Wednesday, June 30, 2010

Kami Perlukan Sokongan:-)

Salam..

Ibu-ibu..banyak tak cabaran, tohmahan serta pandangan sinis orang sekeliling jika mereka mengetahui yang ibu-ibu menyusukan bayi secara eksklusif...?huhuhu..sedihkan, kalau orang sekeliling memberikan tanggapan negatif kepada kita..

Sedangkan, kita sangat-sangat memerlukan kekuatan, sokongan, kata-kata semangat sebabnya kita sebagai ibu-ibu menyusu juga mempunyai rasa 'down', rasa kurang semangat, rasa gelisah, rasa resah, rasa risau terutama apabila susu kita merundum, terutama bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak menyusu, 'travel' ke sana sini..di mana akan kita letakkan anak-anak, jika kita membawa anak-anak siapa yang akan ikut kita bersama untuk menjaga anak di saat kita berkursus..Orang yang ikut kita tu, boleh ke pula menguruskan EBM kita..

Fuh, berpeluh..bukan mudah menjadi seorang ibu..terutama bagi ibu yang menyusukan anak-anak mereka. Bila terpaksa melakukan sesuatu yang tidak terjangka, perkara pertama yang difikirkan adalah..anak-anak..betulkan ibu-ibu..

Sebenarnya, apa yang paling penting adalah kita sebagai ibu yang menyusu memerlukan sokongan daripada keluarga iaitu suami, ibu bapa dan adik beradik. Pada ummi, itu yang paling utama.

Suami...dari dialah sokongan sangat-sangat kita perlukan. sebabnya suami adalah orang pertama yang akan kita minta pertolongan jika kita berada di dalam sesuatu situasi yang menyulitkan..betul tak ibu-ibu..Jadinya, jika suami tidak membantu..pastinya kita akan terasa 'down' sebabnya kita mahu berikan yang terbaik untuk anak dia tapi dia tidak memberikan sokongan.

Sebagai contoh: Kita sedang melayan anak sulung seperti mahu tidurkan, bagi makan..Anak kedua menangis lapar susu..Jadinya, ketika inilah suami akan memainkan peranan menggantikan kita melayan anak sulung dan kita boleh menyusukan anak kedua.

Contoh yang lain, ibu-ibu terpaksa berkursus luar daerah sedangkan kita mempunyai anak kecil yang masih lagi menyusu. Ada antara suami yang sanggup bercuti mengikut isterinya berkursus dan seterusnya melayan anak kecil dan dapat menguruskan EBM dengan baik. Selain itu, suami juga boleh membantu dari segi menyediakan kelengkapan menyusu seperti 'support' duit beli pam yang bagus, beli 'storage bag', botol penyimpanan susu, mungkin 'deep freezer' untuk simpan EBM dan stok makanan anak-anak..(jika tempat beku sudah penuh atau hampir penuh..) - ayat ini ditujukan kepada abang tersayang:-)

Ummi bertuah kerana ummi dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong sepenuhnya ummi menyusukan Harith secara eksklusif..Bukan mudah pada mulanya,tetapi ia bergantung kepada kesungguhan ibu-ibu untuk membuktikan kepada suami yang kita mampu melakukan yang terbaik.

Keluarga..ibu bapa..adik beradik...pengalaman anak pertama, ummi sendiri terpengaruh dengan cakap-cakap mereka yang makan garam lebih dahulu daripada ummi..

"Bagi anak ni minum susu formula juga..nanti kalau dah kerja nanti susah tiada susu!"

"Susah nak jaga anak kamu ni...nak kena cairkan susu, rendamkan susu..leceh.."

"Budak ni kena ajar minum susu botol (susu formula) dari dalam pantang..kalau tak nanti dia susah nak terima puting botol kalau dah kerja"

"Tulah, dari dulu dah bagitahu campur susu..campur susu..kan susah sekarang nak pergi kursus dah kena bawa anak.."

Bermacam-macam lagi ayat yang selalu dilemparkan oleh orang yang jauh lebih tua dari kita..Perkara beginilah yang membuatkan ibu-ibu rasa putus asa untuk meneruskan penyusuan kepada anak-anak. Ibu kita terutamanya, sebagai anak perempuan sememangnya kita rapat dengan ibu kita..makanya segala masalah biasanya kita luahkan pada ibu..Maka,ibu kepada ibu perlulah memberikan nasihat yang terbaik dan berguna kepda anak perempuannya. Jika kita mengadu tentang masalah penyusuan kepada ibu kita,kadang-kadang kita bukanlah perlukan penyelesaian,tetapi kita mahu untuk mengadu masalah, memberitahu..itu sahaja. Kalau ibu sendiri tidak memberikan sokongan..sedihkan ibu-ibu..

Mak ummi..masa ummi melahirkan Hayfa dengan keadaan ummi sendiri yang jahil tentang susu ibu ini, ikut sahaja apa katanya..Tetapi, mak ummi mula berubah pandangan apabila adik ummi, angah melahirkan anak dan bertekad untuk memberikan susu ibu sahaja. Bukan mudah ummi rasa untuk angah melakukannya..Tapi, akhirnya angah berjaya menyakinkan mak..malah, jika anga 'on call' dan sangat sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, mak dan abah ummi akan menjaga anak kecilnya dan memberikan EBM angah kepada si comel, Harraz Nu'man. Kalau susu angah berkurangan,mak dan abah ummi akan menggesa angah untuk mengepam susunya agar bekalan buat Harraz tidak terputus.

Jadinya, apabila ummi melahirkan Harith..ibu bapa ummi adalah antara orang yang sangat menyokong ummi menyusukan Harith secara eksklusif. Thanks a lot my beloved parents!!

Pendek kata, kalau ibu-ibu mahu orang di sekeliling menyokong apa yang kita buat, kita perlu untuk menunjukkan kesungguhan kita untuk menyusukan anak. Biar apa orang kata, yang penting kita punya keluarga yang sangat menyokong kita. Apa yang orang kata, ambil sebagai panduan tetapi dalam pada masa yang sama, kita kena tetap pendirian..

Terakhir sekali...



Tazkirah: Kami perlu kekuatan dariMU ya ALLAH...

0 comments: