Tuesday, July 6, 2010

Susu Ibu Vs Susu Formula

Salam,

Ummi nak kongsi sedikit info tentang kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Info ini ummi dapat daripada MBfPC dan gambar ini ummi ambil daripada blog sahabat ummi Ummu Ibtisam.




Mari ummi rumuskan tentang gambarajah di atas..

Susu Formula berkhasiat untuk anak-anak kita. Khasiatnya adalah :

1) Air
2) Protein
3) Karbohidrat
4) DHA/ARA
5) Lemak
6) Vitamin
7) Mineral

Manakala susu ibu lagi berkhasiat untuk anak-anak kita kerana ia mempunyai khasiat seperti:

1) Air
2) Protein
3) Karbohidrat
4) DHA/ARA
5) Lemak
6) Vitamin
7) Mineral
8) Enzim
9) Faktor Pembesaran
10) Antiparasit
11) Antialergi
12) Antivirus
13) Hormon
14) Antibodi

Jadi, ibu-ibu bayangkanlah sendiri..Khasiat yang terbaik yang boleh kita beri kepada anak-anak daripada susu ibu..Alhamdulilah, Harith dapat ini semua tetapi Hayfa..Ummi pernah cuba memberi Hayfa susu ummi, tapi dia tak nak..Sedihnya..Tapi, dia sempat minum seteguk dua..Itu pun dah buat ummi gembira..


Tazkirah: Anak yang cerdik dan baik perilakunya hasil daripada didikan yang sempurna dari ibu bapa.

Isnin yang sibuk

Salam ibu-ibu..

Wah, hari isnin semalam adalah hari yang sangat sibuk..Fuh, berpeluh ummi di dalam organ dalaman (sebabnya kat sini sejuk yang amat:-) Ummi sibuk sebab semalam bermulanya semester baru untuk pelajar-pelajar UiTM dan ummi sebagai pensyarah yang berkaliber, cheh..bermulalah hari-hari yang sibuk untuk ummi. Tiada lagi waktu bersenang-lenang untuk ummi membuka 'facebook' dan meng'update' blog selalu. Balik rumah, buat kerja rumah dari pulang petang hinggalah ke lewat malam. Penatnya..huhuhu..

Tapi, inilah dia kehidupan seharian ummi..takkan ada waktu untuk ummi bersenang-lenang seperti waktu anak dara dulu sebabnya waktu ummi sekarang adalah untuk suami dan permata hatiku..Ummi redha kerana ini jalan yang ummi pilih.

Kebetulan hujung minggu lepas dari jumaat hingga ahad ummi 'attend' kursus Malaysian Breastfeeding Peer Counselor dari awal pagi hingga lewat petang. Malam ummi layan anak-anak dan membuat kerja rumah. Biasalah itulah rutin harian ummi..:-)

Hayfa sekarang perlukan perhatian yang penuh dari ummi. Dia semakin kuat merajuk dan menangis tanpa sebab dan ummi rasa semua itu berlaku kerana dia menyangka ummi melebihkan adik dari dia. Tidak sayang, ummi sayangkan kedua-dua anak ummi. Malah, kadang-kadang ummi rasa ummi melebihkan kakak dari adik kerana kakak kuat merajuk dan ummi perlu pujuk dan kadang-kadang ummi rasa tidak tertahan sehingga terpaksa mem'buk' hayfa..huhuhu..lepas itu, menyesal..huhuhu...Tak sengaja..Maaf sayang..

Kebetulan, penjaga Hayfa semasa di taska di MBfPC punya anak yang jaraknya rapat seperti ummi dan perangai anak sulungnya persis seperti Hayfa yang kuat merajuk dan menangis. Dia pesan pada ummi untuk memberikan sepenuh perhatian kepada Hayfa, menangguhkan segala urusan kerja yang lain, dan meminta ayah untuk membantu menjaga Harith.

InsyaALLAH, semuanya akan pulih..Ummi dan ayah perlu bersabar. Usia anak seperti ini sepatutnya masih sedang dimanja tapi Hayfa sudah punya adik..huhuhu..rezeki sayang..Puan Rosnah memberikan buku tulisannya "Sentuhan Papa Belaian Mama karya Rosnah Ahmad & Roha Hassan" kepada ummi dan ayah sebagai panduan dalam melayani karenah anak-anak.

Ayat Puan Rosnah yang paling ummi ingati dan ummi sematkan kemas-kemas di dalam hati..

" Nani kena jaga Hayfa betul-betul.Layan dia..kalau tak nanti menyesal macam anak pertama akak..InsyaALLAH, kalau Nani layan dia betul-betul semuanya akan ok.."

Ummi tak mahu menyesal..Ummi nak kakak tahu ummi sayangkan kakak. Bertuahnya ummi datang MBfPC bukan sahaja dapat ilmu tentang 'breastfeeding' tetapi juga dapat ilmu tentang cara mendidik anak-anak dan dapat berjumpa dengan penulis buku serta dapat buku percuma daripada penulisnya. Terima kasih Puan Rosnah Ahmad.

Ummi tak khatam lagi buku ini..Hayfa lah, sambil ummi menyusukan adik ummi bacalah buku ni. Tapi, dia sibuk rampas buku ni dari ummi. Seronok mungkin sebabnya ada gambar 'baby' kat depan tu dan ada kartun di dalam..huhuhu..Nanti dah khatam, ummi akan kongsi bersama dengan ibu-ibu ya..


Sentuhan Papa Belaian Mama

Banyak sangat ilmu yang ummi dapat daripada MBfPC..Nanti ummi updatekan lagi..Tak sempat nak cerita panjang-panjang hari ini. Tapi apa yang pasti, modul yang terakhir tersemat dalam ingatan ummi.. Ummi tak sempat nak 'snap' gambar, sebabnya melayan karenah anak-anak. Jadinya, ummi 'snap' gambar ini sahaja..:-)


'Red Ribbon' with 'name tag'

Pagi semalam ummi sempat ambil gambar anak-anak. Si kecil sedang meniarap sambil cuba mengapai mainan di hadapannya. Si kakak nampak adiknya macam seronok sahaja, 'join' adiknya meniarap. Main bersama-sama..:-)


Hayfa dan Harith meniarap bersama-sama


'Taking picture dear..'


'Pose!!'

Petang semalam, ummi balik rumah dalam pukul 4lebih petang..Ummi telefon ayah tapau makanan (tiada lauk mentah di rumah..bukan malas..hehehe). Tapi, rasa tak sedap pula balik rumah awal-awal tak masak apa-apa..Jadinya,layan..buat 'simple' sahaja..hehehe..


'Egg Sandwich'


Tazkirah: Penat yang menggembirakan..