Saturday, June 19, 2010

Susu Ibu Adalah Anugerah ALLAH Yang Tidak Ternilai

Salam semua..

Ummi adalah antara ribuan ibu-ibu di dunia ini yang memberikan susu ibu secara eksklusif kepada permata hatiku. Tetapi kesedaran yang timbul dari dalam diri ummi ini hanya untuk anak kedua ummi, Nufayl Harith..Semasa mengandungkan adik, ummi banyak membaca artikel-artikel penyusuan, blog-blog ibu menyusu, kutip pengalaman orang, lihat dan belajar daripada ibu yang sedang menyusukan anak..

Antara pemangkin semangat ummi secara alam nyata adalah adik ummi, angah..Nani Shahida..Yang mana beliau menyusukan bayi pramatangnya iaitu Harraz Nu'man (yang juga anak susuan ummi..:-)secara eksklusif. Angah selalu menaikkan semangat ummi..Walaupun tugas hakikinya sebagai seorang doktor sangat sibuk, namun seboleh mungkin beliau akan mencuri masa untuk pam, atau pulang untuk menyusukan Harraz..Dari beliaulah ummi banyak belajar tentang cara pam yang betul, pam yang bagus untuk digunakan dan macam-macam lagi..

Kesian si kakak,masa ummi mengandung ummi kurang ilmu tentang 'breastfeeding'..dari awal-awal kelahirannya lagi ummi sudah campurkan susu..JAHILnya ummi!!!Ketika itu ummi tiada perangsang dan sekeliling ummi tiada yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif...kakak..ummi minta maaf sayang...

Ummi sangat-sangat bersyukur kerana ALLAH berikan hidayah kepada ummi..yang mana ummi rasa masih belum terlambat lagi..

Cuma mungkin, ummi agakkesal dengan tanggapan segelintir ibu-ibu yang menidakkan kebaikan susu ibu ini dan memilih untuk memberikan anak mereka susu formula..

Jika ditanya kenapa tidak menyusukan anak mereka..ada yang menjawab:

"Tak larat..anak sangat kuat menyusu..."

"Susu ibu buat anak cirit-birit..."

"Anak tak puas minum susu ibu...Tengah minum tertidur..Bangun menangis nak menyusu lagi..."

"Susu tak keluar..anak tak puas menyusu 'top up'lah dengan susu formula"

Ibu-ibu..jangan jadikan ini semua sebagai satu alasan..Pada pandangan ummi, kalau betul susu ibu itu tidak mengenyangkan, tidak memberikan kepuasan buat bayi..kenapa ALLAH ciptakan susu ibu di dalam badan kita sebagai ibu-ibu..kenapa semakin bayi menghisap susu ibu,susu ibu akan menjadi semakin banyak..Mengapa? Mengapa?

Makanya, ada sebab utama ALLAH ciptakan susu ibu..iaitu kita sebagai ibu-ibu boleh susukan anak kita mengikut permintaan..'supply based on demand'..Setiap ibu yang melahirkan anak,pasti akan ada susu..jangan risau cuma kita perlu tahu bagaimana mahu merangsang susu untuk keluar..

Memang betul, bagi ibu yang pertama kali mendapat bayi..agak sukar untuk menyusukan anak mereka..tidak mengapa..'practice make perfect'..semua itu semua ibu-ibu mengalaminya..cuma yang perlu ada adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi..

Anak yang kuat menyusu kalau diberikan susu ibu alangkah nikmatnya bayi tersebut..tetapi kita berikan anak kita yang kuat menyusu itu dengan susu formula..Seperti anak sulung ummi..huhuhu..sedih sangat ibu-ibu..Bila melihat anak-anak yang menyusu secara eksklusif membesar depan mata..rasa sangat gembira kerana dengan susu yang kita berikan anak-anak kita boleh membesar..

Bagi ibu menyusu, kita mestilah menjaga pemakanan kita..Jangan makan sembarangan kerana makanan itu mungkin tidak sesuai untuk bayi kita..Sebab itulah bayi kita cirit birit..

Ummi hanya mampu membantu dari segi nasihat..untuk memaksa bukan sifat ummi..ibu-ibu fikirkanlah sendiri..yang mana yang mahu kita berikan kepada anak-anak kita..susu ibu atau susu formula..



