Tuesday, August 10, 2010

Penghargaan Buat Ibu Menyusu

Salam ibu-ibu.

Kad penghargaan ini telah didedikasikan istimewa khas untuk ummi dan ibu-ibu menyusu yang lain oleh sahabat ummi daripada duniasusuibu.com. Ribuan dan jutaan terima kasih ummi ucapkan kepada Mar kerana sudi mengabadikan dedikasi terima kasih ini kepada kami. Moga usaha murnimu ini akan diberkati hingga akhir hayatmu.

Ummi juga di sini mengambil kesempatan untuk mendedikasikan kad penghargaan ini kepada semua ibu-ibu menyusu yang sudi singgah di blog ummi yang tak seberapa ini.




Percayalah, walau hanya setitis susu ibu yang kita mampu berikan kepada permata hatiku..ganjarannya..MasyaALLAH..hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas. Yakinlah dengan janji-janji ALLAH.


Tazkirah: ALLAH tidak akan memberikan dan mengurniakan sesuatu kepada kita melainkan perkara itu akan mendatangkan kebaikan kepada kita. InsyaALLAH.