Monday, September 6, 2010

Strip Wash CD Permata Hatiku

Salam..

Kebelakangan ini ummi merasakan yang CD permata hatiku semakin kurang daya serapan..Selalu sahaja bocor tak kira si kakak atau si adik..Macam mana ni ya..?Kena tukar pakai lampin pakai buang atau beli CD baru..?

Tak payah itu semua..yang ummi perlukan hanyalah STRIP WASH CD itu..sangat mudah..

Makanya, ummi guna kesempatan masa yang ada 2minggu lepas (baru sempat update hari ini..jangan marah..) untuk meng'strip wash' CD permata hatiku..

Sebelum tu, mari ummi cerita sedikit tentang 'strip wash'...

Tanda-tanda yang CD permata hatiku perlu di 'strip wash' bila CD selalu bocor terutamanya di bahagian tepi peha permata hatiku. Dan kekerapan berlaku kebocoran itu adalah sangat kerap. Ketika ini, perlu 'strip wash'.

Kebocoran CD berlaku apabila terdapat kesan minyak yang terhasil daripada sisa-sisa sabun yang kita gunakan untuk membasuh CD terlekat di 'insert' dan CD.

Cara-caranya..(macam nak memasak..:-)

Membasuh CD

Gunakan cecair pencuci pinggan Sunlight (Pakar Menghapuskan Minyak)


Rendam CD di dalam baldi berisi air

Tuang Sunlight mengikut sukatan yang bersesuaian

Rendam seketika

Sental-sental manja CD anda dan bilas dengan air bersih
(insyaALLAH, kesan hitam akan semakin pudar dan menghilang)

Siap!! Sedia untuk dikeringkan.

Basuh 'insert'

Gunakan Soda Bikarbonat untuk memutihkan 'insert' anda kembali

Masukkan Soda Bikarbonat ketika basuhan pertama 'insert'

Cuka untuk meneutralkan kembali 'insert' yang dibasuh dengan Soda Bikarbonat

Masukkan Cuka ke dalam basuhan kedua

CD dan 'insert' yang sudah di 'strip wash'
Putih, bersih dan lebih efisien.


Ummi: Selamat Meng'strip wash'.