Tazkirah: Persediaan awal mengumpul ilmu semasa kehamilan akan memberikan impak yang besar dalam membesarkan anak-anak..














Cabaran Anak-Anak Fully CD

Salam..

Macammana Ibu-ibu yang ber 'CD'..seronok kan meng'CD' kan anak-anak..

Diam tak diam dah lebih 2 bulan ummi meng'fully'kan CD kepada permata hatiku..Wah, rajin juga ummi ni ya..:-) Tapi, ummi mengaku memang bukan mudah pada permulaannya ummi mahu menggunakan CD kepada permata hatiku ini. Banyak cabaran, banyak dugaan tidak lupa juga pandangan orang sekeliling ummi..:-(

Pertama sekali sebelum ummi membuat keputusan untuk memakai CD, ummi menjelajah ke blog-blog ibu-ibu yang ummi kenali untuk belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk menguruskan CD. Setelah pandai..cheh..ummi rasa sangat bersemangat untuk mengaplikasikan nya kepada permata hatiku.

Dah beli, bukan terus pakai..Kena 'pre wash' sebanyak 3kali dahulu..Mengeletek rasanya ummi nak menunggu sehingga 3 kali kering CD itu..:-)

Cabaran pertama adalah pandangan orang sekeliling..Abang, Ibu bapa ummi, kawan-kawan ummi..Abang pada mulanya macam percaya tak percaya sahaja pada ummi..Boleh kah ummi membasuh CD setiap hari? Rajin kah ummi nak menguruskan CD? Ummi kena buktikan pada abang yang ummi boleh..Ummi tunjukkan betapa berdedikasinya ummi menjalankan tanggungjawab ummi sebagai ummi yang mengCDkan anak-anak..Selepas seminggu, sedang ummi memasukkan 'insert ke dalam CD..

Ummi: Abang rasa, jimat tak guna CD ni?

Abang: Jimat sangat...Tak payah pergi Mydin lagi beli DD..

Ummi: Alhamdulilah..

Hasilnya sekarang, ummi secara rasminya telah melantik ayah menjadi AJK 'liner' dan 'insert' kerana jika ummi sibuk membuat kerja-kerja rumah yang lain, ayah akan membantu ummi memasukkan 'insert' dan meletakkan 'liner' ke CD..Terima kasih abang..

Keluarga ummi..pada mulanya mereka sangat tak yakin..Gunalah DD, kan senang..pakai,kotor terus buang..huhuhu..Itu yang ummi tak mahu..pakai, kotor, buang..buang DD? bukan..buang duit...!!!Ummi nak menyimpan..Tapi sekarang, kalau anak-anak ummi pakai CD bila pulang ke Muar, mereka akan cakap..comelnya..Dan mereka juga agak kagum melihat kesungguhan ummi membasuh, menyidai CD dan melipat CD..

Cabaran yang seterusnya...bocor di tepi..pada minggu-minggu awal permata hatiku berCD, memang selalu 'leaking' di tepi..terutamanya si kakak..sebenarnya memang si kakak sahaja yang selalu 'leaking'..suci dan bersih cadar ummi sebab dibasuh hampir setiap hari..:-) Penat sebenarnya, kadang-kadang bangun 2-3 pagi tukar CD sebab dah bocor..huhuhu..Ngantuk mata..Kadang-kadang hampir putus asa juga..Sebabnya bukan CD itu tidak bagus, tetapi ummi tidak ketatkan betul-betul CD di permata hatiku itu.. Lagi satu kemungkinan, awal-awal guna daya serapan CD agak kurang..Makin lama guna makin bagus daya serapan tersebut. Dan ia benar..sekarang masalah kebocoran sudah semakin berkurangan. Dalam seminggu mungkin hanya semalam si kakak kebocoran..Si kakak ni memang 'heavy weater' berbanding si adik..

Cabaran seterusnya,CD ni kalau ummi dan permata hatiku 'travel' seperti pulang ke Mersing (kampung ayah), ummi berkursus memang terpaksa ummi 'off'kan..Bukan sengaja tidak mahu guna, tetapi kengkangan seperti mesin basuh dan ampaian yang menjadi permasalahan..huhuhu..Kalau pulang ke Muar, memang tiada masalah..Ummi akan angkut semua CD dengan sabunnya sekali..:-) Rumah mak sendiri, buat macam rumah sendiri..hehehe..

