Friday, September 3, 2010

EBM Harith 7bulan ++

Salam semua..

Bahang aidilfitri semakin terasa..UiTM kini semakin lenggang..'student' ramai yang dah balik begitu jugalah dengan pensyarahnya..hehehe

Ummi sendiri akan pulang ke kampung pada hari selasa malam..sebenarnya menggeletek dah perasaan ummi ni nak balik tapi dek kerana ummi juga sudah punya keluarga dan rumah sendiri ummi terpaksa lupakan hasrat ummi ini..Takpe, yang penting pulang beraya..Ummi agak bertuah sebabnya PIL ummi juga pulang beraya ke Muar(kampung nenek suami)..Jadinya, tak timbul masalah ummi dan ayah bergaduh untuk pulang raya ke mana. Mohon ALLAH panjangkan usia nenek suami ummi..aminn..

Sebenarnya entri kali ini ummi nak bercerita tentang EBM Harith 7bulan ++..

Gambar ini diambil 2minggu yang lepas tapi baru sekarang ummi sempat nak 'update'..:-)




Secara keseluruhannya stok EBM ummi:

Purata jumlah susu ummi dalam satu bekas : 4 oz

Liner 'You Have a Baby': 38liner x 4 oz = 152 oz

28 botol x 4 oz = 112 oz

3 bekas dadih x 4 0z = 12 oz

32 liner baru x 4 0z = 128 oz

Jumlah = 404 oz


Alhamdulilah, rezeki ALLAH..Ummi rasa sangat bersyukur sebabnya ALLAH bagi ummi kesempatan untuk menyusukan Harith sehingga kini bagi menebus kesalahan ummi terhadap Hayfa dulu..

Ummi dah berjaya capai sasaran menyusukan Harith sehingga 6bulan..misi kedua ummi sehingga Harith berusia 1tahun, misi ketiga sehingga 1 tahun setengah, misi keempat sehingga Harith 2 tahun..Moga ALLAH permudahkan dan perkenankan..

Sekarang stok ummi semakin bertambah. Nanti ummi masukkan entri untuk EBM Harith 8bulan ya..Stok EBM Harith yang lepas boleh dilihat di sini.


Tazkirah: Moga urusan dipermudahkan.


0 comments: