Salam...
Apa khabar pembaca semua? Cheh, ummi ni..macam ada peminat je..hehehe..
Baru malam ni ummi sempat meng'update' entri baru..Banyak sangat cerita nak dikongsikan bersama tetapi ummi tak tahulah..masa sangat mencemburui ummi..selalu tak cukup masa sedangkan ALLAH kurniakan 24jam kepada setiap hambaNYA..Ummi yang tak pandai nak mengurus masa nampaknya..huhuhu..
Semalam, ummi keluar awal pagi iaitu pukul 7++am kerana kelas ummi bermula seawal jam 8.30am dan sampai ke rumah selewat 7pm kerana kelas ummi sehingga jam 6.30pm..huhuhu..ummi kasihankan ayah kerana terpaksa melayan karenah anak-anak seorang diri..
Malamnya selepas maghrib, lepas tidurkan si kakak ummi bergolek-golek sambil menyusukan si adik akhirnya ummi sendiri tertidur sampai pukul 11pm..ayah pun sama tertidur di hadapan tv..Penat sangat..huhuhu..
Ummi bangun, solat isya', mengemas apa yang patut dan tidur semula lebih kurang pukul 12++am hinggalah ke subuh..
Penatkan bekerja sepanjang hari, pulang ke rumah melayan anak-anak, mengemas rumah..
Kalau ALLAH tak bagi kekuatan pada ummi dan ayah dalam melayari bahtera rumahtangga dengan anak-anak yang masih kecil, mungkin kami tidak mampu menjadi setabah ini..Sekarang ni pun, kadang-kadang kesabaran teruji jua..huhuhu
Apa sekalipun, ummi sangat sayangkan bahtera yang ummi sedang layari sekarang..tak akan pernah ummi menyesal memilih jalan yang sedang ummi lalui sekarang..
Dah lama ummi tak 'upload' gambar anak-anak ummi..Permata hatiku..Abang, kakak dan adik..mereka inilah nadi kehidupan ummi untuk terus hidup dari hari ke hari di bumi ALLAH ini..
Jom mengintai gambar-gambar ini..
Kakak: "Adik..meh, kakak tengok mata..ada tahi mata ni.."
Adik: "Ok..Ok.." (Redha je lah..hehehe)
Ummi ni asyik ambil gambar kami je..
Meh kakak pulak ambilkan gambar ummi..:-)
Jejaka di hati ummi..
Kumpulan..Boyyy Boyottt..hehehe
Tidur secara mengadap..
(Abaikan katil yang tidak bercadar dan bersepah itu)
Kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya
Nyum..nyum..nyum..
Sedapnya ayam KFC ni ummi...
Sambil si kakak makan ayam KFC, si adik menikmati kemanisan susu ummi:-)
Adik pun dapat rasa ayam KFC dari susu ummi..sedap..
"Tong..Tong..Tong.."
"Tepi-tepi, kami nak lalu ni..."
Pemata hatiku...
Moga ALLAH kekalkan kebahagian ciptaanMU ini..
Tazkirah: Hanya kekuatan dan kesabaran yang tinggi aku pohon dariMU ya ALLAH!!
0 comments:
Post a Comment