Tuesday, December 21, 2010

Kisah EBM ummi..

Salam...

Lama dah kan ummi tak cerita tentang stok EBM ummi..adakah masih meriah seperti dulu atau sudah menjadi kurang meriah kini..

Alhamdulilah, ummi masih mampu meneruskan penyusuan susu ibu buat si comel Harith sehingga kini iaitu lebih dari 11 bulan..Terima kasih ALLAH kerana mengabulkan doa ummi untuk cuba menyusukan Harith sehingga dia berusaha 2tahun..insyaALLAH...

Tetapi kini ummi sedang menghadapi krisis susu merundum..sejak sebulan yang lepas...Inilah bahananya sebab ummi agak leka dalam menguruskan jadual pengepaman ummi..huhuhu..sedih sangat..tetapi ummi anggap ia sebagai 1 dugaan..mana ada kehidupan yang sentiasa ceria dan senang..biar ada dugaan..biar kita tahu menghargai kenikmatan..


EBM Harith 11bulan ++


Semakin berkurangan...:-(


Berbanding stok EBM Harith semasa 9bulan++







Pelbagai usaha sedang ummi lakukan kini..ummi baca petua dari sini oleh mummyluna..Dan ia menjadi pemangkin semangat ummi untuk meneruskan pengepaman..

Sekarang ni, ummi dah kembali kepada rutin ummi mengepam 3kali sehari..walaupun setiap sesi mengepam kini ummi hanya mendapat sekitar 1.5oz sehingga 2oz sahaja..memang rasa agak sedih tapi itu semua rezeki ALLAH..so, 3kali pam ummi akan dapat 6oz..6oz sehari berbanding saat kegemilangan yang pernah mendapat hampir 20oz sehari..bolehkan zaman itu kembali lagi..???

Di rumah ummi memang tidak bekesempatan untuk mengepam walaupun di tengah malam atau di awal pagi kerana Harith jenis yang suka menyusu sewaktu tidur..dan anak-anak ummi merupakan anak-anak yang suka bangun di kala subuh..huhuhu..makanya, hanya di pejabatlah ummi boleh mengisi masa untuk mengepam..

Ummi kini juga sedang mengambil teh menyusu..baru mencuba 2kali..hasilnya masih belum nampak namun ummi positifkan diri..insyaALLAH..jika ummi berusaha pasti nampak hasilnya..


1.5L nursing tea:-)


Kebiasaannya, ummi akan membawa memenuhkan bekas air di atas dengan air masak..tetapi kini ummi penuhkan ia dengan 'nursing tea'..rasa seperti air masak cuma baunya sahaja yang berbau herba..ok..takda sebarang masalah..

Ummi juga turut menyertakan usaha ummi ini dengan pemakanan seimbang..ada karbohidrat, protein, vitamin, sayur..tak pernah langsung ummi cuba untuk berdiet kerana menyusukan anak merupakan salah satu daripada cara yang terbaik untuk menguruskan badan..

Apa sekalipun, ummi sangat berharap usaha ummi ini akan membuahkan hasil..yang penting adalah supply = demand..kalau banyak kali susu dikeluarkan pastinya akan lebih banyak susu yang akan dihasilkan...

InsyaALLAH!!!