Saturday, October 16, 2010

Hujung Minggu Tanpa Abang Lagi:-(

Salam 1 Malaysia..

Terlebih dahulu ummi nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM kerana sudi dengan ikhlasnya menghulurkan bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada Disember nanti..Alhamdulilah..baik ada daripada takda apa-apa kan..Jangan merungut..Terima segalanya seadanya ya..(menasihati diri sendiri,hehehe)

Hujung minggu ni ummi dan permata hatiku berada di Muar..Tanpa suami tersayang di sisi..Sedih-sedih..3minggu berturut-turut abang bekerja tanpa rehat..Takpa kan abang, demi kehidupan yang lebih baik..hehehe..

2minggu lepas ummi dan permata hatiku melepak di rumah sahaja sebabnya abang berkursus di kolej dan balik hari tapi minggu ni abang berkursus di Port Dickson dan abang tak berani meninggalkan ummi dan permata hatiku di rumah sendirian. Makanya, di sinilah kami hari ini dan esok.

Hujung minggu lepas, macam biasalah bertiga dengan permata hatiku di rumah..Ummi kena pandai bahagikan masa untuk membuat kerja rumah dan melayan mereka..

Antara aktiviti mereka ialah si kakak menyusu sambil menidurkan teddy bear dan si adik macam biasa tengok jelah gelagat si kakak..


Kecik-kecik lagi dah pandai nak 'breastfeeding' ya kakak..


Siap berzikir lagi ya sayang..


Bongkok si kakak(sakit postur badan ya sayang)..si adik membaca buku..


Ini pula gelagat si adik meniarap di dalam buai dan di atas sofa...


Ummi...tolong adik...hehehe:-)


Tolong..tolong..tolong..


Shot dari ayah..Cuba duduk dari meniarap:-)


Minggu lepas kami semua menunggu kedatangan Cik Apit dan 3 orang kawannya..pertama kali tahu rumah sewa ummi menerima kehadiran 4 orang anak dara sebagai tetamu..Maaflah atas segala kekurangan..maklumlah rumah sewa..hehehe

Ummi pun merancang dan bercita-cita untuk memasak makanan kegemaran cik Apit yang ummi agak-agak pakar gitu..

Iaitu...Spagheti Blognese UmmiNH..

Jom belajar buat spagheti yang senang ni..kejap je penyediaanya..Ini untuk anggaran 6-8orang makan.

Bahan-bahannya ialah:


5-6 ulas bawang merah + 6-7 ulas bawang putih dipotong dadu
1 batang lobak merah dipotong dadu
Seikat daun sup dimayang halus
4 biji tomato dipotong dadu(Kali ni ummi tak masukkan tomato sebab stok tiada kat Tesco)


2bungkus daging cincang halal
(lagi banyak daging lagi sedap)


2 sos spagheti Kimball (2botol untuk sos lebih pekat)
Sama je rasa dengan Prego, murah lagi..:-)


Sebungkus spagheti San Remo
(untuk menggelakkan spagheti melekat apabila sejuk, masukkan sedikit minyak masak semasa merebus spagheti)


Cara-caranya:


Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga naik bau;
Masukkan lobak merah, daun sup dan tomato;
Gaul seketika.


Masukkan daging;
Kacau sehingga daging agak-agak masak.


Masukkan sos spagheti;
Sedikit air (ummi masukkan air ke dalam botol sos sebabnya sayang sos yang tertinggal di dinding botol);
Masukkan lada sulah.


Masukkan garam secukup rasa.


Siap!!



Sedia untuk dimakan.


Alhamdulilah, kenyang perut ummi, ayah dan anak dara ber 4 itu serta kakak makan spagheti bolognese ummiNH malam tu..Ummi memang buat spagheti tak pedas sebabnya boleh si kakak makan. Kalau nak letak sedikit lada pun boleh tapi hilanglah rasa Itali tu..hehehe

Selamat mencuba puan-puan...(adakah yang ingin mencuba..?hehehe)