Monday, September 27, 2010

Harith dah boleh duduk:-)

Salam isnin...

Hujung minggu lepas kami sekeluarga agak-agak sibuk dengan beberapa urusan keluarga..

Pulang dari Melaka ke Muar pada hari Sabtu pagi bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu ummi Mohd HasrulNizam (abg cam) dan pasangannya Shafqat Bano (sha)..bestkan nama isteri abg cam..Orangnya cantik, bergaya lagi..pandangan peribadi ummi, Sha telah membawa satu revolusi baru dalam keluarga kami..penampilannya berbeza daripada kami semua tapi, 'it's ok'..bukan satu masalah besar pun..Orangnya nampak macam peramah..Ummi belum berkesempatan nak berborak panjang dengannya..Nanti ummi 'upload' gambar mereka ya..(tak 'transfer' lagi dari 'handphone' ayah..:-)

Ahad pula, kami ke Ayer Keroh Height..Syukur, adik abg Cam bertunang..alang-alang dah sampai Melaka, kami pulanglah ke rumah..Si kakak pulak hujung minggu ni meragam je..nangis, nangis, nangis...huhuhu..Agak hilang kesabaran ummi dan ayah melayan dia..Badan letih agaknya..

Topik utama hari isnin ialah di comel ummi Nufayl Harith tu dah boleh duduk dengan tegaknya ketika dia sudah berusia 8bulan++ pada petang jumaat yang lepas..Lambat sikit berbanding kakaknya..Tapi, itu bukan masalah sebab setiap anak-anak perkembangan mereka berbeza-bezakan..

Ummi, adik dah boleh duduk..:-)


Yeah..hebat tak adik..hehehe


Seronoknya dia..:-)


Aktiviti permata hatiku di malam hari..


Ummi letak adik dalam 'playmate'
Si kakak teruja nak 'join' dengan bedak di tangan


Hasil solekan sendiri
Ummi terpaksa layankan Hayfa bermain bedak..kalau tak mengamuk
lagilah si cantik ummi tu..


Adik pula..baru wangi..
Adik tadah muka sahaja..hehehe


Beginilah permata hatiku..memang kita perlu ketabahan hati yang tinggi dan kekuatan minda dalam mendidik anak-anak..Tanpa suami membantu pastinya agak sukar untuk kita sebagai ibu untuk mendidik anak-anak...

Kadang-kadang bila marahkan permata hatiku, ummi terlepas cakap ayat-ayat yang tak baik..Tapi, cepat-cepat ummi tarik balik..Ummi sedang dipengaruhi oleh emosi ummi yang tak stabil..huhuhu..Ya ALLAH, ummi minta ampun..Itu bukan maksud sebenar ummi..Ummi terlepas cakap ya ALLAH..

Sedikit ummi nak selitkan EBM Harith 8bulan++..




Alhamdulilah..



Ummi: Pohon kekuatan dariMU ya ALLAH!