Monday, July 26, 2010

The Beauty of Breastfeeding

Salam Isnin semua..

Alhamdulilah, akhirnya dapat juga ummi mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog kesayangan ummi ini..

Hujung minggu lepas, ummi banyak sangat idea nak dikongsi bersama tapi entah ya..ummi rasa kekurangan masa..24jam sepatutnya sudah mencukupi bagi ummi..Tapi, ummi masih kurang pintar dari segi pengurusan masa, huhuhu..

Ummi kena bijak menguruskan masa..berusaha ummi!!

Tajuk entri ummi.."The Beauty of Breastfeeding"..Keindahan dalam menyusukan anak..Bagi ibu-ibu menyusu, sememangnya ini adalah antara saat yang paling indah, paling manis dan penuh ketenangan buat si ibu dan bayinya.

Bagi ummi sendiri, perasaan ketika menyusukan Harith sangat mengasyikkan. Terutama ketika di permulaan penyusuan. Dalam keadaan ummi berasa lapar atau emosi terganggu tetapi 'once' adik 'latch on' di 'nipple' ummi, ummi terasa satu perasaan keghairahan menyusu yang menjadikan rasa lapar itu terus hilang buat seketika. Betul..ini adalah perasaan yang ummi alami..Indah sekali..

Menyusukan permata hati sehingga permata hati tertidur adalah satu anugerah yang ALLAH kurniakan kepada ibu-ibu menyusu. Bayi kita akan merasa sangat selesa berada di dalam lekapan payudara dan pelukan si ibu. Keselesaan ini akan menjadikan bayi kita khayal dan berada di alam sendiri dan seterusnya akan melelapkan mata tanpa mereka sendiri sedari. Dalam pada mereka telah tertidur, bibir comel mereka masih lagi bergerak-gerak menghisap dan menikmati kesedapan susu ibunya.

Ya ibu-ibu..ini adalah lumrah, sememangnya anak-anak sangat selesa apabila berada dekat dengan si ibu dan berada di dalam pelukan si ibu. Memang tidak dapat dinafikan. Begitu juga apabila si bayi bertukar kepada 'toddler' dan seterusnya kanak-kanak, pelukan si ibu itulah penawar segala penyakit, menyebabkan mereka berasa sangat selesa. Seumpama kita si isteri berada di dalam pelukan si suami..selesa bukan..itulah rasanya.

Bagi ummi, ini adalah keindahan dan anugerah ALLAH. Tapi, berdasarkan pemerhatian ummi perkara ini agak kurang disukai oleh ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka sepenuhnya. Ibu-ibu ini agak kurang gemar jika bayi mereka tertidur ketika sedang menyusu. Ibu-ibu ini beranggapan bayi mereka tidak sempat kenyang. Sebabnya, selepas beberapa minit mereka tidur pasti bayi mereka akan tersedar kembali dan menangis laparkan susu.

Biasalah tangisan bayi. Bukankan tadi mereka tertidur dalam pangkuan si ibu. Tiba-tiba mereka tersedar, ibu mereka sudah tiada lagi di sisi mereka. Kerana itulah mereka menangis dan cara memujuk bayi ini adalah dengan memberikan mereka susu lagi. Sekejap sahaj, tangis mereka pasti akan hilang.

Pada ummi, ia bukan satu beban, ia bukan satu kesusahan kerana nikmatnya adalah 'bonding' antara ibu dan bayinya..Itu yang paling penting. Salah satu kelebihannya, sambil kita menyusukan bayi, kita juga boleh lelapkan mata setelah penat seharian bekerja. 'That's the best part..!'

Permata hati ummi, si kakak sudah semakin faham tentang keperluan adiknya ini. Jika adiknya menyusu, si kakak tidak akan menganggu. Dia memberi masa kepada ummi untuk menyusukan adik sepuasnya. Sayang kakak!

Mungkin terdetik di fikirannya, mengapa kakak tidak seperti ini..?huhuhu..kakak, jangan buat ummi sedih..

Menyusulah anakku..
Menyusulah selama mana yang adik mahu..

Menyusu sudah menjadi tanggungjawab ummi..Mengepam pula sudah menjadi hobi ummi..Ini adalah hasil susu ummi setelah 3x sesi mengepam di pejabat..


Alhamdulilah..Rezeki ALLAH s.w.t..



Tazkirah: Susu ibu itu adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai dan ia adalah milik permata hatiku..Tak tergamak rasanya jika aku tidak berikan milikan ini kepada permata hatiku.


0 comments: