Friday, July 9, 2010

Salam Jumaat

Salam..

Melaka pagi ini suasana sangat nyaman, aman damai dan permai...sejuk sahaja..hujan renyai-renyai, angin sepoi-sepoi bahasa..Apa yang ummi merepek pagi-pagi ni..hehehe:-)

Nak cerita apa ya..

Baru sekejap tadi makcik 'cleaner' masuk pejabat ummi ambil sampah..huhuhu..

Tiba-tiba ummi terasa sebak di dada. Makcik tu dah tua, tapi masih lagi bekerja demi mencari sesuap nasi. Sedihnya ummi tengok, walaupun dah tua tapi dia masih lagi gigih bekerja. Di manakah anak-anaknya? Sampai hatikah mereka membiarkan ibu usia emas itu bekerja lagi?

Aduhai..ummi tak boleh nak komen banyak-banyak sebab ummi pun tak tahu latar belakang makcik tu..Tapi, ummi sangat kesian bila tengok mereka yang sudah tua bekerja keras membanting tulang demi mencari sesuap nasi..

Anak-anak..

Sayangilah kedua ibu bapamu..

Hormatilah mereka setiap waktu..

Cintailah mereka setulus hatimu..

Berikan mereka nikmat kehidupan semampu mu..

Aduhai anak-anak..


Sanggupkah kita membiarkan ibu kita melakukan pekerjaan begini di usia senjanya..


Tazkirah: Didikan anak ketika kecil akan membentuk peribadinya apabila dewasa kelak.