Saturday, June 19, 2010

Cara Ummi Menguruskan CD

Salam ibu-ibu...

Di pagi yang indah ini..ingin ummi berkongsi serba sedikit dengan ibu-ibu tentang bagaimana ummi membasuh 'cloth diapers' (CD) permata hatiku.. Ini adalah cara ummi yang mana ummi lakukan setiap hari bagi memastikan bekalan CD untuk permata hatiku adalah mencukupi...


CD Permata Hatiku Yang Sedia Untuk Diguna
Tetapi Sebelum Itu...

Mari kita belajar bagaimana untuk membasuh dan menguruskan CD..Sangat mudah dan senang dan menyeronokkan..Betul, percayalah..

Ummi tidak membasuh serta merta CD permata hatiku yang telah kotor..Maknanya, ummi akan kumpulkan sehingga malam selepas isya' untuk membasuh CD tersebut..Tak kiralah sama ada hari cuti atau hari bekerja, waktu ummi basuh CD adalah kebiasaannya selepas Isya' dan kadang-kadang selepas Maghrib.

Jika permata hatiku 'poo poo' atau 'pee pee', selepas membersihkan mereka CD mereka akan ummi letakkan di dalam baldi dan liner yang berisi najis mereka ummi buangkan ke dalam beg plastik. Ibu-ibu boleh basuh CD itu terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam baldi. Tetapi ummi memilih untuk membiarkan ia di dalam baldi sehingga tiba waktu membasuh.


Ummi kumpulkan CD kotor di dalam baldi

Setelah tiba waktu membasuh, ummi akan keluarkan CD-CD kotor yang berbau agak 'harum' daripada baldi. Ibu-ibu memang kena tahan bau hancing dan busuk najis anak-anak..Tetapi, itu bukan masalah yang besar kan ibu-ibu..alah bisa tegal biasa nanti..

Kadang-kadang sebanyak ini...

atau

Kadang-kadang sebanyak ini...

Untuk menghilangkan 'poo poo', ummi akan alirkan air yang laju dan deras ke CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan baki-baki 'poo poo' yang terlekat ke lubang tandas. Air yang deras dan laju akan menanggalkan 'poo poo' dengan berkesan. Percayalah..

Alirkan air yang laju dan deras bagi menanggalkan 'poo poo' di lubang tandas

Setelah itu, sental-sental manja CD atau 'insert' tersebut bagi menghilangkan bau dan warna 'poo poo' anak-anak. Jangan sesekali menggunakan berus untuk menghilangkan kotoran kerana ia akan menyebabkan CD atau 'insert' akan rosak. Bilas CD atau 'insert' anak-anak..

Sental-sental manja CD itu

dan

'Insert' itu..

Setelah semua selesai, masukkan CD yang telah siap dibilas ke dalam baldi yang bersih.

CD & 'insert' yang telah siap dibilas

Masa untuk membasuh...Kalau jumlah CD & 'insert' yang anak-anak ummi pakai tak banyak, ummi akan merendam selama 20-30 minit CD & 'insert' tersebut bersama-sama sabun di dalam baldi dengan air yang banyak dan setelah itu ummi akan bilas dan keringkan. Tetapi, jika banyak tibalah masanya untuk mesin basuh membuat kerja tersebut:-)

Ada sesetengah ibu-ibu yang membasuh CD mereka di dalam 'laundry net' bagi menggelakkan CD mereka rosak tetapi ummi tidak menggunakan 'laundry net'. Jadinya, ummi memilih program yang paling lembut sekali bagi menggelakkan CD rosak . Contohnya:

Mode "Gentle - Soak, Wash, Rinse, Spin"-Medium - 46 Minit
Ummi sarankan guna air yang banyak bagi memastikan CD & 'Insert' lebih bersih

Sabun yang digunakan untuk membasuh CD dan 'insert' disarankan sabun yang tiada pelembut, tidak berenzim, tiada peluntur dan ummi memilih untuk menggunakan sabun Pureen H-A-D. Sabun ini selamat, tiada enzim, tiada bahan peluntur dan tiada pelembut. Sangat sesuai untuk CD & 'insert'. Bahan berpeluntur boleh menyebabkan CD & 'insert' rosak dan bahan berpelembut boleh menyebabkan ia kurang meresap.

Sabun Pureen H-A-D

Sukatan sabun adalah 1/4 daripada biasa seperti:


Sukatan adalah seperti ini (1/4 daripada biasa)
Jimatkan ibu-ibu..

Mesin basuh memulakan operasi...

Rendam seketika;Mod 'soak'


Mesin basuh mula membasuh, bilas dan keringkan CD & 'insert' anda

Setelah selesai urusan membasuh, masa untuk menyidai CD & 'insert'..Ummi punya ampaian khas untuk menyidai CD & 'insert' kerana ampaian sedia ada tidak mencukupi untuk menyidai baju dan CD.

Ummi sidai CD di bahagian bawah kerana CD cepat kering berbanding 'insert'


'Insert' agak tebal jadi ummi sidai di bahagian atas

Inilah dia CD & 'Insert' yang sedang menunggu masa untuk kering

Kadang-kadang kesan kuning 'poo poo' anak-anak masih terlekat lagi di CD & 'insert', jemur ia di bawah terik panas cahaya matahari. InsyaALLAH, kesan kuning itu akan hilang. mummyluna menyatakan air yang banyak dan cahaya matahari adalah agen pembersih yang paling baik.

Setelah kering, ummi akan angkat CD & 'insert' tersebut dan mula memasukkan 'insert' ke dalam CD, letakkan 'liner' dan sedia untuk digunakan serta di bawa ke taska anak-anak.


'Insert'

CD

Masukkan 'insert' ke dalam CD


CD yang telah sedia dimasukkan 'insert'

CD yang comel sudah dilipat


Letakkan 'liner' ke dalam CD


CD untuk dibekalkan di taska anak-anak..berwarna warni..
4 untuk si kakak, 4 untuk si adik:-)


Hayfa & Harith juga fully CD di taska, jadinya ummi akan bekalkan mereka 4 CD setiap seorang dan 'wetbag' bagi meletakkan CD yang telah kotor. Pengasuh anak-anak hanya perlu membuang 'liner' dan meletakkan CD kotor di dalam 'wetbag' ini tanpa perlu membasuh CD tersebut. Senangkan..

'Wetbag' untuk letakkan CD anak-anak yang kotor

Bila ummi ambil permata hatiku balik taska, 'wetbag' ini tidak akan ummi lupakan. Ummi akan biarkan dahulu ia sehingga tiba waktu membasuh dan langkah-langkah di atas akan berulang, berulang dan berulang. Bau najis permata hatiku sudah menjadi kebiasaan bagi ummi. Jika permata hatiku 'off' CD kerana 'travel', ummi akan rindukan tugas hakiki ummi ini:-)

Ummi harap ilmu yang ummi kongsikan kepada ibu-ibu ini akan dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada semua. Akhir kata, marilah semua kita bertukar kepada CD kerana ia sangat jimat, menarik, berwarna-warni dan ia lambang ibu moden yang 'educated'..Cheh..


Tazkirah: Berkongsi ilmu adalah perkara yang terbaik yang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan.


0 comments: