Friday, June 18, 2010

Inilah Syurga Ummi..

Salam..


Entri ni sebenarnya dah siap pembinaannya semalam..Tapi, khilaf ummi..ter'delete' entri itu..sangat sedih sekali.. Tak mengapa..ummi akan cuba buat yang terbaik di sini..


Kisah pada hari ini ummi lanjutkan kepada kisah keluarga ummi..Tak banyak cuma mahu berkongsi serba sedikit tentang syurga ummi ini..




Ayah & Ummi, Najla Hayfa & Nufayl Harith


Mohd. Hamka @ Abang @ Ayah

Tersenyum manis suamiku ini:-)

Peneman hati ummi, teman sejati sehidup semati dunia akhirat ummi, pemilik cinta ummi setelah ALLAH & Rasul, penjaga terbaik permata hati kami, penghibur di kala sepi, kekasih hati ummi, Hayfa & Harith..Inilah suamiku, ayah kepada anak-anakku...


Kami diijabkabulkan pada Jumaat 1 Februari 2008 di Muar, Majlis Resepsi sebelah Ummi pada keesokkan harinya Sabtu 2 Februari 2008 dan Majlis Menyambut Menantu di Mersing pada hari Khamis 7 Februari 2008. Khamis?? Masa itu, Tahun Baru Cina:-)


Ummi sangat bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang terbaik dalam hidup ummi dan semoga ummi juga adalah isteri yang terbaik untuk dirinya dunia akhirat. Suamiku ini juga adalah seorang ayah yang sangat penyayang dan mengasihi putera puteri kami melebihi dirinya sendiri.


Kenangan Perkahwinan Kami..Amka & Nani:-)



Nani Shuhada @ Sayang @ Ummi


Ummi di zaman anak dara:-)


Ummi di hari bahagia:-)



Ummi kini..ber anak dua:-)


Siapakah gadis ini?? Gadisss??hehehe:-) Inilah ummi..insan biasa yang punya suami yang sangat dicintai dan dua permata hati yang sangat dikasihi...


Cabaran menjadi ummi kepada anak-anak yang masih kecil..fuh, besar cabarannya..susah untuk dijawab. Namun, tanggungjawab sebagai isteri dan ummi, ummi cuba lunaskan sebaik mungkin sebab hidup dan mati ummi semuanya ummi lakukan demi kebahagiaan keluarga ummi.



Najla Hayfa @ Kakak

Si cantik ummi..kakak yang comel, manja, keletah, aktif, rajin, genit, pintar, solehah..wah, apa lagi ya..semua yang terbaik hanya untuk kakak walaupun kadangkala kakak menguji ketahanan mental ummi..uwaaa..


Dilahirkan secara pembedahan pada 24 Nov 2008..Pembedahan?? Sudah tertulis oleh ALLAH..Hayfa tidak menyusu sepenuhnya dengan ummi..ummi menyesal sangat..huhuhu..maafkan ummi sayang..tetapi Hayfa adalah anak fully CD..ummi sekarang memakaikan kedua-dua putera puteri ummi CD.


Ok, jom layan gambar-gambar comel Hayfa..



Putih dan suci..Saat Hayfa baru dilahirkan


Hari kedua Hayfa di bumi ALLAH


Puteri Ummi ketika berusia 3 bulan++



6 bulan ++


Tekunnya..8 bulan++



Besday girl..(wif Harith inside)



Si cantik ni dah pandai 'imitate housework' tau:-)



Say cheese..say cheese..:-)



Gembiranya sayang ummi ni di 'swimming pool' Kukup Golf Resort



Ayu bertudung..(Nak tolong ummi angkat baju kat ampai kenalah bertudung:-)



New sweet dress bought from cik nor & cik nita


Nufayl Harith @ Adik


Adikkkk..panggilan si kakak kepada adiknya..comel2..Kehadiran adik pada 15 Januari 2010 memang amat dinantikan semua..Adik telah melengkapkan kehidupan ummi dan ayah buat masa sekarang dengan mempunyai sepasang cahayamata..


Kenapa panggil adik??Bukan ummi tidak mahu ber anak lagi, mahu..cuma buat masa sekarang panggilan adik amat sesuai untuk Harith..Harith juga dilahirkan secara pembedahan..huhuhu..'poor progress'..ummi pun sudah demam setelah 10 jam menahan sakit dan jalan baru 6cm..(sakit kan ibu-ibu)..akibat khuatirkan keadaan adik di dalam, ummi setuju untuk dibelah perut sekali lagi..alhamdulilah..semuanya selamat..


Adik sangat senang dijaga berbanding dengan si kakak. Selalu sangat adik kena mengalah dengan si kakak..sabar ek adik..kan adik beradik..hehehe..Adik yang comel, mudah senyum, mesra, pandai berinteraksi sejak sebulan++ lagi dan adik adalah anak susuan ummi sepenuhnya..ummi nak tebus dosa sebab tak susukan kakak dulu..huhu..maafkan ummi kakak..


ok, mari kita layan potret-potret comel Nufayl Harith..



Harith dilahirkan ke dunia


Gaya tidur semua bayi...tanda kemenangan



Harith memang kuat tidur..



Comel tak adik ummi..comel sangat sayang!!


Pandangan mata yang tajam..dush2..


Berehat sebentar selepas perjalanan yang jauh..Melaka-Kukup


Gaya adik tidur yang sopan dan comel:-)


Sayalah Hamka Jr...

Inilah dia keluarga ummi..permata hatiku..

Tazkirah: Sayangilah keluargamu kerana itu adalah harta yang tak ternilai dalam hidupmu.


























0 comments: