Tuesday, July 13, 2010

Abah Tersayang..Moga Cepat Sihat..

Salam ibu-ibu..(Update 14 Julai 2010)

Pagi ni ummi ambil cuti kecemasan dan bergegas pulang ke Muar seorang diri untuk melawat Ayahanda kesayangan ummi..Ayahanda Sehat Bin Atan..

Maafkan saya ya 'student-student'ku..saya terpaksa membatalkan semua kelas pada hari ini..InsyaALLAH, saya akan mengganti kelas pada satu masa kelak.


Wajah ummi yang sangat serius ketika memandu..:-(

Abah dimasukkan wad malam semalam kerana sakit perut dan sakit dada sehingga sukar untuk bernafas. Petang semalam, adik ummi..Dr.Angah telah membawa sampel 'urine' abah untuk diuji kaji..Ujian mengesahkan abah mengidap penyakit batu karang.

Malam semalam, abah semakin tidak larat dan tidak bermaya..Mak, Dr.Angah dan suaminya Dr.Hafiz mengambil keputusan untuk membawa abah ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Di hospital, setelah dibuat x-ray, doktor mengesahkan abah paru-paru abah dijangkiti kuman. MasyaALLAH, kasihan abah..Ummi telefon abah..suara abah sangat tidak bermaya..

Ummi masih belum lagi dapat memastikan keadaan abah bagaimana sebenarnya sebabnya waktu melawat adalah pukul 12pm..

Walaupun hati ummi gundah gulana..Perasaan ummi bercampur baur kerana masih lagi tidak dapat melawat ayahanda..tanggungjawab hakiki ummi takkan ummi lupakan..


Susu untuk adik..Ummi kena pam sebab berjauhan dengan adik hari ini..


Nanti ummi 'update' lagi cerita tentang ayahanda ummi ya..

Ummi dah pulang dari melawat ayahanda ummi..kasihan sangat..abah sangat lemah..baring mengiring sebab menahan sakit..

Abah tersayang (Sayu sangat tengok abah macam ni..Selama ni abah sihat dan sangat cergas)

Hasil pemeriksaan 'ultrasound' abah, abah mengidap penyakit batu karang di hempedu. Abah akan ditahan diwad selama beberapa hari bagi mendapatkan rawatan dan jika perlu membuat pembedahan, ia akan dijadualkan satu masa kelak dan bukanlah pembedahan kecemasan.

Selain abah, ummi kasihan pada bonda ummi..agak kalut kerana selama ini abah adalah penggerak keseluruhan aktiviti rumah. Pergi pasar beli lauk, pergi kedai beli telur, pergi uruskan itu, pergi uruskan ini..Abah di hospital, mak ummi umpama 'patah kaki'..huhuhu..

Kasihan..petang semalam selepas pulang dari melawat abah, ummi bawa emak ummi ke Econsave bagi membeli barang-barang dapur sebagai bekalan di sepanjang ketiadaan abah..

Ummi doakan abah cepat sihat dan cepat sembuh..

Hujung minggu lepas, ummi ada bertanya kepada emak ummi bagaimana nak memasak pengat pisang..nyum,nyum,nyum..belum cuba lagi..Emak cakap, abah punya perancangan untuk datang ke Melaka sabtu ni dan buat pengat pisang untuk ummi..huhuhu..terharu sangat..abah memang macam ni..seboleh mungkin dia akan menunaikan segala permintaan anak-anaknya..Ya ALLAH..

Selesai semua urusan ummi di Muar, ummi membelah jalan AMJ pulang ke Melaka seorang diri berbekalkan doa semoga ayahanda kesayangan ummi cepat sembuh..

At Traffic Light



Tazkirah: Moga ayahanda tersayang cepat sembuh..Anakanda doakan untuk kesihatan ayahanda.

1 comments:

nani syafiqah said...

u,, sdih la tgk baba
huhu..baba ok kan u??
mmg baba slalu mcmtu..ap yg anak die nak cpt jek die tunaikan
sdih =(
u blikan baba satay mdzin bler u blik nnti tau..sbb mase i blanje piza aritu baba suro blanje sate mdzin jek..tau u..blikan..