Dan..setiap malam ummi akan peruntukkan masa untuk ummi membasuh najis-najis yang terlekat di CD..Kalau guna DD,mana pernah ummi basuh tapi kalau guna CD terpaksa..Hari-hari buat perkara yang sama. Nampak macam memenatkan..Ya,penat tapi seronok..Mula-mula memang penat dan kadangkala tertekan sebab terlalu banyak kerja tapi, alah bisa tegal biasa..Makin lama ummi makin cekap menguruskannya..Ia bukan satu masalah untuk ummi lagi..Bau-bauan hancing dan busuk najis anak-anak sudah sebati untuk ummi..Mungkin, bila ummi sudah tua..ummi tak larat nak uruskan najis sendiri..permata hatiku tak geli untuk uruskan najis ummi pula..InsyaALLAH, kalau ALLAH panjangkan usia ummi..

Inilah cabarannya..Bukan mudah pada permulaannya..tapi, jika kita tekun, sabar dan kuat semangat..semuanya bukan satu yang mustahil..Dan yang penting, ia selamat untuk anak-anak, boleh menghilangkan ruam lampin (betul..) dan sangat menjimatkan..sudah 2 bulan ummi tak beli DD..DD 2 bulan lepas masih ada 2 beg yang penuh..


Ini antara barang kesayangan Ummi kini..
CD permata hatiku..



Tazkirah: Susah payah pada awalnya..insyaALLAH, ganjaran yang baik akan menyusul di kemudiannya..






Cara Ummi Menguruskan CD

Salam ibu-ibu...

Di pagi yang indah ini..ingin ummi berkongsi serba sedikit dengan ibu-ibu tentang bagaimana ummi membasuh 'cloth diapers' (CD) permata hatiku.. Ini adalah cara ummi yang mana ummi lakukan setiap hari bagi memastikan bekalan CD untuk permata hatiku adalah mencukupi...


CD Permata Hatiku Yang Sedia Untuk Diguna
Tetapi Sebelum Itu...

Mari kita belajar bagaimana untuk membasuh dan menguruskan CD..Sangat mudah dan senang dan menyeronokkan..Betul, percayalah..

Ummi tidak membasuh serta merta CD permata hatiku yang telah kotor..Maknanya, ummi akan kumpulkan sehingga malam selepas isya' untuk membasuh CD tersebut..Tak kiralah sama ada hari cuti atau hari bekerja, waktu ummi basuh CD adalah kebiasaannya selepas Isya' dan kadang-kadang selepas Maghrib.

Jika permata hatiku 'poo poo' atau 'pee pee', selepas membersihkan mereka CD mereka akan ummi letakkan di dalam baldi dan liner yang berisi najis mereka ummi buangkan ke dalam beg plastik. Ibu-ibu boleh basuh CD itu terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam baldi. Tetapi ummi memilih untuk membiarkan ia di dalam baldi sehingga tiba waktu membasuh.


Ummi kumpulkan CD kotor di dalam baldi

Setelah tiba waktu membasuh, ummi akan keluarkan CD-CD kotor yang berbau agak 'harum' daripada baldi. Ibu-ibu memang kena tahan bau hancing dan busuk najis anak-anak..Tetapi, itu bukan masalah yang besar kan ibu-ibu..alah bisa tegal biasa nanti..

Kadang-kadang sebanyak ini...

atau

Kadang-kadang sebanyak ini...

Untuk menghilangkan 'poo poo', ummi akan alirkan air yang laju dan deras ke CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan baki-baki 'poo poo' yang terlekat ke lubang tandas. Air yang deras dan laju akan menanggalkan 'poo poo' dengan berkesan. Percayalah..

Alirkan air yang laju dan deras bagi menanggalkan 'poo poo' di lubang tandas

Setelah itu, sental-sental manja CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan bau dan warna 'poo poo' anak-anak. Jangan sesekali menggunakan berus untuk menghilangkan kotoran kerana ia akan menyebabkan CD atau 'insert' akan rosak. Bilas CD atau 'insert' anak-anak..

Sental-sental manja CD itu

dan

'Insert' itu..

Setelah semua selesai, masukkan CD yang telah siap dibilas ke dalam baldi yang bersih.

