Minggu ini adalah minggu yang sangat mengembirakan buat semua ibu yang menyusukan anak-anak mereka kerana minggu ini adalah "Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia " dari 1-7 Ogos 2010..
Tema tahun ini adalah: 10 Langkah Menjayakan Penyusuan
1) Perlu ada polisi penyusuan yang harus diamalkan oleh semua pekerja dalam bidang perubatan.
2) Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu dilatih sewajarnya bagi menjayakan polisi penyusuan.
3) Menyampaikan maklumat mengenai kebaikan penyusuan badan kepada ibu mengandung dan bagaimana menjayakannya.
4) Membantu ibu menyusukan anak dalam masa satu jam selepas bersalin.
5) Menunjukkan kepada ibu bagaimana untuk menyusu dan meneruskan penyusuan walaupun terpaksa berpisah dengan bayi.
6) Jangan berikan bayi minuman atau makanan selain susu ibu melainkan ubat preskripsi doktor jika sakit.
7) Jalinkan kemesraan ibu dan anak 24jam.
8) Memberikan susu badan setiap kali bayi memerlukan.
9) Jangan beri bayi puting tiruan kerana ini mengelirukan mereka.
10) Perkukukhkan kumpulan sokongan penyusuan badan dan rujuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak kepada mereka sejurus keluar dari hospital atau klinik.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Alhamduliah, dulu ummi tak pernah kisah dengan urusan penyusuan ni tapi setelah adik lahir ke dunia, ummi adalah orang-orang yang sangat memperjuangkan tentang kebaikan susu ibu ni..
Tazkirah: The best!!The best!!The Best!!Just For Our Baby!!
0 comments:
Post a Comment