Salam semua..
Semalam ummi membelah jalan Melaka ke Muar dengan memandu seorang diri semata-mata untuk melawat ayahanda tersayang yang akan menjalani pembedahan mengeluarkan batu karang di hempedunya.
Sebenarnya pembedahan ayahanda dijadualkan pada 11 Oktober 2010. Tapi, rezeki ALLAH tiada siapa menduga..Jadual pembedahan dapat dicepatkan ke semalam..Alhamdulilah, mungkin ini berkat ayahanda yang sentiasa berbuat baik dengan semua orang..
Kebetulan ummi memang tidak punya kelas semalam, makanya ummi pun mengambil cuti kecemasan bagi menunaikan tanggungjawab ummi sebagai anak sulung ayahanda tersayang.
Bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10.30am dan sampai ke Muar lebih kurang pukul 11.30am... Bonda ummi menyambut ummi dengan senyuman lebar. Bonda masih lagi melemparkan senyuman manis di bibir walaupun ummi tahun jauh di dasar hati bonda sangat merisaukan ayahanda..
Hati ummi mengeletek untuk melawat dan melihat keadaan ayahanda.. Apatah lagi bonda kesayangan ummi..Kami masing-masing menanti adik ummi, Dr.Angah untuk mengkhabarkan sebarang berita mengenai ayahanda.
Namun, dari pukul 11.30am hingga 12.30pm hingga 1.30pm hingga 3.30pm hingga 4.30pm barulah ada berita mengenai ayahanda yang sangat melegakan hati kami. Alhamdulilah, ayahanda ummi sudah selamat dibedah dan sudah kembali ke wad 18..
Ummi dan bonda ummi bersiap secepat mungkin memandangkan ummi harus kembali ke Melaka untuk menganmbil anak-anak di taska. Kereta dipandu bersama bonda dan anak susuan ummi, Harraz..
Langkah diatur laju menuju ke wad 18..Wad 18 terletak bersebelahan dengan wad 14 (wad ummi semasa melahirkan putera idaman)..Kalau lalu di situ, dan di dewan bedah..memang tersentuh, terimbas kembali sejarah kelahiran adik..Nanti ummi kongsikan bersama ya..
Bila sampai sahaja ke katil ayahanda..kelegaan yang amat sangat..begitu juga dengan bonda..melihatkan keadaan ayahanda yang masih lemah sangat meruntun jiwa ummi tetapi ini hanyalah sementara. Selepas ini, ayahanda akan kembali sembuh seperti biasa.
Inilah batu karang yang selama ini berada di hempedu ayahanda
MasyaALLAH..alhamdulilah, ia berjaya dikeluarkan
Keadaan ayahanda yang masih lemah:-(
Pembedahan Laparoscopic yang dilakukan kepada ayahanda
Pembedahan Laparoscopic
Ummi google mengenai Laparoscopic dan ummi memperolehi maklumat ini daripada Wikipedia.
" Also called minimally invasive surgery (MIS), bandaid surgery, keyhole surgery is a modern surgical technique in which operations in the abdomen are performed through small incisions (usually 0.5–1.5 cm) as compared to larger incisions needed in traditionalsurgical procedures.
Keyhole surgery uses images displayed on TV monitors for magnification of the surgical elements.
Laparoscopic surgery includes operations within the abdominal or pelvic cavities, whereas keyhole surgery performed on the thoracic or chest cavity is called thoracoscopic surgery. Laparoscopic and thoracoscopic surgery belong to the broader field of endoscopy.
There are a number of advantages to the patient with laparoscopic surgery versus an open procedure. These include reduced pain due to smaller incisions and hemorrhaging, and shorter recovery time.
The key element in laparoscopic surgery is the use of a laparoscope. There are two types: (1) a telescopic rod lens system, that is usually connected to a video camera (single chip or three chip), or (2) a digital laparoscope where the charge-coupled device is placed at the end of the laparoscope, eliminating the rod lens system.[1] Also attached is a fiber optic cable system connected to a 'cold' light source (halogen or xenon), to illuminate the operative field, inserted through a 5 mm or 10 mm cannula or trocar to view the operative field. The abdomen is usually insufflated, or essentially blown up like a balloon, with carbon dioxide gas. This elevates the abdominal wall above the internal organs like a dome to create a working and viewing space. CO2 is used because it is common to the human body and can be absorbed by tissue and removed by the respiratory system. It is also non-flammable, which is important because electrosurgical devices are commonly used in laparoscopic procedures."
Sebab itulah, di perut ayahanda punya 4 lubang yang ditebuk antaranya untuk memasukkan kamera, memasukkan tiub, memasukkan gunting dan memasukkan alatan-alatan yang lain.
Ayahanda merintih bisa..sabar ya ayahanda..sekejap sahaja tu..insyaALLAH..selepas ni ayahanda akan cepat sembuh..Dalam pada ayahanda sakit, sempat lagi ayahanda membuat permintaan untuk mengambil gambarnya.. Boleh, abah..apa sahaja untuk abah..hehehe
Ayahanda, bonda dan Harraz
Ummi dan Harraz (anak Dr.Angah)
Tazkirah: Ummi harapkan ayahanda akan cepat sembuh. Doa anakanda khas untuk ayahanda..
1 comments:
alhamdulillah
semua selamat
baba pon da kluo
poyor la bahasa u
ayahanda bonda ni hah
comel harraz
nntikan kpulangn i mggu dpn k
buke bersama
yahoo!!
Post a Comment