Monday, June 14, 2010

Alhamdulilah..lega..

Salam..


Wah, apa yang ummi legakan tu..Jeng3...


Sebenarnya tadi ummi buat ujian kehamilan...Kenapa ya? Sebabnya bulan lepas ummi tak merah langsung..Jadinya, ummi agak risau sebabnya anak-anak ummi masih lagi kecil dan takkanlah pula ummi nak mengulangi peristiwa ummi mengandung di saat anak masih kecil lagi..Ummi mengandungkan si adik ketika kakaknya baru berusia 4bulan..huhuhu..ummi tak pandai nak merancang sendiri, jadinya kali ini kena gunakan apa-apa alat perancang keluarga.


Ummi tak rasa ummi mengandung sebabnya ummi mengambil pil perancang Noriday setiap hari dan tak pernah ter'miss'. Jika,terlupa pun, dalam sejam atau dua jam..Ummi juga selalu melawat forum susuibu.com untuk mendapatkan kepastian adakah dengan mengambil Noriday, kitaran haid kita tidak betul...


Ya, ada antara 'forumner' turut mengalami masalah yang sama seperti ummi dan ini menguatkan lagi firasat ummi yang ummi tidak mengandung...Lagipun, bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif, insyaALLAH dapat merancang family dengan lebih betul. Sebelum membeli kid ujian kehamilan tersebut pun, ummi ada bertanya kepada 'farmacist' tentang masalah ummi dan dia juga memberikan jawapan yang sama seperti yang dibincangkan di forum susuibu.com.


Mengapa ummi mengambil Noriday? Apa itu Noriday? Semuanya akan terjawab disini. Noriday menjadi pilihan ummi kerana ia tidak akan mengurangkan susu ummi berbanding dengan pil perancang yang lain seperti...Sebenarnya ada lagi kaedah-kaedah lain yang boleh ibu-ibu diluar sana gunakan dalam merancang keluarga seperti... Tapi, ummi sudahpun termula dengan Noriday, maka adalah elok untuk ummi teruskannya..


Okay, jadinya ujian kehamilan ummi positif atau negatif...Ummi makan pil perancang Noriday dan menyusukan Harith secara eksklusif...


Kamu fikirlah sendiri...:-)


Noriday for 28days (consume non stop ok..)



Tazkirah: Mendidik anak merupakan perkara yang paling mencabar dalam kehidupan setiap ibubapa kerana ibubapalah yang mencorakkan anak-anak mereka dari sehelai kain putih kepada corak yang ibubapa lukiskan..renungkanlah...

0 comments: