Inilah entri yang ummi rasa teruja sangat nak kongsikan dengan pembaca semua..(masih ada lagikah pembacaku..)
Seperti yang ummi bercerita di entri yang lepas, aidilfitri tahun ini amat bermakna untuk ummi kerana kehidupan ummi sudah mula menjadi lengkap. Punya suami yang penyayang, punya sepasang cahayamata yang sangat comel, punya pekerjaan yang ummi minati, punya keluarga yang ummi sayangi, cuma rumah impian ummi sahaja yang belum siap. Tahun hadapan dapatlah kami merasa beraya di rumah baru kami. InsyaALLAH..
Ummi sertakan gambar kami di pagi syawal yang lepas.
Tahun hadapan bertambah lagikah family ummi ni..???Jeng...jeng..jeng..Takda maknanya..InsyaALLAH kalau ada rezeki 2013..buat masa sekarang cukuplah ummi punya Hayfa dan Harith.
Hayfa: Ummi, kakak tak sabar nak pakai baju raya ni..
Harith: A'ahlah ummi..adik pun tak sabar ni..
Ummi: Ya..ya..ummi siapkan kakak dulu..
Jeng..jeng..jeng..kakak dah siap..
Ummi: Ok, tiba giliran adik..
Adik hemsem dah siap
Hayfa, Tok Baba, Tok Mami, Harith
(Harraz???Beraya di Slimriver, Perak)
Ummi with them:-)
Inilah adik bongsu ummi..
Cik Adi yang kurang rajin untuk menelaah pelajaran
SPM dah dekat..usaha lebih sikit ya cik di...
Selamat Hari Raya Abah
Maafkan along, Halalkan makan minum..
Mak, maafkan along ya sebab banyak melawan mak selama ini
Harith: Apakah yang berlaku ini???
Mertua bersama menantu
Hayfa: Kakak pun tak faham...
Kemaafan di aidilfitri
Selamat Hari Raya Tok Baba..
Nak duit raya..:-)
Selamat Hari Raya Abang
Halalkan makan minum, maafkan segala kekasaran dan tingkahlaku sayang selama ini
Selalu melawan cakap abang..huhuhu
Harith, ayah, ummi & Hayfa
Cheh..macam pengantin baru tak..hehehe:-)
Ayah, Cik Wan, Cik Adi
Ummi, Hayfa, Tok Baba, Tok Mami, Harith, Cik Apit
(Family angah beraya di Slimriver, Perak)
Ini adik bujang ummi
Muhammad Syazwan atau Cik wan
Sekarang ni tengah 'struggle' nak siapkan PSM dalam Ijazah Elektrikalnya di UTM
Ustazah Bahasa Arab
Ustazah Nani Syafiqah atau cik apit
Masih belajar di IPIS Bangi
Harith: Cik Adi ni mesti banyak dosa dengan tok mami..:-)
Ni pun sama..banyak-banyak minta maaf dengan tok baba
Apa sekalipun, di aidilfitri inilah kita semua kena mengambil kesempatan untuk maaf bermaafan di antara satu sama lain. Lupakan kisah lama dan mulakan kehidupan yang baru. Kalau buat silap lagi, minta maaf di aidilfitri tahun hadapan..gurau sahaja..hehehe.
Ummi juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri buat semua pembaca blog ummi secara langsung atau secara tidak langsung. Moga aidilfitri ini akan membawa satu titik perubahan yang sangat bermakna dalam kehidupan kita.
Untuk ummi, aidilfitri ini ummi rasa gembira dan agak berbelanja lebih sedikit buat si kecil ummi. Hari raya sangat bermakna dengan kehadiran mereka..
Moga keceriaan ini akan berpanjangan hingga ke syurga:-)
Ummi: Ummi ayah keluar duit raya; Hayfa dan Harith masuk duit raya:-)