Thursday, July 8, 2010

Usaha Mendekati Hayfa

Salam..

Ummi ambil sedikit masa untuk mencoret blog pada hari khamis yang indah ini. Kelas pukul 4.30pm ni..huhuhu..Lambat balik arini..Hari selasa dan khamis memang tugas ayah menjemput anak-anak dari taska..

Selasa lepas, ayah ambil Hayfa dan Harith. Hayfa sampai rumah je terus jenguk ke bilik cari ummi. Ummi balik je, Hayfa dari dalam gembira sangat, terjerit-jerit panggil ummi dari dalam rumah. Ummi bukak pagar dan masuk dalam kereta balik terus dia nangis takut ummi tinggalkan dia. Kesian Hayfa..Petang ni pun mesti Hayfa buat perkara yang sama ya..

Pastu terus dia melekat dengan ummi, Harith pun dah mula merengek-rengek nak susu dari ummi..Permata hatiku, ummi sampai tak sempat nak bukak tudung terus melayan mereka..:-)

Semalam, ummi dan ayah melayan Hayfa..Apa yang dia nak buat, kami izinkan asalkan tidak menyalahi logik..hehehe..main bola dengan ayah, tolong ummi basuh CD, belajar dengan ummi..Nasib baik adik dah tidur awal semalam.

Si kakak sekarang ni dah tidur lambat..Pukul 9.30pm baru nak lena..Kalau ummi tengok kakak dah macam 'slow' sahaja pergerakannya macam orang mengantuk, ummi pun tidurkan dia.Sekejap je, dah tertidur. Tapi, bangun masih lagi awal..Sama macam ayahnya..huhuhu..

Pagi-pagi ummi memang sangat kelam kelibut..Sebab itulah, setiap malam ummi siapkan semua kerja ummi bagi memastikan perjalanan ummi dipagi hari lebih lancar. Cuma,penat sedikitlah di malam hari itu..

Jom layan sedikit gambar Hayfa sedang menolong ummi membasuh CD..

Ayah: Hayfa...Tengok sini..
Hayfa: Malunya kakak:-)

Hayfa: Mehlah, kakak pegang sendiri..:-)


Bangun untuk mengambil gambar sendiri..hehehe..


Tazkirah: Moga usaha kami berjaya..