Friday, October 22, 2010

Jumaat Yang Sibuk

Salam semua..

Setelah hampir seminggu ummi membiarkan blog ummi bersarang..

Harap maaf..Ummi sibuk dari isnin sampailah hari ini..menyiapkan markah kerja kursus pelajar ummi, pergi buat rawatan muka dan badan..(sekali-sekala), menanda ujian, ber'pot luck' bersama kawan-kawan (nanti ummi 'update' tentang entri ni), dan khamis semalam Melaka bercuti umum..sempena pengisytiharan Melaka Maju 2010.

Entri hari ini saja ja..tumpang 'laptop' kawan, 'laptop' ummi selamat ditinggalkan di rumah sebabnya tidak berkeperluan untuk ber'laptop' pada hari ini..Tapi, tiba-tiba sahaja terasa nak meng'update' blog setelah membaca entri Puan Farah Farhan tentang kelahiran arjuna pertamanya.

Cuma nak mengatakan seronoknya dapat 'baby' baru..Bukannya ummi kepingin mahu mengandung lagi dalam waktu terdekat ini tetapi terimbas kembali saat ummi melahirkan permata hatiku pada 24 Nov 2008 dan 15 Jan 2010..

Indahnya saat itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..Hanya ALLAH yang tahu..Sakit kontraksi yang teramat dan sakit selepas menjalankan pembedahan hanyalah seketika dan berbaloi dengan kehadiran permata hatiku yang amat disayangi.

Ummi nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat suami tersayang..abang..Semalam dan ada juga beberapa malam yang mana ummi berasa sangat letih dan tertidur di ruang tamu bersama si kakak..Tersedar dari tidur, ummi lihat ayah sedang sibuk mengemas di dapur..habis bersih semua pinggan kotor, periuk, cawan, mangkuk..semuanya bersih dicuci ayah..Meja makan pun bersih..

Abang, terima kasih sangat..sayang sayang sangat abang..



Ummi: Bahagia punya keluarga sebegini. Mohon ALLAH kekalkan kebahagiaan ini dunia akhirat.

1 comments:

Anonymous said...

jalan2 baca cerita dari nani:)