Monday, November 1, 2010

Rindunya Nak 'Update' Blog

Salam...

Rindu sangat pada semua..cheh..

Minggu lepas ummi langsung tak sempat nak 'update' sebarang entri dalam blog walaupun banyak sangat entri yang ummi masih lagi berhutang untuk dipertontonkan dan dikongsikan bersama pembaca semua...

Serius..Bukan sengaja tapi minggu lepas ummi menghabiskan masa dengan menyiapkan segala urusan menanda dan mengeluarkan markah kerja kursus untuk pelaja-pelajar ummi. Petang ni dan pagi esok, mereka akan menduduki peperiksaan dan ummi akan fokus untuk menanda bermula hari esok. Makanya, hari Isnin yang indah ini ummi mengambil peluang untuk meng'update' segala cerita yang tertangguh..Harap dapat disiapkan..(macam ada orang nak 'check' je)..hahaha...

Ummi mulakan entri pagi ini dengan cerita 'breastfeeding' ummi dan Harith..Lama kan tak dengar cerita ni..alhamdulilah, usia Harith kini adalah 9bulan 2minggu++ dan dari lahir sehingga kini Harith telah dan masih menikmati kebaikan susu ummi tak kira siang atau malam. 6 bulan pertama ummi berjaya menyusukan Harith secara eksklusif dan selepas itu Harith mula diberikan makanan pelengkap iaitu bubur dan biskut(sarapan hujung minggu).

Alhamdulilah, aktiviti pengepaman ummi pun masih berjalan seperti biasa cuma kini telah berkurang kepada 2kali sahaja sesi mengepam..Kenapa??? Harith mula makan dan permintaannya terhadap susu ummi juga sudah semakin berkurangan. Kalau pam, jumlah yang dapat kini paling banyak cuma 4oz dan pernah tak sampai 2oz..Mula-mula ummi sedih kenapa hasilnya sudah tidak serancak dulu. Tapi, ummi sedar..susu juga punya waktu banyak dan sikitnya..Kadang-kadang banyak,kadang-kadang sikit dan kadang-kadang setitis cuma..Tapi, ummi kena harus sentiasa bersyukur dan setiasa positif susu ummi cukup untuk Harith..

Pagi tadi, ummi mengambil kesempatan mengemas stok EBM ummi yang mula tak tersusun..Mana taknya, ummi terpaksa mengorek-gorek hingga ke belakang bagi mendapatkan stok EBM yang paling awal..Buat pengetahuan semua, ummi gunakan konsep FIFO (First In First Out)..

Ummi asingkan stok EBM ummi mengikut tarikh


Ini adalah deretan stok EBM yang menunggu giliran digunakan untuk 2-3minggu ini


Ini pula stok EBM yang akan digunakan untuk bulan-bulan mendatang


Stok EBM ummi makin berkurangan..maka, apa yang perlu ummi lakukan adalah mula kembali mengepam secara intensif..3kali sehari..InsyaALLAH, akan ummi lakukan..

Ummi baru menerima perkhabaran gembira..Nur Qasih Amani telah selamat dilahirkan pada Sabtu yang lepas..Bayi comel ini adalah puteri kepada sahabat ummi Puan Norhayati Omar..Tahniah yat..semoga berjaya menyusukan bayimu dengan susu ibu sepenuhnya...


Ummi: Gembira dengar perkhabaran sahabat-sahabat yang menerima kelahiran cahayamata mereka. Moga mereka akan tabah dalam memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

0 comments: