Friday, June 18, 2010

Permata Hatiku Ber 'Cloth Diapers'

Salam Jumaat buat semua pembaca..

Pagi ini ummi mahu bercerita mengenai cloth diapers a.k.a cd..Ummi tahu pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat 'familiar' dengan CD kan..sudah semestinya kerana CD merupakan pilihan ibu-ibu moden masa kini yang semakin menuju ke arah mesra alam selain memberikan susuibu sepenuhnya kepada anak-anak mereka:-)

Ummi antara ibu yang lambat mendapat kesedaran dan hidayah untuk pakaikan anak-anak dengan CD..huhuhu:-( Entah kenapa, setelah menjelajah blog mardziah , sanaa , mummyluna dan mummysara&syasya kelenjar adrenalin ummi mengalir deras di badan sehingga ke akal ummi secara tiba-tiba dan terus.."Ummi nak pakaikan Hayfa & Harith CD sepenuhnya..!!"..Wah, semangat sudah timbul secara tiba-tiba..:-)

Makanya, ummi telah pun terus membuat pesanan melalui adik ipar ummi ciknor buat permulaan sebanyak 10 keping CD snap button jenama Coolababy..Kenapa Coolababy???Sebabnya harganya amatlah berpatutan..teringin sangat ummi nak beli jenama Lunatots tetapi 'budget' agak kurang..Tetapi, ummi tetap akan membelinya suatu hari nanti sebagai tambahan CD yang sedia ada sebabnya ummi teringin sangat anak-anak ummi merasa memakainya..

Sebelum ummi buat keputusan untuk beli CD,ummi dah 'study' macam-macam tentang CD..Banyak sangat info yang ummi dapat dari bloggers di atas..Macammana cara nak guna CD, nak basuh CD, nak hilangkan 'poo poo' di CD, nak buat 'strip wash'..Pendek kata, kalau ummi buat 'research' tentang CD ni 'confirm' ummi sudah siapkan satu 'research yang complete'..wah:-)

Selepas 'pre wash' selama 3 kali, ummi terus cuba kepada anak-anak ummi dan sangatlah sesuai kepada mereka dan 10keping tak mencukupi jika ummi mahu 'fully cd' kepada mereka..Jadinya,dengan izin ayah..ummi pun menempah lagi 15 CD Coolababy jenis velcro dari mamapayish dan menjadikan jumlah CD ummi kepada 25 keping..Banyak ke ibu-ibu??Cukupkah untuk ummi pakaikan anak-anak ummi hari-hari..Cukup..Tapi, ummi perlu basuh CD setiap hari bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Rajin kan ummi??huhuhu...

Ok, sebelum ummi mengakhiri entri hari ini..Jimat ke pakai CD? tak penat ke kene basuh CD hari-hari? Tak geli ke dengan najis anak-anak? Ibu-ibu..sangatlah jimat. Kalau DD('disposable diapers) lepas pakai kita buang kan..tapi, CD lepas kotor, kita boleh basuh, keringkan dan guna lagi, guna lagi, guna lagi..CD yang Hayfa pakai hari ini, lusa Harith pula pakai dan begitulah sebaliknya. Selama ini, ummi bukan buang DD dalam tong sampah tetapi ummi buang duit dalam tong sampah..huhuhu:-( Kalau CD kurang serap setelah beberapa tempoh penggunaan kita boleh stripwash CD tersebut..Membasuh CD sudah menjadi aktiviti wajib ummi setiap malam. Mula-mula memang penat, tetapi lama kelamaan ia akan menjadi perkara rutin dan seronok. Ummi mana yang geli najis anak sendiri..erkk..mestilah tak kan..anak sendiri bukannya anak orang lain..


Lagi satu, CD ni adalah salah satu cara untuk mengurangkan ruam akibat pemakaian DD..anak-anak ummi berkulit sensitif dan alhamdulilah, selepas mereka fully CD, ruam mereka semakin hilang dan semakin bersih..Yang penting sebagai ibu kita kene rajin salin CD/DD anak-anak bila tiba masanya. Jangan biarkan ia terperap sebegitu lama.

Ummi mengaku pada mulanya bukan mudah nak pakaikan anak-anak dengan CD yang kadang-kadang bocor di tepi..tetapi, semakin kerap kita menggunakannya, semakin bagus daya serapan CD dan yang penting pemakaian CD hendaklah betul dan kemas. Anak-anak akan kelihatan comel dengan CD yang bewarna-warni itu..



Koleksi CD Permata Hati Ummi..(Gambar diambil ketika permata hati Ummi CD off because of travelling)

Tazkirah: Berilah yang terbaik untuk anak-anak kita agar kita juga akan diberikan yang terbaik di akhirat sana..

0 comments: