Wednesday, October 6, 2010

Weekend Ummi dan Hayfa dan Harith

Salam..

Menarik sungguh tajuk entri ummi di atas ya..hahaha..

Itu namanya ketandusan tajuk..kihkihkih..

Hujung minngu yang lepas ummi tinggal berdua sahaja dengan anak-anak di rumah..ayah ada kursus ISO di kolejnya di setiap hujung minggu 2minggu berturut-turut..

Jadinya, bila bersama-sama permata hatiku di rumah terutamanya di hujung minggu di mana permata hatiku sepenuh masa akan bersama ummi, kerja rumah kenalah dilakukan secara efisien dan yang penting sekali ketika permata hatiku sedang lena diulit mimpi..

Sedang ummi memasak..kedengaran suara-suara comel merengek bangun dari tidur..

Oh, tidak..anak-anakku..ummi baru nak mula masak..

Jadinya, ummi pun angkut permata hatiku ke dapur memasak bersama ummi..

Inilah aktiviti mereka di hujung minggu..


Kakak sedang memotong bahan untuk memasak

Adik bermain 'Magic Apple' di atas 'walker'

Adik: Bosanlah..nak kacau kakak..lagi best!
Kakak: Adik..sana...

Kakak yang rajin...

Adik di atas 'playmate' pula..:-)

Selesai masak, anak-anak pun dah macam-macam bunyi yang mereka buat kerana kebosanan menunggu ummi memasak terlalu lama..sedapkah??hahaha..

Masa untuk mandi sayang-sayang ummi...


Seronoknya 2 beradik ni mandi bersama-sama..
Harap keakraban mereka akan kekal sampai bila-bila..


Ummi sedang menyiapkan adik...

Si kakak melarikan diri dari ummi..
Tak nak pakai baju..


Inilah kehidupan seorang ummi, ibu, mama, mak, mummy, kepada anak-anak mereka..Penat, letih, kalut, bimbang, semuanya menjadi satu dengan kehadiran mereka. Walau di mana kita berada pasti ingatan kita takkan lekang dari mereka..


Ummi: Ummi sayang Hayfa dan Harith!!Sangat!!

0 comments: