Wednesday, January 2, 2013

Set Berpantang

Salam..

Untuk semua ibu yang akan berpantang dan sedang berpantang..
Mahu mencuba set berpantang secara moden tanpa memakan jamu..
Boleh mencuba Set Berpantang dari Shaklee..

Sangat sesuai untuk semua ibu..Malah, ummi sendiri hanya mengambil Set Berpantang Shaklee semasa berpantangkan adik Hafiyya.

Set Berpantang

* Mengandungi Sustained Release Vita-C 500mg, vitalea (multivitamin), Zinc Complex & B-complex yang boleh membantu anda terutama ibu-ibu baru bersalin.
* Mereka yang menjalani pembedahan serta masalah rambut.
* Ibu yang baru lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk menjalankan sistem tubuh yang unggul. 
* Set ini membantu ibu bertenang, membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas.
* Mempercepatkan penyembuhan luka dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang menyusukan.

Berminat:

SMS ummi di 012-6013614.

Set B: Ibu Menyusu

Salam ibu-ibu semua..

Berminat untuk memperkayakan lagi susu ibu anda dengan nutrisi-nutrisi seharian..inilah caranya ibu-ibu..


CADANGAN SUPPLEMEN BASIC UNTUK IBU MENYUSUKAN

* Mengandungi B-Complex, Sustained Release Vita-C 500mg, Multivitamin Vitalea dan Alfalfa.
* Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan.
* Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan susu ibu dengan nutrisi.
* Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
*Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan.
*Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.

Berminat:

SMS ummi di 012-6013614.

Set 3M: Ibu Menyusu Optimum

Salam ibu-ibu semua..

Alhamdulilah..

Berkat usaha selama hampir 6 bulan dengan kerap mengosongkan cik B ummi dengan mengamalkan konsep WAJIB SUPPLY = DEMAND dan mengamalkan Shaklee Set 3M: Set Menyusu Optimum..Inilah hasilnya..syukur padaMU Ya ALLAH..


CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK IBU MENYUSUKAN YANG MENGALAMI MASALAH SUSU MERUNDUM

* Mengandungi alfalfa, bcomplex, vitamin c, vitalea (multivitamin) kalsium dan ESP. 

* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
* Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. 
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak.
* Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi /induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak.
* Jika mengamalkan set ini, bersama2 tips yang diberikan, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
* Se inu juga sesuai untuk ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya.

Berminat:

SMS ummi di 012-6013614

Sunday, December 30, 2012

Set Kesuburan Shaklee


Salam semua..semangat untuk kembali berkarya dan berkongsi rasa dengan pembaca-pembaca semua..masih adakah..???Kali ini ummi nak memperkenalkan Set Kesuburan dari Shaklee..Produk yang mantap dan telah ada beberapa testimoni dari pelanggan-pelanggan pengedar Shaklee yang mereka telah berjaya mengandung setelah mengamalkan gabungan set terbaik ini dengan izin dari ALLAH.

Si isteri mengamalkan GLA Complex dan si suami mengamalkan Zinc Complex..InsyaALLAH, semua yang berlaku dengan izinNYA setelah kita berusaha.




GLA Complex

GLA adalah sejenis asid lemak omega 6. Oleh kerana omega 6 tidak boleh dihasilkan oleh badan, maka kita perlu mengambil suplemen sebagai cara untuk mendapatkannya. GLA Complex Shaklee ini terhasil dari kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Minyak borage ini sememangnya kaya dengan asid lemak omega 6 yang mana antara fungsinya adalah meningkatkan kesuburan dengan membaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembaikan kembali subur,  peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Namun demikian, harus diingat segala yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Kita manusia hanya mampu berusaha,

Zinc Complex

Dirumus dari zink glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan sebuk alfafa.

Antara khasiat Zinc Complex adalah:

- Mengaktifkan 200 jenis enzim
- Membentuk kolagen
- Memperbaiki diabetes
- Mempercepatkan pemulihan  luka
- Memperbaiki masalah prostat - melindungi kesihatan prostat. Kajian menunjukkan pengambilan harian Zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
- Kemampuan seks lelaki - pengambilan Zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma dan memberikan keupayaan seks yang bertenaga.
- Ovulasi wanita
- Memperbaiki radang kulit
- Mengekalkan deria bau.

Berminat untuk mencuba..hubungi saya untuk mendapatkan khidmat konsultasi secara percuma. SMS di 012-6013614.

Wednesday, December 26, 2012

Rindu untuk kembali:-)

Salam..

Sangat lama tidak mengaktifkan diri...kini ummi kembali semula..sebabnya punya nafas baru dalam nadi kehidupan...

Ummi kini selain sibuk sebagai isteri, ummi kepada 3 permata hati dan pensyarah..sudah melangkah setapak menjadi Pengedar Sah Shaklee di Melaka dan seantero Malaysia..

Kenapa ia berlaku? Sejak lahirkan si kecil Nayla Hafiyya.. ummi mula mengambil makanan tambahan produk kesihatan Shaklee dengan mengambil set menyusu optimum.. alhamdulilah, memang best sangat..susu meriah, badan semangat sihat dan bertenaga, kulit pun makin cantik...hihihi


Nayla Hafiyya Binti Mohd.Hamka
28 Jun 2012 @ 10.14am

Amalan Seharian Ummi..


Mari semua, bersama-sama kita memeriahkan lagi dunia penyusuan dengan supplement Shaklee..:-)




Thursday, February 3, 2011

Happy 3rd Anniversary:-)

Salam semua..

Dah nak maghrib ni..ummi ambil kesempatan sekejap untuk meng'update' blog yang dah lama ummi biarkan..Maaf semua..memang langsung tak ber kesempatan.. sibuk sangatkah..hahaha..biar ummi yang menjawab di dalam hati..


Semalam...020211..genap 3tahun usia perkahwinan ummi dan ayah..alhamdulilah..selama 3tahun ni bermacam2 peristiwa, kenangan manis, kenangan indah, kenangan pahit, kenangan kelat dan yang lain2 telah tercipta antara ummi dan ayah..yang paling manis buat kami adalah kelahiran 2 permata hati yang menjadi penyeri hidup kami..

"3tahun kahwin, anak dah 2, pandai2.." ayat tok mami..hehehe..rezeki tok mami..dah nak dapat 3 tapi ALLAH tarik balik kurniaan itu..takpe, cube lagi...hehehe..

Buat abang..sayang mohon ampun di atas segala salah silap sayang selama ni..sayang mengaku sayang bukan isteri yang sempurna, banyak kelemahan dan kekurangan yang masih lagi cuba sayang baiki..terima kasih abang kerana sudi menjadi suami penyayang dan ayah yang terbaik untuk anak2 kita..Moga usia perkahwinan kita ini kekal selamanya bukan hanya di dunia tetapi hingga ke alam yang kekal selamanya..insyaALLAH..

Sayang abang sangat..dan sayang anak2 sangat..

Jom layan gambar sambutan kami semalam..makan2 family je..:-)

Happy 3rd Anniversary Ummi & Ayah



Anak2 tiup lilin..



Sabar2..ummi potong kek ya..


Ummi..kakak tak sabar ni..hehehe



Adik pun tak sabar ummi..


Kekasih hati ummi..


Forever & Ever..


Saturday, January 15, 2011

Harith Kini Setahun

Salam...

15 Jan 2010 tepat jam 7.41pm lahirlah seorang putera yang sangat indah dan sempurna ciptaannya di Dewan Bedah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar..Kehadiran yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga disambut dengan penuh kesyukuran dan rahmat kepada yang ESA..

Putera yang sangat sempurna kejadiannya itu diberikan nama Nufayl Harith Bin Mohd.Hamka...Kehadirannya di dunia ini melengkapkan lagi kehidupan sempurna milik ummi, ayah dan kakaknya...

Hari ini, pada jam ini..genaplah usia setahun putera kesayangan ummi Nufayl Harith..

Sayang..ummi bersyukur sangat dengan anugerah ALLAH yang tidak ternilai..ummi punya ayah, punya kamu, dan punya kakak..Dan, alhamdulilah...Ummi telah berjaya melengkapkan fasa kedua dalam proses menyusukan Harith selama 2tahun...setahun telah tercapai..perjuangan untuk setahun lagi diteruskan...

Ummi mengaku..bukan mudah untuk melaksanakan misi penyusuan sepenuhnya kepada Harith...zaman kemeriahan susu, zaman susu merundum, ummi mengandung tanpa disedari, keguguran, bermalam di wad tanpa Harith, cabaran orang sekeliling..MasyaALLAH, kalau bukan kerana ummi punya kekuatan dalaman, keyakinan yang tinggi, kemahuan yang amat, sokongan yang sangat hebat dari suami, ibubapa, adik-beradik, sahabat-sahabat..mungkin ummi tak mampu melakukannya...

Terima kasih semua..

Saat ummi menulis entri ini, Harith sedang asyik berada di riba ummi sambil menikmati keenakan susu ummi...walaupun kadangkala Harith dengan selambanya mengigit..aduh..sakitnya..tapi, itu hanya cabaran yang sedikit..

Harith sayang..selamat ulangtahun kelahiran yang pertama..Moga Harith akan terus membesar dengan sihat dengan susu ummi ya sayang..terima kasih kerana menjadi penyeri di hati ummi..