Tuesday, July 6, 2010

Susu Ibu Vs Susu Formula

Salam,

Ummi nak kongsi sedikit info tentang kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Info ini ummi dapat daripada MBfPC dan gambar ini ummi ambil daripada blog sahabat ummi Ummu Ibtisam.




Mari ummi rumuskan tentang gambarajah di atas..

Susu Formula berkhasiat untuk anak-anak kita. Khasiatnya adalah :

1) Air
2) Protein
3) Karbohidrat
4) DHA/ARA
5) Lemak
6) Vitamin
7) Mineral

Manakala susu ibu lagi berkhasiat untuk anak-anak kita kerana ia mempunyai khasiat seperti:

1) Air
2) Protein
3) Karbohidrat
4) DHA/ARA
5) Lemak
6) Vitamin
7) Mineral
8) Enzim
9) Faktor Pembesaran
10) Antiparasit
11) Antialergi
12) Antivirus
13) Hormon
14) Antibodi

Jadi, ibu-ibu bayangkanlah sendiri..Khasiat yang terbaik yang boleh kita beri kepada anak-anak daripada susu ibu..Alhamdulilah, Harith dapat ini semua tetapi Hayfa..Ummi pernah cuba memberi Hayfa susu ummi, tapi dia tak nak..Sedihnya..Tapi, dia sempat minum seteguk dua..Itu pun dah buat ummi gembira..


Tazkirah: Anak yang cerdik dan baik perilakunya hasil daripada didikan yang sempurna dari ibu bapa.

0 comments: