kakak..kalau ada yang marahkan adiknya, ataupun nak menganggu adiknya..kakak yang akan membela adiknya..kalau adiknya nangis, dia akan memujuk adiknya dengan memberi mainan dan sebagainya. Kalau tengah malam waktu tidur pun, jika adiknya menangis, dia akan terbangun dan menepuk-nepuk adiknya..kalau ummi sibuk di dapur, dia akan menyuapkan makanan untuk adiknya tetapi di dalam pengawasan ummi...


Kasih seorang kakak:-)


Betullah...anak-anak adalah kain putih kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan dia..tapi, kakak masih terkawal..ummi juga mahu berubah menjadi ummi yang terbaik..yang lemah lembut dari segi pertuturan, tak cepat marah, tenang dan relaks bila menghadapi masalah..mampukah ummi..

Ummi juga mahu menjadi isteri yang lemah lembut dari segi perwatakan dan pertuturan..ummi mahu ayah mendoakan ummi untuk ke syurga...ummi mahu menjadi ummi dan isteri yang mithali..



Kekasih hati ummi:-)


Ummi: Azam tahun baru ummi..ingin menjadi isteri dan ummi yang terbaik, lemah lembut, tenang dan sangat penyayang..:-)

Terima kasih Cik Apit:-)

Salam semua..

Maaf sangat, ummi sudah tidak seaktif dulu dalam penulisan blog..cerita-cerita ummi juga agak kurang sensasi dari biasanya..hehehe...cheh, macam sensasi sangat..ummi banyak sebenarnya yang nak dikongsikan bersama semua cuba sempat tak sempat je..ummi cuba sempat-sempatkan...InsyaALLAH..

Sepanjang 2 minggu yang lepas, cik apit (adik ummi yang ke-4) duduk di rumah ummi menemani ummi dan anak-anak. Ayah terpaksa bertugas ke Sarawak selama 5hari dari hari jumaat hingga selasa yang lepas...Ayah risau kalau ummi tinggal dengan anak-anak bersendirian, makanya cik apit yang baik hati menjadi peneman kami..

Seronok sangat ummi bila ada orang membantu ummi di waktu pagi. Bila ummi sibuk di dapur, cik apit akan ummi kejutkan dari tidur yang lena untuk membantu menjaga anak-anak ummi..terima kasih cik apit..dalam masa 2minggu ni cik apit banyak meringankan beban ummi..

Bila pulang ke rumah malam semalam tanpa cik apit kerana ummi telah kembalikan cik apit ke tempat asalnya, ummi mula sedar kehidupan ummi akan kembali normal seperti biasa..ummi akan menjalankan tanggungjawab ummi seperti biasa..tanpa sesiapa membantu di saat ummi kalut di pagi hari..Ayah tak membantu ke???Ayah tak dapat membantu sebabnya ayah akan keluar bekerja seawal 6.45am...Rupanya, rasa sangat lega bila ada orang membantu kita di saat kita sibuk ya..

Apa sekalipun, ummi, ayah dan anak-anak mengucapkan ribuan terima kasih buat cik apit..tolong ummi kemas rumah, tolong ummi jaga anak-anak, ikut ummi jalan-jalan buang duit, ikut ummi makan membesarkan badan, ajak ummi tengok wayang yang telah 14tahun ummi tak layan..hahaha

Pagi tadi, si adik dengan walkernya menuju ke bilik tengah yang cik apit duduk sebelum ini..tapi, malangnya pintu bertutup sebab tiada orang..biasanya adik dan kakak akan automatik ke bilik tengah untuk bermain dengan cik apit..si kakak, pastinya akan merindui ..."apit"...panggilan kakak untuk cik apit..

Untuk cik apit, ummi ada sertakan gambar-gambar anak-anak ummi yang pasti dapat mengubat rindu cik apit nanti...Jangan sedih-sedih ya cik apit..


Cik Wan yang rajin melayan adik..



Akhirnya dapat juga adik naik Camry abang Harraz



Macho je adik ni..:-)


Kelakarnya..:-)


Trademark anak-anak..GERAMMM!!!



Rambut kegemaran cik apit



Anak dara pinggitan..:-)


Sayang cik apit..:-)


Ish...seksinya kakak...



Snap oleh cik wan..kakak buat-buat tidur..



Ummi nak bungkus kakak bawa balik kampung..


Adik dah selesa siap-siap untuk dibungkus..hehehe



Penat...


Adik yang manja tentunya tidur di pangkuan ummi


Inilah dia cik apit yang rajin dan baik..
(solo lagi ni tau..bakal ustazah..insyaALLAH)



Ummi: U, I sempat promote u..jangan marah..hehehe:-)




Monday, December 6, 2010

The Legend Water Chalet, Port Dickson

Salam...

Tahun ni ayah berikan hadiah percutian yang paling menyeronokkan untuk ummi dan permata hatiku...percutian ke The Legend Water Chalet, Port Dickson..

Kiranya ini bulan madu pertama kami setelah hampir 3tahun berkahwin..hehehe..

Yang paling teruja si kakaklah..nampak seronok sangat dia di sini..

Terima kasih abang atas percutian 3 hari 2 malam yang sangat menyeronokkan ini..

Jom layan gambar-gambar kami di sana..





Bersedia untuk berendam dalam jakuzi


Seksinya anak-anak ummi






























Happy!!







































Makan-makan Sempena Hari Lahir Ummi dan Hayfa

Salam semua..

27 Nov 2010 yang lalu, ummi dengan terkejutnya telah membuat plan terkejut untuk membuat sedikit majlis makan-makan sempena hari lahir puteri ummi, Najla Hayfa yang telah lepas iaitu pada 24 Nov dan hari lahir ummi in advance 2 Dis..:-)

Ok, sebelum kita melayan gambar majlis, ummi nak bermadah sedikit mengenai puteri ummi...

Hayfa yang ummi sayangi..tahniah sayang di atas ulangtahun kelahiranmu yang ke-2tahun..sekejap sahaja masa berlalu, ummi terasa baru je semalam ummi melahirkan Hayfa, menyusukan Hayfa, memandikan Hayfa, bermain dengan Hayfa dan sekarang Hayfa sudah pun berusia 2 tahun..Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu..

Hayfa pun semakin cerdik, semakin pandai dan mula menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang kakak..Masih segar di ingatan ummi saat kelahiranmu sayang..Dari saat air ketuban ummi pecah di rumah tok mami, saat ummi terpaksa dibedah demi mengeluarkanmu, berpantang bersamamu, membesarkan mu sendiri di Segamat bersama ayah, melayan karenahmu yang pelbagai...Namun, sedikit pun ummi takpernah jemu..Hayfalah penyeri pertama kehidupan ummi, ayah, tok mami, tok baba dan keluarga ummi yang lain..

Ummi doakan Hayfa akan cepat belajar bercakap dengan lebih fasih, menjadi anak yang solehah, menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adikmu dan sentiasa mengikut perintah ALLAH..

Ummi minta maaf andai ummi tak mampu menjadi tauladan ummi yang terbaik buat Hayfa, tapi, ummi akan cuba berusaha untuk terus menjadi yang terbaik untukmu sayang..

Ummi sangat sayangkan Hayfa, walaupun kadang kala ummi termarah Hayfa, ter'buk' manja Hayfa, ter'cubit' Hayfa..namun, ummi vepat-cepat sedar..Hayfa masih kecil..Hayfa tak faham lagi tentang kehidupan seperti mana yang telah banyak ummi lalui..ummi dan ayahlah yang kena mencorak kehidupan Hayfa..putih atau sebaliknya..

Memang ummi mengaku bukan mudah untuk menjagamu sayang..dari kecil Hayfa seorang yang kuat menangis tetapi sejak kebelakangan ini ummi dan ayah dapat merasa yang semakin senang menjaga Hayfa..Hayfa dan semakin besar dan boleh menjaga diri sendiri serta adiknya..Ummi bangga sangat dengan kakak sayang...

Ummi doakan kakak akan terus menjadi anak ummi dan ayah selamanya dunia dan akhirat..Selamat ulangtahun kelahiran ke-2 sayang...MMUAHHH...dari, ummi ayah dan adik...


Selamat Hari Lahir Sayang...:-)



Dari, adik, ayah dan ummi...


Kek Kegemaran Ummi sekeluarga

Makanan terhidang


Serba ringkas untuk tetamu yang hadir..


Besday girl...:-)


Pantang tengok ayah pegang kamera..nakkk...


Besday girl with besday ummi:-)


Tiup lilin:-)


Potong kek:-)


Kaum keluarga yang hadir


Makan kek...:-)


Hero ummi dan kakak...


Ummi: Terima kasih kepada keluarga yang sudi datang..maaf andai makanan terhidang serba ringkas. Namun kemeriahan majlis tetap dirasai dengan kehadiran semua.