Thursday, July 15, 2010

Abah Semakin Sihat..Alhamdulilah..

Salam..

Alhamdulilah..abah semakin sihat..

Semalam ayah telefon ummi ajak ummi pergi tengok ayahanda tersayang di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Terkejut ummi, ayah 'half day' semalam..Jadi, dia ajaklah ummi dan anak-anak ke Muar.

Nasib baik ummi tiada kelas semalam, ummi balik awal ke rumah, buat apa yang patut, ayah balik, ayah rehat sekejap..dalam 3.30pm kami begerak ke taska ambil anak-anak dan terus menderu pulang ke Muar.

Ambil bonda dan nenda di rumah, terus ke hospital menjenguk ayahanda.

Abah dan bertukar ke Wad 18 bersebelahan dengan Wad 14..Tempat ummi melahirkan adik..

Wad 18 lebih selesa berbanding Wad 4 abah semalam kerana wad kelas pertama dan paling ummi gembira abah sudah semakin sihat..Sudah boleh berbual dengan kami dan boleh bergerak seperti biasa.Tidak seperti kelmarin yang mana abah sangat lemah..huhuhu

Ummi gembira tengok abah yang sudah semakin sihat..Si kakak, tok baba dia nak cium dia menangis pulak..Takut agaknya tengok tok babanya berwayar..huhuhu..

Tak sabar ummi nak tunggu tok baba keluar wad..

Ayahanda semakin sihat..Bonda Tersenyum riang:-)

Berbeza sangat berbanding hari sebelumnya..

Kasihan kan tok baba..


Gaya ummi mithali..:-)
(Ummi je gembira..anak-anak ngantuk nak tidur..:-(


Kami 'wif' nenek..
Adik gaya macam nak turun:-)


Adik yang tak reti duduk diam


"Ummi..adik hauslah..Ummi ni bergambar aja..huhuhu"


"Ok Sayang..Meh susu dengan ummi..."
(Nursing t-shirt daripada Hilyah Designs..Sangat praktikal..Best!!)

'Breastfeeding in Public..'
Asalkan menutup aurat

Adik lepas dapat susu ummi..
zzzzzzz...

Ummi dapat tahu dari bonda, ayahanda ummi akan pulang ke rumah esok dan pembedahan akan dijadualkan di satu masa kelak.

Ummi sangat berharap, ayahanda ummi akan cepat dibedah bagi memastikan tiada lagi batu karang di dalam hempedu ayahanda.


Tazkirah: Hanya doa kudus ku panjatkan untuk kesejahteraan dan kesihatan kedua orang tuaku..aminnn...

0 comments: