Salam semua..
Entri terakhir untuk hari ini ialah ummi nak berkongsi satu resipi dengan pembaca semua..
Wah, macam pandai masak je bunyinya..Resipi yang mudah tetapi sangat sedap..percayalah, kalau tak percaya kena cuba..hehehe
Alkisahnya begini, satu hari di beberapa minggu yang lepas ummi dan sahabat-sahabat ummi mengadakan 'potluck' kali kedua..'Potluck' sempena hari raya tapi dah lepas bulan raya..hehehe..
Apa lagi, jom belajar macamana nak buat Sambal Jawa Tok Mummy yang merupakan hidangan tradisi wajib di hari raya dan memang menjadi kegemaran kami adik beradik.
Bahan-bahannya:

3 batang serai atau lebih (lagi banyak lagi sedap)
Beberapa ulas bawang merah
Halia (setengah inci)
Beberapa ulas bawang putih

Kisar lumat bahan di atas

6 keping tauhu yang dipotong dadu dan digoreng

Peparu lembu yang dipotong dadu dan digoreng

2keping tempe dipotong dadu dan digoreng

10-15 batang cili hijau dihiris nipis

Suun direndam terlebih dahulu dan dipotong-potong pendek

Kulit tauhu direndam dahulu dan dipotong-potong kecil

Kicap (Bahan utama)
Cara-caranya:

Tumiskan bahan yang dikisar

Masukkan cili hijau

Masukkan sedikit air

Masukkan kicap
(Ikut kesesuaian, seandainya kurang hitam boleh ditambah kicap lagi nanti)

Masukkan garam

Masukkan gula

Masukkan tauhu, tempe

Masukkan peparu

Masukkan suun dan kulit tauhu

Kacau dan tambahkan kicap jika perlu

Siap!!

Close up sikit!!

Hidangan tengahari kami:
Kambing panggang, sayur campur, kek batik, sambal jawa, rendang daging, sambal tumis udang petai, ayam masak lemak dan air tembikai laici..Nyum..nyum..
Ummi: Selamat mencuba!!Penyediaannya memang mengambil masa tetapi memasak ia cuma sekejap dan rasanya sangat sedap!!Petang ni ummi nak membuat 'chicken chop'. Nanti ummi kongsikan resipinya dengan pembaca semua ya!