Salam ramadhan...
Dah lama ummi tak cerita tentang perkembangan anak-anak ummi. Banyak sangat gambar-gambar menarik yang hendak ummi kongsikan bersama pembaca semua..Gambar permata hatiku yang sedang membesar..
Tapi, ummi nak bercerita sedikit tentang permata hatiku..
Najla Hayfa..semakin membesar dengan cantik anak dara ummi yang seorang ni..alhamdulilah, semakin hari ALLAH permudahkan urusan ummi dan ayah menjaga Hayfa. Hayfa semakin mudah dijaga dan agak kurang nakal dan kurang meragam berbanding dahulu. Masih meragam tapi jarang-jarang. Tidur pun dah senang, dah tak perlu buai..kalau ngantuk, bagi dia susu, baringkan atas tilam tiba-tiba nanti dia akan tertidur sendiri.
Hayfa dah mula pandai nak melawa..suka pakai baju yang cantik, suka pakai tudung..dah pandai nak bersolat, baca doa (sekali makan 3kali baca doa), baca yasin (masa ummi dan ayah baca quran dia baca yasin), pandai beraksi bila nak mengambil gambar, dah boleh buat kawan, gurau-gurau, bersenda dengan dia, sangat comel..mulut pun dah makin rancak. Tapi, sekarang dia makin aktif kalau bermain. Boleh tahan juga kalau bergaduh bila berebut mainan dengan sepupu-sepupunya. Asyik buat muka geram je.
Ok, jom layan gambar-gambar Hayfa..
Hayfa berbaju kurung:-)
Pandai bergaya sayang ummi ni..
Hi..
Model berus gigi
Bermain 'Magic Apple'
Bosan main pakai tangan..pakai kaki pulaklah..
Mm..nak baca IMPIANA ummi lah
Baju cantik dari Tok Ucu S'pore..
Menantimu di Hari Raya
Nufayl Harith
Harith sekarang dah semakin boleh tahan sebenarnya..sedikit berbeza berbanding dengan Harith yang dulu yang lebih senang dijaga, mudah tidur..Tapi sekarang, yalah dah semakin membesar..Sebenarnya, dulu ummi kalau boleh tak mahu tidurkan adik di dalam buai tetapi sepanjang ramadhan ni ummi terpaksa tidurkan adik di dalam buai sebabnya tak sempat nak melayan karenahnya yang nak tidur sambil menyusu..Tapi, adik yang dah terbiasa tidur di pangkuan ummi tetap mahu ummi yang dodoikan dia..
Tentang makanan adik...alhamdulilah, kuat makan dah adik sekarang..asal suakan sudu kat mulut nganga je..satu hari 3 kali adik makan (pagi, tengahari,petang)..kalau ummi kerja, 3 kali adik makan bubur..kalau hujung minggu sarapan ummi bagi adik makan biskut,tengahari dan petang ummi bagi bubur..
Sasaran ummi untuk adik kalau boleh ummi nak masakkan bubur untuk adik sampailah adik dah boleh makan nasi..no cereal untuk adik(manis ibu-ibu..tak sesuai untuk bayi kita)..
Tentang makanan pepejal adik..dulu ummi rancang nak bekukan semua bubur untuk adik. So, bila adik nak makan tinggal ummi panaskan sahaja. Siap ummi dah belikan bekas makanan untuk bekukan makanan adik nanti. Tapi, sudahnya bekas makanan tu semua terbiar begitu sahaja sebabnya ummi tukar perancangan.
Setiap pagi ummi akan masakkan bubur untuk adik..mudah, segar dan sihat untuk adik. Sebabnya, ummi sendiri pun tak lalu nak makan makanan yang dibekukan apatah lagi untuk diberikan kepada adik..hehehe
Ok, mari layan gambar-gambar comel si kecil ummi ni..
Si ensem adik..
Kakak dah bosan main 'Apple', dia pas kat adik pulak dan dia baca IMPIANA
Adik merenung masa hadapan
Chak!!
Masa ni adik dah mengantuk tapi mata dia susah nak lelap
Ummi biarkan dia bermain dulu..
Ini sepupu adik..
Ahmad Naqib (anak Cik Ha dengan Cik Farid)
Adik cuma tua 2 bulan je..
Ini pula Mohd Darwisy (Anak Cik Nor & Cik Cimi)
Tumpang tidur kat bilik sejuk umah cik Nita..hehehe
Ini pula Muhammad Irfan (anak Cik Nita n Cik Wawan)
Inilah dia anak-anak ummi..Tanpa mereka mesti hidup ummi dan ayah sangat membosankan. Syukur atas kurniaan ALLAH, walaupun penat terpaksa melayan karenah mereka saban hari namun keletah mereka sangat menghiburkan kami. Kami sangat bernasib baik jika nak dibandingkan dengan pasangan-pasangan lain yang sudah lama berumahtangga tapi masih tidak mempunyai cahayamata.
Kakak: Adik..jom peluk..
Adik: Japlah kakak..ayah nak ambil gambar ni..
Kakak: Ish adik ni..geramnya kakak..mehlah sini..
Adik: Ok..ok..
Kakak: Sayang adik..
Adik: Sayang kakak..
Ummi & Ayah: Sayang kamu berdua..
Tazkirah: Moga kasih sayang ini berkekalan dunia akhirat.