CD & 'insert' yang telah siap dibilas

Masa untuk membasuh...Kalau jumlah CD & 'insert' yang anak-anak ummi pakai tak banyak, ummi akan merendam selama 20-30 minit CD & 'insert' tersebut bersama-sama sabun di dalam baldi dengan air yang banyak dan setelah itu ummi akan bilas dan keringkan. Tetapi, jika banyak tibalah masanya untuk mesin basuh membuat kerja tersebut:-)

Ada sesetengah ibu-ibu yang membasuh CD mereka di dalam 'laundry net' bagi menggelakkan CD mereka rosak tetapi ummi tidak menggunakan 'laundry net'. Jadinya, ummi memilih program yang paling lembut sekali bagi menggelakkan CD rosak . Contohnya:

Mode "Gentle - Soak, Wash, Rinse, Spin"-Medium - 46 Minit
Ummi sarankan guna air yang banyak bagi memastikan CD & 'Insert' lebih bersih

Sabun yang digunakan untuk membasuh CD dan 'insert' disarankan sabun yang tiada pelembut, tidak berenzim, tiada peluntur dan ummi memilih untuk menggunakan sabun Pureen H-A-D. Sabun ini selamat, tiada enzim, tiada bahan peluntur dan tiada pelembut. Sangat sesuai untuk CD & 'insert'. Bahan berpeluntur boleh menyebabkan CD & 'insert' rosak dan bahan berpelembut boleh menyebabkan ia kurang meresap.

Sabun Pureen H-A-D

Sukatan sabun adalah 1/4 daripada biasa seperti:


Sukatan adalah seperti ini (1/4 daripada biasa)
Jimatkan ibu-ibu..

Mesin basuh memulakan operasi...

Rendam seketika;Mod 'soak'


Mesin basuh mula membasuh, bilas dan keringkan CD & 'insert' anda

Setelah selesai urusan membasuh, masa untuk menyidai CD & 'insert'..Ummi punya ampaian khas untuk menyidai CD & 'insert' kerana ampaian sedia ada tidak mencukupi untuk menyidai baju dan CD.

Ummi sidai CD di bahagian bawah kerana CD cepat kering berbanding 'insert'


'Insert' agak tebal jadi ummi sidai di bahagian atas

Inilah dia CD & 'Insert' yang sedang menunggu masa untuk kering

Kadang-kadang kesan kuning 'poo poo' anak-anak masih terlekat lagi di CD & 'insert', jemur ia di bawah terik panas cahaya matahari. InsyaALLAH, kesan kuning itu akan hilang. mummyluna menyatakan air yang banyak dan cahaya matahari adalah agen pembersih yang paling baik.

Setelah kering, ummi akan angkat CD & 'insert' tersebut dan mula memasukkan 'insert' ke dalam CD, letakkan 'liner' dan sedia untuk digunakan serta di bawa ke taska anak-anak.


'Insert'

CD

Masukkan 'insert' ke dalam CD


CD yang telah sedia dimasukkan 'insert'

CD yang comel sudah dilipat


Letakkan 'liner' ke dalam CD


CD untuk dibekalkan di taska anak-anak..berwarna warni..
4 untuk si kakak, 4 untuk si adik:-)


Hayfa & Harith juga fully CD di taska, jadinya ummi akan bekalkan mereka 4 CD setiap seorang dan 'wetbag' bagi meletakkan CD yang telah kotor. Pengasuh anak-anak hanya perlu membuang 'liner' dan meletakkan CD kotor di dalam 'wetbag' ini tanpa perlu membasuh CD tersebut. Senangkan..

'Wetbag' untuk letakkan CD anak-anak yang kotor

Bila ummi ambil permata hatiku balik taska, 'wetbag' ini tidak akan ummi lupakan. Ummi akan biarkan dahulu ia sehingga tiba waktu membasuh dan langkah-langkah di atas akan berulang, berulang dan berulang. Bau najis permata hatiku sudah menjadi kebiasaan bagi ummi. Jika permata hatiku 'off' CD kerana 'travel', ummi akan rindukan tugas hakiki ummi ini:-)

Ummi harap ilmu yang ummi kongsikan kepada ibu-ibu ini akan dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada semua. Akhir kata, marilah semua kita bertukar kepada CD kerana ia sangat jimat, menarik, berwarna-warni dan ia lambang ibu moden yang 'educated'..Cheh..


Tazkirah: Berkongsi ilmu adalah perkara yang terbaik yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.