Tuesday, June 15, 2010

Harith dh 5bulan..

Selamat hari lahir yg ke 5 bulan adikkk...

sekejap sahaja masa berlalu, usia Harith sudah pun menginjak ke 5 bulan...maknanya sudah 5 bulan Harith ummi susukan secara eksklusif. Wah, tahniah ummi..Akhirnya niat ummi untuk susukan Harith secara eksklusif sehingga 6 bulan hampir tercapai dan insyaALLAH ummi akan terus memberikan susu ummi kepada Harith sehingga adik 2 tahun ok..

Sedap pulak ummi panggil adik..bukan taknak anak lagi tapi buat masa sekarang panggilan adik adalah sangat sesuai untuk Harith..Si kakak pun memanggil adiknya..adikkkk...:-)


Lagi sebulan adik akan diperkenalkan kepada makanan pepejal..Ummi bertekad tidak mahu memberikan adik bijirin-bijiran segera sebabnya makanan tersebut sama seperti susu formula. Jadi, mulai sekarang sehingga sebelum Harith berusia 6 bulan, ummi akan mempersiapkan diri ummi untuk belajar dan mendalami apakah makanan-makanan yang sesuai untuk Harith. Contohnya, puri, bubur...Kalau boleh semuanya ummi hendak buat sendiri. Moga ALLAH permudahkan.


Untuk si kakak,sekarang ni ummi agak rajin ke dapur untuk menyediakan makanan untuk keluarga ummi. Jika dulu,kadang-kadang ummi suka letak perencah Knorr Pasti Sedap yang memang sedap.Tetapi, semenjak ummi mula ada kesedaran untuk menyediakan sendiri makanan untuk anak ummi, ummi akan masakkan sendiri makanan untuk mereka dan tidak akan sesekali meletakkan serbuk perasa atau perencah ke dalam makanan tersebut...Semuanya untuk syurgaku ini... Tapi,kadang-kadang datang angin MALAS, ummi beli juga makanan luar..Tetapi, seboleh mungkin ummi cuba memasak untuk keluarga ummi.


Ummi sebenarnya tadi tengah buat entri tentang keluarga ummi. Tapi, disebabkan terlalu banyak gambar,entri itu aysik ter'hang' sahaja..huhuhu..baik ummi fokus pada entri yang lain dahulu..


ok, salam jumpa lagi..


Selamat 5 bulan Nufayl Harith

Tazkirah: Sabar dalam membuat setiap tanggungjawab dan tugas seharian.

0 comments: