Salam..
Semalam usia anak teruna ummi Nufayl Harith genap 6 bulan..Wah, anak ummi semakin membesar...membesar dengan sihat dengan susu ummi..
Tahniah buat adik dan ummi..('reward' untuk diri sendiri) kerana berjaya menyusukan adik secara eksklusif selama 6bulan..Alhamdulilah, kekesalan ummi kerana tidak menyusukan Hayfa terbayar kini..Namun, rasa bersalah masih lagi bersisa dalam hati ummi ini..huhuhu..
Semalam, ummi seboleh mungkin cuba untuk pulang kerja awal kerana sangat teruja untuk menyediakan makanan pertama adik dan memasak untuk ayah dan kakak.
Setelah difikir-fikir, ummi mengambil keputusan untuk menyediakan Puri Epal untuk si kecil sebagai makanan pepejal pertama adik..
Ummi akan cuba untuk menyediakan makanan sendiri untuk adik tanpa perlu di'top up' dengan bijirin segera yang berada di pasaran..InsyaALLLAH:-)
Macam mana ya menyediakan puri epal..senang sahaja..'Sharing is caring' kan..
Epal dibasuh bersih
Kupas kulitnya (ummi 'decide' masak sebiji epal sahaja)
Potong epal tersebut kepada bahagian-bahagian kecil
Masukkan potongan-potongan epal tadi ke dalam air panas yang telah direbus
sehingga epal lembut
Pastikan epal sudah lembut
Mula-mula ummi lenyekkan dengan senduk
Macam lambat je..'last-last' ummi kisar hingga hancur lumat..
Sedia untuk dihidang untuk adik..
Anak-anak ayah ambil dari Taska semalam. Balik sahaja, si adik menangis nak susu..Tengah-tengah susu dia tertidur..huhuhu..Adik ni, ummi nak bagi makan..
Tapi, nasib baik adik tidur sekejap sahaja..Dia bangun je, ummi pun terus ambil makanan dan air masak secawan untuk adik..Masa untuk makan adik..
Bismillahirrahmanirrahim...
Suapan pertama adik..
(ummi yang teruja..hahaha)
Adik buat muka pelik...
Adik: "ummi...apakah ini..?lain macam je rasanya dari susu ummi.."
Adik: "Mm...ok juga puri epal ni..hehehe"
Si kakak tu, ummi dah siapkan makanan sedap-sedap (cheh..) untuk dia..
dia nak juga 'join' makanan adik dia..
Inilah si kakak..:-)
Alhamdulilah, adik dah mula menerima makanan pepejal..InsyaALLAH, petang ni ummi akan sediakan puri kentang pula untuk adik..Si kakak tu pun mesti nak 'join'..hehehe
Setelah ummi berjaya susukan adik selama 6bulan secara eksklusif..insyaALLAH, ummi akan teruskan juga sehingga adik berusia 2tahun dan insyaALLAH selama mana yang ummi mampu..
Aminnn...
Tazkirah: Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayimu sehingga dia berusia 6 bulan dan bolehlah diteruskan penyusuan sehingga dia berusia 2 tahun dan diberikan makanan pelengkap.
0 comments:
Post a Comment