Thursday, July 22, 2010

Resipi Warisan - Nasi Ayam Berlada

(Update 1 Nov 2010...)

Salam kalian..

Semalam kebetulan ummi tak punya kelas, maka ummi mengisi masa lapang ummi dengan memasak makanan kegemaran ummi iaitu nasi ayam berlada..Ni resipi warisan tahu..resipi bonda kesayangan ummi..

Walaupun masakan ummi ni tak sesedap masakan bonda ummi, tapi alhamdulilah...boleh dibaiki dari semasa ke semasa..

Mari mula memasak bersama ummi..hehehe..

Nasi

Bahan-bahannya:

1) 3 cupak beras (2kali makan ummi dan sekali makan ayah)
2) Marjerin
3) 3-4ulas bawang putih dan 1-2 ulas bawang merah
4) Garam secukup rasa
5) Air secukupnya

Cara-caranya:


Bawang dihiris-hiris

Masukkan sesudu marjerin di kuali

Masukkan hirisan bawang tadi dan goreng sehingga kekuningan

Masukkan bawang yang digoreng tadi ke dalam beras yang sedang dimasak

Masukkan garam secukup rasa

Kacau rata dan masak seperti biasa

Setelah masak, kacau nasi tersebut dan tekan suis periuk sekali lagi
(Bagi memastikan nasi betul-betul masak)

Setelah masak, taburkan dengan potongan daun sup

Selain dari cara di atas, ummi punya satu lagi cara lain untuk memasak nasi ayam iaitu dengan menggunakan air rebusan ayam. Cara ini lebih menjadikan nasi ayam kita lebih lembut, dan tidak berketul. Caranya ialah:


Kisar bahan-bahan di atas sehingga lumat


Tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak yang banyak
(Minyak yang banyak akan menjadikan nasi kita lebih lembut dan tidak berketul)



Masukkan air secukupnya
(agak-agak cukup untuk dimasukkan di dalam periuk nasi)



Masukkan ayam dan rebus dan masukkan garam secukup rasa.


Setelah ayam siap direbus,
Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.


Sambal Ayam Berlada

Bahan-bahannya:
Ayam - mengikut keperluan
Beberapa ulas bawang merah dan bawang putih
Halia
Cili Boh
Sos tomato
Sos Cili
Kicap
2 sudu besar gula
Buah tomato
Ubi Kentang

Cara-caranya:

Rebus ayam dahulu

Setelah siap direbus, toskan air dan goreng
(Gambar jauh sebab minyak merecik..hehehe:-)

Goreng kentang yang telah dihiris nipis
(Ummi suka kentang, jadinya ummi masukkan banyak kentang)

Bahan untuk dikisar

Kisar lumat bahan-bahan tadi

Tumiskan cili boh hingga agak-agak garing

Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
(Ummi hanya masukkan 3/4 sebabnya 1/4 ummi asingkan untuk membuat sup)

Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap dan gaul rata

Masukkan ayam dan kentang yang siap digoreng tadi

Masukkan buah tomato

Masukkan gula dan kacau sehingga masak

Sedia dihidang
Untuk hiasan taburkan daun sup di atasnya..nyum, nyum,nyum


Sup Ayam

Bahan-bahannya:
Isi ayam dipotong kecil
Lobak merah
Ubi kentang
Garam
Daun sup
Rempah sup

Cara-caranya:


Campurkan sesudu rempah sup bersama 1/4 bahan dikisar tadi dan gaulkan


Tumiskan bahan-bahan tersebut bersama marjerin

Masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk dan kacau bersama rempah sup tadi

Masukkan air secukupnya dan tunggu sehingga sup siap direneh

Jemput makan semua..:-)


Tazkirah: Selamat mencuba!!